[b]8 Januari 2005[/b]

Dua tiga hari ni memang stress sket. Kadang2 rasa macam takde semangat je nak lalui sume ni. But, aku percaya aku cukup kuat utk hadapi ujian ni.. Sbb DIA dah janji dalam Al Quran [i]“Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya”…[/i]

Means, memang Allah dah tau aku boleh hadapinya. Macam sebelum2 ni… aku penah diuji lebih teruk. Masa sedang hadapi masalah, memang rasa berat, tak mampu dan tak sanggup. But then, bila semua berjaya diungkai… baru sedar yang aku leh hadapi. Lagipun, buat apa nak merungut… ujian untuk aku ni sikit je, berbanding dengan orang lain yang diuji lebih berat. Tengok je peristiwa Tsunami dan ombak besar… ujian utk mereka bukan stakat nyawa, harta dan kesihatan.. silap2 akidah boleh tergugat bila diuji sebegitu… Astaghfirullah alazim….

Aku happy + tak happy duk sorang2 kat rumah sekarang ni. Kak liza akhirnya berpindah ke quarters 2 hari lepas. Mungkin itu yang terbaik.. senang dia nak pi keje. Lagipun dia akan berpindah pejabat di Seberang Takir tak lama lagi.. Sepanjang dua hari ni aku mengemas sakan… memula pi beli barang2 dapur and keperluan lain yang dirasakan perlu… pastu ngemas sepuas hati, sampai tak larat dibuatnya. Part paling suke…dapur!! Biarlah bilik aku macam padang bola pun… asalkan dapur cukup sifat. Kadang2 rasa cam nak tido kat dapur je….

Matang..? macamana nak menilai kematangan manusia? I mean dari segi sikap la… kalau dari sudut biologi, kita leh tengok sendiri kematangan manusia dari aspek fizikalnya. Bagi aku la kan… nak tengok orang tu matang ke tak.. kita boleh tengok time dia handle masalah dan emosi. Secondly, bila dia bergaul dan berkomunikasi dengan org lain. And mungkin time dia buat keputusan…

Sembang2 dengan sorang senior kat ofis.. dia kata aku cepat matang disebabkan environment keje dan cara aku tackle dan handle suasana… Am i? Taklah rasa macam tu, tapi aku memang cuba menuakan diri bila berada dikalangan anak2 buah… Mana taknya, kat ofis aku, umur kakitangan antara 28 – 50 tahun. Target group yang datang jumpa pun umur derang antara 25 – 80 tahun. If I’m not putting my leg in their shoes, how can I understand them? Tapi aku risau jugak kalau aku tua sebelum usia.. tak patut!

Tapi rasanya ok jugaklah.. sebab hari tu masa pi kenduri rumah wan, ada pakcik tu ingat aku ni budak sekolah lagi. Sama la masa jaga kedai ibu dulu, ramai jugak tanya aku tingkatan berapa.. rasa muda sket bila org tanya camtu.. perasan jap!!

So… benda yang aku nak cakap ni sebenarnya berkaitan dgn sms dari angah minggu lepas. Dia cerita satu kisah kat aku, berita dari ibu yang berada di Mekah sekarang ni.. Fuhhh… berpeluh jugakla aku dengar… berkait dengan kematangan yg aku citer tadi. So, macamana Iza? Are you ready… kena handle this matter secara matang dan rasional… boleh ke aku?

Bila nak buat keputusan berkaitan dengan masa depan, survival, komitmen dan kebahagiaan sendiri… kita kena pikir betul2 dan berani buat keputusan. And of course, keputusan tu kena lahir dari fikiran yang matang…

0 Comments