Pejam celik…pejam celik.. hampir2 dua bulan aku tak update blogg… ramai member2 query, (tanda sayang la tuh…!!!). So, aku nak mintak maaf banyak2 di atas kelemahan ni. Memang blogging ni salah satu cara member2 nak keep in touch n tau perkembangan, selain berkongsi idea dan luahan rasa. Alasan? Aku tammo bagi alasan, tapi nak bagi sebab… Sebenarnya dua bulan ni aku menghadapi konflik. Sesuatu yang tak disangka berlaku. Betullah… Subhanallah, betapa hebatnya DIA… mampu mengubah sesuatu dengan sekelip mata… [i] “…dan apabila dikehendakiNYA akan sesuatu, berkatalah DIA ‘Jadilah…!’, Maka terjadilah..” (Surah Yaasiin)[/i] Pada mulanya aku macam hilang arah jugak nak buat keputusan. Keputusan yang melibatkan soal masa depan, hidup dan mati, dunia akhirat dan bahagia atau derita. Ku cuba ikut rasional, walaupun emosi cuba amik alih..setiap kali aku berfikir. Pendapat ramai jangan katalah… Keluarga, kawan2 dan orang2 berpengalaman tak jemu2 bagi pendapat walaupun aku tak mintak… Saat paling menekan bila aku diberi masa dua hari untuk buat keputusan. Ayah dan ibu bagi sokongan walaupun mereka ada hak membuat keputusan. Aku fikir, fikir dan fikir…akhirnya aku jadik stress… nak keje pun tak concerntrate, daily management berterabur… Bila di saat2 akhir aku tersedar, betapa aku melupakan DIA. Sesetengah perkara tak terjangkau oleh fikiran manusia. Hanya YANG MAHA MEMILIKI dan YANG MAHA MENGETAHUI yang menguasai semua ni. Siapalah aku kalau tak tunduk, merayu dan memohon dari DIA untuk bantu… Beberapa ketika aku cuba tenangkan hati… memohon dari Allah supaya terbuka sedikit hijab yang melindungi ketentuanNYA. Memohon supaya diberi petunjuk and dibantu dalam menghadapi ujian yang kecil ni… Alhamdulillah, aku dapat buat keputusan akhirnya dan menyerahkan kepada ayah ibu untuk keputusan muktamad… Walau apapun yang mereka putuskan nanti, tidak akan aku menyesal… Insya Allah. [i]“Tidak ada penyesalan selepas istikharah..” (Hadith)[/i] Alhamdulillah, semua berjalan lancer, aku tawakal dan redha… bukan ke DIA dah aturkan kehidupan kita? Apa yang berlaku hari ni adalah dengan iradatNYA jua.. ni gambar aku and adik beradik lepas majlis pada 7 Mei hari tu;  posing dengan baby izzah  ngan atuk, sepupu, aunties n kenalan