PENING.... macam mana ek nak explain?
kenapa ntah hari ni rasa macam tak berapa ceria.
dua tiga hari ni hujan lebat kat tempat aku nih...setelah sekian lama tak hujan.

bila tengok hujan terfikir... ada ke dosa kita ni macam hujan? mula-mula sikit...and akhirnya lebat. dan adakah dosa kita tu akan berlalu begitu sahaja, macam hujan yang akhirnya jatuh dan diserap bumi?

and teringat pulak satu kisah dalam Al-Quran... hidayah Allah ni macam hujan. Hati manusia macam tanah yang pelbagai jenis, ada yang boleh tampung hujan...ada yang tak nak serap langsung.

Alhamdulillah, Allah masih sayang pada hambaNYA yang leka dan lalai macam aku... di saat-saat aku rasa macam down ni... DIA campakkan sedikit sebanyak rasa insaf bila tengok hujan... betullah, [i]"dengan mengingati ALLAH, jiwa akan tenang ".[/i]
:D

Overall... aku buat-buat lupa dengan masalah atau ujian yang menimpa. Mungkin dengan cara tu dan dengan berlalunya masa, IZZAH seorang jundiyyah dlm diri aku akan kembali ? :?:

I REFUSE TO GIVE UP!!!