KISAH CINTA DI MEDAN UHUD
05.23.04 (10:22 pm) [edit]
ingat tak hari tu aku kata ada byk kisah cinta yg tersirat di medan peperangan Uhud? So, aku dah try simplify kan kisah2 ni... tapi ni ada 5 cerita jer dulu. Insya Allah, aku sambung lagi...
_________________________ ___________________
[b]Cinta di medan Uhud (part 1 : cinta jihad)….[/b]
Seperti biasa, Rasulullah akan melaksanakan syura bersama para sahabat sebelum memutuskan strategi peperangan. Baginda telah menawarkan dua pilihan iaitu 1) Keluar dari Madinah dan berperang di medan atau 2) bertahan di Madinah, menunggu kedatangan kaum Quraisy dan bertahan bila diserang. Golongan tua yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai menyokong pilihan kedua tetapi kebanyakan sahabat bersetuju utk keluar Madinah, terutamanya bagi sahabat2 yg tidak berpeluang utk perang Badar. Golongan ini sgt mendesak Rasulullah dgn berkata : “Wahai Rasulullah, bawalah kami berperang diluar supaya jangan kaum Quraisy mengatakan kita pengecut dan lemah”.
Akhirnya Rasulullah bersetuju, lalu masuk ke dalam rumahnya memakai baju besi dan senjatanya. Kemudian, golongan yg mendesak tadi berasa bersalah kerana mendesak dan menyesal tindakan mereka itu. Mereka berkata kepada Rasulullah : “ Biar di sini sahajalah wahai Rasulullah. Kami tidak lagi dgn pendapat dulu. Sekiranya Rasulullah mahu bertahan di dalam Madinah pun tidaklah mengapa.”.
Rasulullah kemudian menjawab : “ Tak seharusnya seorang Nabi yg telah memakai baju besi utk keluar berperang menanggalkannya pula, hinggalah berperang”.
[b]Cinta di medan Uhud (part 2 : cinta dunia dan takut mati)….[/b]
Rasulullah bersama seribu org sahabat berangkat keluar dari Madinah pada 7 Syawal. Hinggalah sampai di tempat antara Madinah dan Uhud, Abdullah bin Ubai bin Salul bersama2 puaknya seramai lebih kurang 300 org, (terdiri dari sahabat2 dan ahli keluarga) keluar dari kumpulan tentera muslimin dan berpatah balik ke Madinah sambil berkata :
“ Dianya menderhaka, aku akan mentaati kedua ibu bapaku, sedangkan orgnya tidak ada akal pula. Kami tidak tahu kerana apa perlu kita membunuh diri sendiri?”
[b]Cinta di medan Uhud (part 3: cinta dua orang muda)….[/b]
Rafi’ bin Khadij dan Samrah bin Jundub telah meminta dari Rasulullah utk menyertai peperangan ini sedangkan umur mereka berdua baru lima belas tahun. Rasulullah menolak mereka berdua kerana terlalu muda, tetapi akhirnya Rafi’ dibenarkan setelah ditegaskan kepada baginda bahawa beliau pandai melontar lembing. Setelah itu dating pula Samrah memberitahu bahawa dia pernah mengalahkan Rafi’ semasa bermain gusti. Maka Rasulullah pun turut membenarkan Samrah menyertai mereka.
[b]Cinta di medan Uhud (part 4: cinta Abu Dajanah)….[/b]
Sebelum berperang Rasulullah memegang pedangnya sambil berkata: “ Siapakah yang mampu memegang pedang ini sebenarnya?” Abu Dajanah pun meluru ke hadapan dan berkata : “Aku, Ya Rasulullah, yg layak mengambilnya”. Rasulullah pun menyerahkan pedang ke tangannya, kemudian Abu Dajanah membawa keluar kain sutera merah, melilitkan ke kepalanya dan berjalan di tengah2 saff tentera muslimin dengan sombongnya. Ini adalah perangainya setiap kali hendak berperang ke titisan darah yang terakhir. Melihatkannya, Rasulullah berkata : “Ini adalah lagak perjalanan yg dumurkai Allah kecuali di tempat seumpama ini sahaja (medan peperangan)”.
[b]Cinta di medan Uhud (part 5: cinta rampasan perang)….[/b]
Rasulullah menyusun barisan tentera yg tinggal seramai 700 org itu. Tentera muslimin membelakangi Bukit Uhud (menghadap Madinah) dan 50 orang ditugaskan sebagai pemanah yang ditempatkan di atas bukit di belakang saff tentera. Abdullah bin Jabir ditugaskan sebagai ketua pemanah dan diberi pesanan oleh Rasulullah : “ Berjuanglah kamu di dalam saff kamu dan pertahankanlah kami dari serangan, jika kamu dapati kami menang, janganlah kamu turun menyertai kami, begitu juga kalau kamu dapati kami diserang, jangan turun menolong kami”.
Pertempuran di antara tentera Muslimin dan kafir Quraisy bermula. Musa’b bin Umair memegang panji2 Islam, beliau berada dihadapan tentera Islam bersama2 pahlawan ulung yang lain seperti Abu Dajanah dan Hamzah bin Abdul Mutalib.
Musa’b terbunuh di hadapan mata Rasulullah, lalu panji2 Islam disambar oleh Ali bin Abi Talib KW. Kemudian, datanglah pertolongan dari Allah, apabila tiba2 tentera musyrikin laridari medan perang utk menyelamatkan diri masing2. Tentera Islam terus mara, memburu dan menawan apa sahaja yg boleh ditawan.
Melihatkan keadaan ketika itu, pasukan pemanah di atas bukit bercakap2 sesama sendiri tentang kemenangan tentera Islam. Sebahagian dari mereka turun dari tempat pertahanan kerana menyangka peperangan telah tamat. Mereka turut sama mengumpul harta rampasan yang berselerakan. Hanya Abdullah bin Jabir yg tinggal bersama2 sebilangan kecil sahabat, sambil menyebut2 pesanan Rasulullah.
Khalid Al Walid (yg ketika itu mengetuai sayap kanan musyrikin) berpatah balik dengan kudanya setelah mendapati barisan pertahanan tentera Islam di atas bukit Uhud telah kosong. Akramah yang mengetuai sayap kiri turut serta dgn tindakan Khalid Al-Walid. Mereka menyerang tentera pemanah yg tinggal beberapa orang sahaja itu, membunuh Abdullah bin Jabir dan seterusnya menyerang tentera Muslimin dari arah belakang… tentera Islam mulai lemah.