:P emm... actually bukan la skang ni aku dlm mood CINTA, tapi disebabkan dikelilingi oleh kwn2 yg dlm mood CINTA dan ditambah dgn kad jemputan kahwin yg baru aku terima tadi (Thanks Akmal)... menyebabkan aku mencari2 semula erti Hubbul Azari...

mlm td my dear best fren mengadu dugaan iman yg dihadapinya ... betul kata umi dulu, dalam mencapai matlamat Baitul Muslim ni... antara saat paling mencabar ialah apabila kedua2 belah family dah restu dan hanya menanti waktu yg sesuai utk diijabkabulkan. lagi susah nak jaga adab dan muammalat pd masa ni berbanding masa lepas taa'ruf. Harap2 kisah yg aku paparkan ni bg semangat kat kawan2 dlm mencari HUBBUL AZARI dan melawan cinta nafsu yg sukar kita elakkan tu...
_________________________ _________________
[b]Dipetik dari buku "Islam dan Cinta" karangan Abdullah Nasih 'Ulwan[/b]

Di antara kisah2 mulia yg diwarisi ialah kisah yg diriwayatkan oleh mereka yg dipercayai mengenai Imam Hassan Al-Banna. Adalah menjadi kebiasan beliau utk memeriksa pemuda2 Ikhwanul Muslimin di setiap pelusuk dan kawasan pd setiap hari raya.

Pd satu ketika, apabila beliau ingin keluar seperti biasa, anaknya Saiful Islam jatuh sakit tenat dan hampir membawa kepada kematian. Maka isterinya berkata :
" Kalaulah engkau bersama kami, dptlah juga kami ketenangan darimu dan dpt juga kamu bersama anakmu yg sakit"

Hassan Al-Banna menjawab sambil memegang beg perjalanannya :
"Sekiranya ditakdirkan anakku ini sembuh maka Alhamdulillah dan sekiranya ditakdirkan ia menemui ajalnya maka datuknya mengetahui jalan ke kubur."

Kemudian ia keluar sambil membaca:
[i]'Katakanlah sekiranya bapa2mu, anak2mu, saudara2mu, isteri2mu, keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal yg kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan Allah, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 fasik'[/i] [b](At Taubah: 24)[/b]
_________________________ ________________

[i]"Ya Allah.. jadikan hati kami ini sentiasa cinta padaMU, RasulMU dan jihad di jalanMU, melebihi cinta yg lain..."[/i]

0 Comments