Alhamdulillah… aku rasa lebih stabil hari ni. Headache sikit je… itupun aku dah amik drug sikit utk legakan kepala… heheheheh..paracetamol je. Rasanya, kalau beberapa hari lagi aku still macam 2, 3 hari ni… hilanglah 2kg berat aku yang baru naik bulan lepas. Bagus gak, at least boleh dapat berat model (tinggi dah sure tak bleh dapatnye!) :lol:

Sejak kewujudan blog ni sebenarnya aku lebih happy. Dah memang habit aku suka ber’journal’. Ada gak tempat aku nak mengapplykan anugerah Allah pada aku. Paling best, dapat melahirkan apa yang aku fikir dan rasa (tapi mana-mana yg rahsia tetap rahsia la).. tapi, aku risau jugak kalau ada yang salah tafsir. Mana tau, ada yang anggap aku buat sume ni utk menunjuk2, meraih simpati, menarik perhatian atau sebagainya… Tak terniat lagi la pulak macam tu. Semoga Allah jauhkan aku dari niat-niat yang bukan keranaNYA…

Nampaknya apa yang berlaku menyebabkan aku berfikir sesuatu. Aku dah decide utk mengenepikan semua kepentingan dan masalah peribadi aku buat sementara waktu. Biarlah aku buat sesuatu utk kepentingan family, Islam dan yang sewaktu dengannya. Rasanya tak salah kalau aku tunda plan nak sambung master, tangguh rancangan ber ‘migrate’ ke negeri lain dan tak nak bagi komitmen lagi pada ‘urusan yang satu’ tuh! Kalau aku ada Along lagi, maybe aku tak rasa camnih. And maybe kalau Angah tu lelaki or belum kahwin lagi … aku tak decide camni. :(

:? Fikirkan ayah yang dah menghampiri usia pencen, ibu yang semakin terganggu kesihatan serta tiga orang adik aku yang baru nak mulakan ‘life’… nak tak nak aku kena berani memikul tanggungjawab sebagai ‘anak sulung’. Yela… tanggungjawab anak lelaki kepada keluarga (especially parents ) adalah untuk seumur hidup. Beza dengan anak perempuan, selepas berkahwin, tanggungjawab pada parents jatuh nombor 2 … So, aku….??? :?

Biarlah apa orang fikir dan kata kat aku… Insya Allah aku akan lakukan yang terbaik mengikut kemampuan. Ingat pesan my dear sepupu, Abg Zahid : “ Once u make a decision, don’t look back and regret…” :wink:

Semoga Allah tunjukkan jalan dan berikan aku kekuatan utk memikul semua ni… Siapalah aku tanpa DIA. :?:

[b][i]Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani[/b]
[b](By Skar-Blues, Mac 2004)[/b]


Anugerahkanlah sedikit rasa cintaku padaMU Tuhan!
Agar aku tidak mencintai selainMU
Supaya apa yang ada kukorbankan untukMU
Atau berilah sedikit rasa takut padaMU Tuhan!
Agar aku dapat mengawal diriku
Patuh pada suruhanMU
Menjauhi laranganMU

Hidupkanlah jiwa ini dengan mengingatiMU Tuhan!
Bangunkanlah jiwa aku dengan takut kepadaMU
Agar rasa kehambaanku subur di dalam jiwaku
Rasa cinta dan takut memenuhi jiwaku
Inilah yang akan menyelamatkanku
Kalau tidak kerana ini sudah tentu aku lalai kepadaMU selalu
Aku lupa suruhanMU dan laranganMU
Setiap waktu nafsulah yang mempengaruhiku
Syaitanlah yang akan menipu dayaku

Tuhan, robek-robeklah hati ini dengan takutkanMU
Pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatanMU
Hancur luluhkanlah hati ini dengan Jabbar dan QahharMU
Hiris-hirislah hatiku dengan Rahim dan RahmanMU
Kecut dan reput-reputkanlah hatiku dengan Qudrat dan IradahMU

Agar jangan manusia dan kuasa merobek-robek hatiku
Supaya kebesaran manusia tidak pecah-pecahkan hatiku
Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia menghiris-hiris hatiku
Aku berlindung denganMU daripada makhluk yang merosakkan hatiku
Tuhan…selamatkanlah hatiku dari dirosakkan oleh pujian
Peliharalah hatiku daripada nikmat dunia dan keindahannya

Tuhan, apalah ertinya aku cintakan syurgaMU
Padahal hatiku tidak mencintaiMU
Apalah ertinya aku takutkan nerakaMU
Sedangkan hatiku tidak takut denganMU
Tuhan… HidayahMU kupinta
TaufiqMU yang ku mahu
Selamatkanlah aku Tuhan…
Peliharalah aku
Pimpinlah aku ke jalan keselamatan
Engkau adalah Tuhanku…Pelindungku !
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.[/i]

0 Comments