[b]12 APRIL 2004[/b]
hari ni program ziarah luar...kul 8 am, bas bergerak menuju ke destinasi pertama, Masjid Quba'... menurut history, masjid ni adalah masjid pertama yang dibina atas dasar iman (hurmm....masjid2 zaman skrg????). Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda singgah di tempat bernama Quba' dan mendirikan masjid ini. Dalam satu hadith ada menyebut, barangsiapa yg berwudhu' dari tempat tinggalnya dan kemudian pergi ke masjid ini dan mendirikan solat, akan mendapat ganjaran seperti mengerjakan sekali umrah. Hati bermunajat lagi :
[i]" Ya Allah, Kau teguhkanlah iman di dalam hati ini, sebagaimana teguhnya binaan yg terbina di atas kekuatan iman ini..."[/i]

Then, pergi pulak ke Jabal Uhud...terimbas semula kisah kekalahan tentera Islam di medan Uhud, akibat tidak wala' (taat) pada pimpinan... Mutawwif yg memandu perjalanan kami meng'refresh' semula kisah peperangan ini. Di kaki bukit Uhud ni terdapat perkuburan para syuhada' Uhud. Dikisahkan pada waktu itu, semua jenazah ingin dibawa pulang ke Madinah untuk dikuburkan di Baqi'. Tetapi Jabal (bukit) Uhud menangis dan meminta supaya para syuhada' dikuburkan di tempat pertempuran (tempat syahid)...kelak di syurga, Jabal Uhud akan menjadi saksi kesyahidan mereka... :cry: Di sini juga tercipta kisah Saidina Hamzah yang syahid dan kemudian hatinya di kunyah oleh Hindun... sayunya hati menziarahi tanah perkuburan syuhada' Uhud... terbayang di mata kehebatan iman para sahabat...

Destinasi ketiga di Masjid Qiblatain... Qiblatain bermaksud dua qiblat. Dinamakan sempena satu peristiwa yg berlaku di zaman Rasulullah. Sebelum ini, qiblat orang Islam adalah di Baitulmaqdis, Palestin. Hikmahnya adalah supaya orang2 Yahudi berlembut hati dan mengikuti agama yang di bawa Rasulullah. Tetapi, telah ditakdirkan hati para Yahudi sekeras batu... mereka menjadikan perbuatan menghadap ke arah rumah mulia mereka tu sebagai bahan ketawa, kehinaan bg orang Islam...jadi, pada satu masa, ketika Rasulullah sedang mengimamkan solat (berqiblatkan B.Maqdis), turun wahyu dari Allah supaya baginda berpusing 180 darjah untuk mengubah qiblat ke arah Masjidil Haram (Kaabah). So, dalam satu solat tu ada 2 qiblat, 2 rakaat mengadap ke B.Maqdis dan 2 rakaat lg ke arah Baitullah. Sejak itu, arah qiblat tidak boleh diubah....

Lepas tu kami ke Pasar Kurma Madinah. sebelum tu, kami lalu di Masjid tujuh.. kawasan masjid ini adalah kawasan berlakunya peperangan Khandaq (parit). Kekuatan orang Islam sangat lemah pada waktu itu jika dibandingkan dengan bilangan dan kekuatan tentera Ahzab... maka, Rasulullah mengarahkan parit digali disekeliling kawasan tersebut dan mereka bertahan dari dalam sahaja. di sekeliling parit didirikan 7 buah kubu/ menara tempat panglima2 peperangan seperti Saidina Ali, Saidina Abu Bakar dll berkawal. Sekarang, kesan2 sejarah dah tak kelihatan sgt. cuma didirikan masjid di tapak kubu2 (sebab tu dinamakan Masjid Tujuh). kalau kita kesini, hanya tinggal 5 masjid sahaja...

Di pasar Kurma para jemaah diberi 1 jam utk shopping kurma. macam2 jenis la boleh jumpa. anyway, skrg ni bukan musim kurma...so, tak jumpa la kurma muda yg menjadi favourite aku tu... tapi jgn salah tafsir... bukan la tujuan ke sini utk galakkan jemaah shopping. biar betul niat... sebenarnya, jika kita berbelanja di tanah haram (Mekah atau Madinah), di gandakan ganjaran pahala...dinilai sebagai amal..

Okay... sambung lagi la nanti..
:P

0 Comments