Migrain. Hari ni aku keje cambiasa. Tapi tak larat jugakl Lepas makan ubat.. ngantuk
Last week, 2 hari auku tak pi keje, gara2 migrain ni la.

Tadi call member.. share kisah suka-duka dgn dia… and conversation tu sikit sebanyak mempengaruhi mood aku skarang.

Kenapa agaknya masih ada orang yang tak puas hati dgn aku? Entah apalah yang aku dah buat sampai dapat balasan sebegini? Bagi aku, hidup dan mati serta jodoh pertemuan semuanya di luar kawalan kita. Setakat kemampuan kita, manusia kena berusaha untuk dapat yang terbaik. TERBAIK tak bermakna benda tulah yang paling indah, paling manis atau paling best sekali… tapi TERBAIK tu adalah yang paling baik buat kita, di sisi Allah. Contohnya, dalam kerjaya.. aku tak pernah terfikir sebelum ni yang aku akan bekerja dalam government sector dan berada di position sekarang. Tapi apa yang aku tau, aku kena berusaha dengan kemampuan aku untuk dapatkan kerja. Dan setiap peluang yang datang aku kena cuba grab. Aku bersyukur dengan rezeki ni, dan aku yakin kerja nilah yang TERBAIK buat aku masa ni, di sisi Allah. Walaupun kerja ni bukanlah terbaik dari segi pendapatan, moral, etika dan nilainya… Dan bagi sesetengah orang, yang TERBAIK bagi mereka adalah tidak bekerja. Walaupun dah pelbagai usaha dibuat masih belum ada rezeki untuk dapat kerja. Maknanya, mungkin kita belum cukup berusaha ataupun ditakdirkan itulah yang terbaik… terimalah dengan redha..

So.. orang di sekeliling kita, yang tak melalui kehidupan yang kita lalui… sama sekali tak berhak untuk campurtangan atau tentukan hidup kita. Kita bertanggungjawab ke atas diri kita, bukan orang lain. Walaupun orang lain sibuk nak menyibuk dan campurtangan dalam hidup kita… kita kena pertahankan jugak laluan hidup kita ni, selagi tak bertentangan dengan syariat.

Kesimpulannya… aku dah tak kisah dengan kata-kata, tohmahan, umpatan atau kutukan orang terhadap aku dan kehidupan yang baru aku ni. Kalau nak puaskan hati semua orang, sampai bila pun takkan sudah. Aku percaya dengan rezeki, qada’ dan qadar serta takdir yang telah tertulis untuk aku. Allah lebih tau dari makhluk yang lain. Apa-apa keputusan yang aku buat adalah untuk hidup aku sendiri, dan aku dah minta petunjuk dariNYA sebelum buat keputusan. Takkan aku menoleh untuk ubah apa yang aku dah buat… Biarpun jalan yang aku pilih ni tak secantik jalan lain… tapi aku yakin inilah YANG TERBAIK untuk aku.

Harapan aku cuma satu… apapun yang aku lakukan dan lalui, biarlah Allah Redha… kerana sesungguhnya hidup, mati, jiwa raga, nafas dan hayat ini hanyalah kerana ALLAH, Pemilik segala cinta…

[i]*my tears drop....[/i]