setelah melalui beberapa hari yg penuh kesedihan, keletihan dan ketensenan....akhirnya hari ni aku dpt rasa ke'happy'an yg memang amaattttt best... :lol:

first...pi melawat atuk kat hospital hari ni... memang best bila tengok dia punya keadaan bertambah baik... Alhamdulillah. berlalu juga detik2 cemas semalam bila selepas kami dapati berlaku bleeding dlm saluran tiub yg disambungkan ke badan dia... that's why i'm happy today, bila tengok dah tak bleeding, dia pun ceria and mampu membalas ciuman yg aku hadiahkan ke pipinya...:D

secondly...pagi2 lagi dpt msg dari shita... mengkhabarkan beberapa berita gembira dari r'da and linda.... urmmm... what to say? aku menumpang gembira je lah dgn korang. rasanya memang skang ni musim TAFAHUM. Dlm rukun usrah kan ada 3 konsep : TA'ARUF, TAFAHUM dan TAKAFUL. Rasanya antum dah melepasi peringkat ta'aruf (takkan kawan sejak matrik 4 tahun lepas tapi tak kenal kan?) dan sekarang melalui peringkat tafahum sebelum melangkah ke peringkat takaful.. (aku rasa, peringkat takaful ni sesuai bila dah disatukan nanti...)

So, aku doakan kesejahteraan iman semua dan semoga dipermudahkan urusan antum. jgn lupa untuk mengisi musim TAFAHUM ni dengan tiga pengisian penting dlm membentuk BM... TARBIAH, TAZKIRAH dan TAZKIYAH...

perkara terakhir yg menggembirakan aku hari ni...bila aku dpt call dari Ani Suyati... kawan sebilik masa kat Trg... kawan susah senang dan berkongsi cerita. Sejak grade memang lost contact dan mcm2 spekulasi yg timbul berkenaan 'misteri kehilangan' ani. Akhirnya mlm ni terjawab juga teka teki selama ni...dan aku dpt dgr explaination dr mulutnya sendiri... I MISS U SO MUCH FREN!!! Dan pada masa yg sama, aku dpt berita Akmal akan diijabkabulkan sehari sebelum birthday aku nanti.. (6th JUNE is my birthday!!!) :shock: terkejut jap...betul ke? so, apa lagi...aku terus call akmal utk confirmation...

and...bila aku dgr pengesahan dr mulut Akmal sendiri... punya la happy :D aku dibuatnya... sampai ibu tanya aku : "Apesal awak asyik tersenyum je ni ?"... tak tau la nak gambarkan mcmana... tak sia2 bersabar kan? byk dah dugaan yg depa lalui, jd aku doakan supaya biarlah mereka dimudahkan urusan jodoh ni... amin!!! memang musim agaknya... dari JUN hingga DISEMBER, dah banyak jemputan kahwin and majlis pertunangan yg aku terima dari kengkawan aku kenal masa sekolah tadika hingga ke universiti.. :wink:

semakin banyak la syaitan yang menangis... bila melihat anak Adam diijabkabulkan... :twisted: dan semakin berbanggalah Rasulullah dengan umatnya yg semakin bertambah..(Insya Allah). Okay...to all my frens yg terlibat... semoga menjadi srikandi yg meniup api perjuangan pahlawan antunna!!!
:wink:

0 Comments