dah 3, 4 hari tak update blog...why? maleih... pasaipa ntah.. ada beberapa benda jd 2, 3 hari ni.. tu yg penin je...

[b]20 Julai 2004[/b]

bukak kedai cam biasa.. hujan lebat giler.. aku pun ngantuk je duk sorang2... customer takde pagi2 + hujan2 ni... tetiba suasana jalan depan kedai jadi sibuk.. banyak sgt kete lalu, then cam havoc semacam... pasaipa ar? tetiba ibu datang.. bawakkan lunch.. dia klut2 sket...

ler.. rupanya pekan masjid tanah ni dah banjir.. aku kuar kedai, tengok anak sungai (yg betul2 sebelah kedai je)... alamak!!! sikit lg nak melimpah.. seberang jambatan mmg dah banjir abih da... kami dua beranak mmg kalut la.. duk selamatkan barang2 jualan kedai.. dahla semuanya spesies kain baju, so kena punggah habih la...

bila air dah mula nak naik, ibu decide tutup kedai.. terpaksa balik la sbb sat g air naik abih, kete takleh kuar dr kawasan tu...so, hari ni aku keje sampai kul 3 ptg je.. balik, tido... best wooo hujan2 ni.. actually, ni first time merasa banjir kat sini.. mmg selalu banjir tp, yelah.. kedai baru bukak....

malam... ibu soal siasat aku pasal member yg call tadi... mulalah org tua ni buat kesimpulan ntah ape ntah dlm mind dia.. aku terpaksa explain la sikit2.. tammo dia salah faham...

aku..? ntah.. susah nak huraikan apa yg aku rasa sekarang.. aduhai hati! payahnya mendidik jiwa...

[b]21 Julai 2004[/b]

hari ni mmg ada ke'buhsan'an.. ada beberapa kejadian menyebabkan aku punya mood jd tak tentu arah...
aku tak suka menunggu... sbb tu jd camni. kedua, kejadian awal pagi... citer dia camni :

aku bukak kedai ibu jam 10 pagi... masa tu hujan renyai2.. macam biasa, jaga kedai sorang2... sedang aku sedang asyik menyusun baju2 di tempat gantung.. tetiba sorang lelaki yg mencurigakan berdiri di belakang aku bertanya :"baju pompuan je ke semua ? "

aku jawab "ya... baju lelaki takde, nak beli baju apa?"

cara dia cakap mcm tak fluent sgt.. yg mencurigakan... kedua2 belah tangan disorokkan ke dalam jaket yg dipakainya (seolah2 menyembunyikan sesuatu).. oleh kerana rasa curiga, aku cuba menjarakkan diri dari lelaki tu... tapi setiap kali aku bergerak, dia akan terus mendekati... aku bertambah curiga bila matanya meliar ke arah aku dan ke seluruh kedai... oleh kerana masa tu hujan, tak ramai org lalu lalang kat kedai, keadaaan jlnraya pun sunyi.... aku semakin takut... dua jenayah yg mungkin dia boleh lakukan : rogol dan ragut..

aku pura2 sibuk mengemas utk menjauhkan diri dari lelaki tersebut dan dlm kepala, aku berfikir utk lari keluar... tapi.. dia semakin lama semakin hampir dgn aku ... cepat2 aku keluar dari kedai dan memerhatikan sekeliling, dgn harapan ada org boleh membantu... ALHAMDULILLAH... ada seorang pakcik lalu di depan kedai aku ... aku jadi berani dan mintak tolong pakcik tu stay kat depan kedai sehingga lelaki tu beredar.... lelaki tu tak terus beredar, sebaliknya memerhatikan aku dari jauh... kemudian, ibu datang.. aku rasa lega...

kali kedua lelaki tu datang lagi... lebih kurang 3 jam kemudian.... kali ni, dia terus menerpa masuk, dan target terus kat tempat aku selalu duduk... kebetulan ibu yg duduk di situ, ibu terus sergah (bertempik).. : "apa kau nak..!!!".. pemuda tu lari lintang pukang sbb terkejut....heheheehh

ayah nak buat laporan polis esok...


0 Comments