[b]Cinta di medan Uhud (part 6 : cinta Fatimah Az Zahra)….[/b]

Serangan tentera kafir dari arah belakang telah melemahkan tentera Muslimin. Saff tentera Islam sudah kucar-kacir dan medan perang mula dikuasai tentera musuh. Kaum musyrikin bertindak lebih ganas, sehingga Rasulullah dilontar dengan batu sehingga tercampak ke dalam lubang dan terpatah satu batang gigi baginda (gigi ditepi gigi taring). Muka Rasulullah terluka, darah mengalir ke atas muka dan kemudian baginda bersabda : “Bagaimana boleh berjaya satu kaum yang telah melumurkan muka Nabi mereka dengan darah, sedangkan ianya mengajak mereka ke jalan Tuhan mereka…”

Fatimah Az Zahra’ membasuh luka ayahandanya manakala Saidina Ali KW pula mencucuri air ke atasnya seelah mendapati darah tidak berhenti-henti mengalir. Fatimah pun mengambil sepelepah tumbuhan , membakarnya hingga menjadi debu dan ditampalnya di tempat luka Rasulullah SAW. Kemudian barulah darah berhenti mengalir.

[b]Cinta di medan Uhud (part 7 : cinta Anas bin Al-Nadhar)….[/b]

Di dalam suasana yang tegang itu, tersebarlah di kalangan tentera Islam tentang berita kewafatan Rasulullah. Khabar angin itu telah menyebabkan sesetengah orang Islam berasa lemah dan takut. Sehinggalah golongan yang lemah imannya berkata : “Apa perlunya kita di sini lagi, bukankah Rasulullah telah terbunuh!”. Golongan ini lari menyelamatkan diri, tetapi Anas bin Al-Nadhar telah melaung di tengah ramai dengan berkata : “Maka apa perlunya kamu hidup selepas Rasulullah SAW”. Anas kemudian menunjuk ke arah kaum munafik dan golongan yg lemah iman sambil bermunajat: “Ya Allah Ya Tuhanku… sesungguhnya aku ini suci dari apa yang mereka katakana, aku memohon ampun dariMU jua, dari segi apa yang golongan ini berkata-kata..!”. Anas kemudian mara sambil menghunus pedangnya kepada setiap musyrikin dihadapannya sehingga beliau terbunuh syahid.

[b]Cinta di medan Uhud (part 8 : cinta sahabat)….[/b]

Para sahabat disekeliling Rasulullah telah mengorbankan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan baginda. Ketika orang ramai lari meninggalkan Rasulullah, Abu Talhah telah memperisaikan Rasulullah dengan menggunakan tubuhnya. Badannya telah menjadi sasaran tikaman tentera kafir walaupun beliau adalah seorang pelontar yang handal. Dalam keadaan begitu, Rasulullah melihat kepada khalayak ramai yang sedang berperang dan ketika itu Abu Talhah berkata kepada Rasulullah : “Sesungguhnya engkaulah ibu dan bapa bagiku. Tak usahlah tuan hamba melihat, kelak akan terkena panahan musuh. Biar saja ia terkena leherku, asalkan bukan leher tuan hamba”.

Begitu juga dengan Abu Dajanah yang menjadikan dirinya perisai kepada Rasulullah, sehingga badannya habis ditusuk oleh anakpanah-anak panah musuh. Beliau tidak berganjak sedikit pun dari Rasulullah dan tidak mengendahkan tubuhnya yang terluka. Ziad bin Al Sakan pun berbuat begitu juga, sehingga beliau menemui syahid bersama lima orang sahabatnya yang lain. Orang terakhir ialah Ammarah bin Yazid bin Al Sakan yang bertempur demi mempertahankan Rasulullah pun berseru: “ Ayuh, bawalah dia hampir padaku..” . Kemudian Ammarah pun meletakkan kepala ke atas kaki Rasulullah dan akhirnya mati dalam keadaan pipinya terletak di atas kaki baginda yang mulia.

0 Comments