UHUD BERDARAH
05.20.04 (9:57 pm) [edit]
[i]Aduhai kekasih Allah
Tegasnya kau mendukung maruah
Mara ke medan penuh helah
Walau kau tahu maharnya darah
Lilitan sutera merah
Langkah penuh megah
Dialah Abu Dajanah
Pembawa pedang amanah Rasulullah
Di sini syahidnya Hamzah
Asadullah memikul fitrah
Hati dimamah badan dilapah
Dukacita tak bererti lemah
Aduhai para pemanah
Mengapa ingkar arahan Rasulullah
Apa dikerja harta tawanan ghazwah
Kau terpedaya, pertahanan musnah
Berita wafatnya Rasulullah
Tentera Islam semakin lemah
Anas bertempik marah
Tak perlu hidup selepas Rasulullah
Medan Uhud bermandikan darah
Tersiratlah ribuan hikmah
Tewas perkasakan aqidah
Luka pertautkan ukhuwah[/i]