16 Ramadhan
10.20.05 (10:43 am) [edit]
Di pertengahan Ramadhan ni, aku seolah-olah baru dikejutkan dari tidur yang lena. Macam orang yang baru bangkit dari tidur, yang ambil sedikit masa untuk duduk di birai katil sambil menarik nafas dalam dengan mata terkebil-kebil. Berfikir tentang semalam, hari ini dan esok.. Bila teringatkan perihal usia dan nyawa… barulah teringat, doa bangun tidur belum dibaca. Perlahan-lahan bibir kering ini bergerak memuji Allah. Perasaan halus dan menghiris menyentuh hati..
Semalam, aku panggil ibu melalui telefon. Tak sampai 5 minit pun berbual.. sempat jugak ibu berpesan; jangan lupa khatamkan bacaan Al Quran Ramadhan ini.. Terpempan jugak aku dibuatnya… hari ni 16 Ramadhan, juzu’ 15 pun aku belum sampai..
Setiap malam, aku ada alasan bagi bermalas-malasan ke masjid utk berterawikh.. Apa lagi untuk menghidupkan malam, walau dengan 2 rakaat Tahajjud.. Walau suami tak lupa menggerakkan aku bangun seawal 4 pagi..
Apa lagi…??? Kalau diatur satu persatu, memang prestasi aku tercorot tahun ni.. 3 tahun lepas aku boleh menangis kegembiraan kerana kedatangan Ramadhan. 2 tahun lepas, aku ada banyak masa untuk bertadarrus, tahun lepas… aku masih mampu menghidupkan malam-malam Ramadhan, tapi tahun ni…
Kecewa dengan diri sendiri? Aku yakin.. AL KHALIQ sentiasa cemburu dengan hambaNya yang melupakanNYA… Jika sebelum ni kita hamba yang sentiasa mengingatiNYA, melahirkan cinta kepadaNYA dan membuktikan ketaatan kepadaNYA… tapi, bila tiba2 kita semakin ‘menjauh’kan diri, sudah tentu DIA cemburu.. maka kemanisan yang penah dirasakan dulu, ditarik sedikit demi sedikit tanpa kita sedari.
Aku yang terlupa, buat-buat lupa atau sengaja melupakan?
[i]“ Ya Tuhanku, Engkaulah maksud hidupku, redhamu matlamatku dan cintamu dambaanku. Jangan KAU tinggalkan aku walau hanya dengan sekelip mata. Jadikanlah hati ini tempat mendiam cinta dan rindu dendamku padaMU, cinta kerana mencintaiMU dan cinta kerana cintaMU. Jangan KAU biarkan cinta yang lain melebihi cintaku kepadaMU, setanding cintaMU atau melupakan aku pada cintaMU. Redhailah aku sebagai hambaMU, dan biarlah hanya Engkau Ya RAhman matlamatku selamanya…”[/i]