Assalamualaikum...

rasa macam dah jatuh cinta plak kat blog aku nih... satu hari tak jumpa, tak best. actually aku baru sampai dari Trg. Travel 7 jam lebih...penat woo! sebenarnya takde idea n tak larat pun nak tulis something dlm blog ni... tapikan.... nak cuba istiqamah gak dlm pape mende yg aku wat. so, hari ni aku nak share satu kisah:

Muaz bin Jabal r.a kekasih Rasulullah SAW:.

Sekilas rentetan dari kisah Muaz bin Jabal, kekasih Rasulullah yang pakar soal halal dan haram. Sebelum Muaz berpisah dengan Rasulullah lantaran Muaz ke Yaman untuk berdakwah sebagai tenaga pengajar di sana, baginda mewasiatkan kepada Muaz dengan bersabda:
"Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu dengan aku selepas tahun ini, malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku..."
Rupa-rupanya itulah pertemuan terakhir di antara mereka berdua.

Muaz bin Jabal meninggal dunia semasa berusia 33 tahun akibat diserang wabak. Dalam keadaan nazak, beliau berkata: "Selamat datang kepada tetamu kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tidak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang setelah sekian lama dirindui!"

Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata:

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu menerima diri seseorang yang beriman."

0 Comments