Sejarah Bulan Ini
03.30.04 (1:57 pm) [edit]
(Forwarded from KAKLONG ku sayang...)
[b]
Safar[/b]
Shalahuddin al-Ayubi meninggal dunia
Selepas enam bulan berlakunya perjanjian Sulhu
Ar-Ramlah antara Shalahuddin al-Ayubi dengan Richard
yang mendapat gelaran `Hati Singa', Shalahuddin
diserang oleh penyakit demam panas sehingga membawa
kepada kematiannya setelah menjangkau usia 57 tahun.
Kematian Shalahuddin berlaku pada bulan Safar tahun
589 Hijrah. Beliau dikebumikan di Damsyik (di dalam
Madrasah Mujahiduddin).
Beliau meninggalkan seramai 17 anak lelaki. Di antara
mereka ada yang menjadi khalifah iaitu, Al-Aziz Othman
(al-Aziz Billah) yang merupakan anaknya yang paling
kecil sebagai raja Mesir. Kedua, anaknya yang bernama
al-Afdhal sebagai raja Damsyik dan anaknya yang
bernama Al-Muzaffar Ghazi sebagai raja ke atas negeri
Halab (Syiria)
Shalahuddin al-Ayubi yang dilahirkan di Kota Takrit
pada tahun 532 Hijrah merupakan salah seorang
pemerintah umat Islam yang paling bertakwa serta
mempunyai keperibadian yang tinggi.
Beliau menyayangi umat Islam, memuliakan ulama,
menyatukan suara umat Islam, menjaga peradaban mereka,
mengalahkan musuh umat Islam, mengembalikan
Baitulmaqdis daripada kekuasaan as-Shalibiyyun ke
tangan umat Islam.
Oleh yang demikian segala sumbangan yang agung ini
terpahat pada setiap hati dan pemikiran umat Islam.
"Ya Allah... sesungguhnya Engkau sentiasa bersamaku"