[b]15 OGOS 2004[/b] hari ni cuaca aku tak berape clear. kenapa la agaknya..? hari ni blaja pasal marine fish culture. macam biasa la... pagi2 blaja teori. then, buat praktikal kat hatchery... mood aku ok sikit la bila main air. mmg dah lama tak buat keje hatchery. memula buat breeding siakap... ikan tu sume besar2, induk la katakan. satu ilmu baru yg aku dpt, nak pengsankan depa kena bubuh clove oil (minyak cengkih) kat dlm kolam. tapi bahaya gak la, kalau expose lama sgt mmg boleh mati la ikan2 tu... memula aku malas nak main air. tp, bila second trip aku dah teruja nak masuk kolam. masa tu kami berdua masuk kolam, tangkap ikan yg beratnya lebih dari 5 kg kot... kalau depa pengsan betoi takpa lagi.. ni masalahnya... yg jantan2 selalu aktif.. kena ligan baru dapat tangkap. dah abis 22 ekor siakap, aku jadi penat sgt... berendam lama dlm air buatkan aku lapor... time buat induce breeding kat kerapu harimau, aku dah tak sanggup nak masuk kolam... sebabnya, berat kerapu > siakap... yg lagi penting, kerapu ada gigi tajam tapi siakap tak dak gigi langsung.... tiba malam... aku pengsan! sempat jugak la fikiran ni melayang2 sblm tido... apa raaa!!!! [b] 16 OGOS 2004[/B] hari ni blajor pasai feed formulation. kagum aku dgn cik saadiah yg jd presentor... umo dah 32, unmarried woman tp still kiut miut. yg penting, knowledge dia byk.. graduated from UK, tp tak tau la field apa. actually aku malas2 hari ni... tak concerntrate sgt.. taula, dtgkan letih je bdn ni. masa duk kat feed workshop pun, aku tolong sikit2 je... time masukkan adunan pallet ke dlm palletizer... mlm: ibu call, bawak berita kurang menggembirakan ttg manusia2 yg aku sayang. aku serahkan pd Allah utk bantu mereka. semoga di beri kekuatan utk menghadapi dugaan ni... [b]17 OGOS 2004[/B] subuh2 hari dpt sms yg hujung nya berbunyi "....ah, tidak!!!" hahahahah... kelako je. tapi aku tertanya2... bila hati rasa tak tenang, adakah kerana kita dah buat silap... atau kita kurang ingati Yang Mencipta kita? hari ni 1 rejab... macamana la aku leh tak perasan... bila sampai sms bro danial wish selamat menyambut rejab, baru aku terkedu... sayangnya bila teringat zaman2 izzah diri belum terhakis seperti hari ini. rejab di sambut macam gadis yg menunggu pinangan... huhuhuh. pernah airmata menangis kegembiraan menyambut rejab, tapi tahun ni... rejab hanya pada mainan bibir... tak terasa langsung kat hati... apa tandanya? sendiri kena pikir, sendiri mau ingat la..... padan muka aku... insiden mengarut, silap paham... sebab sms aku htr kat org sampai sekerat... klako... tp apa salahnya kalau ya pun... (ye ke tak salah?) [b] 18 OGOS 2004[/B] area kul 2.30 am aku dpt sms... masa tu aku tgh tido. at first aku buat tak tau... sbb ni bukan kali pertama aku dpt sms pelik2 mcm tu. second time aku dpt sms yg sama jenisnya... kali ni aku takleh control sabar... selama ni, aku hormati cara dan perasaan orang. tak kira la mcmana pun...aku cuba faham, masalah hati dan perasaan ni bukan kehendak kita sepenuhnya. tapi bila tak kena time dan tak kena lak cara... maaflah! aku takkan duk diam2... kalau org tak kenal mmg akan rasa aku ni kasar dan pedas sikit. tp kalau dah kenal... tau la, aku jenis terus terang and tegas dgn pendirian. tak pasal2 aku buat keputusan drastik kul 3 pagi... aku tawakkal jelah.. benda yg melibatkan masa depan, takkan aku nak main2 kan? aku pikir masak2 dan akhirnya... aku tak mungkin bg peluang buat kesekian kalinya.. maaf..