16 Ramadhan

10.20.05 (10:43 am)   [edit]
Di pertengahan Ramadhan ni, aku seolah-olah baru dikejutkan dari tidur yang lena. Macam orang yang baru bangkit dari tidur, yang ambil sedikit masa untuk duduk di birai katil sambil menarik nafas dalam dengan mata terkebil-kebil. Berfikir tentang semalam, hari ini dan esok.. Bila teringatkan perihal usia dan nyawa… barulah teringat, doa bangun tidur belum dibaca. Perlahan-lahan bibir kering ini bergerak memuji Allah. Perasaan halus dan menghiris menyentuh hati..

Semalam, aku panggil ibu melalui telefon. Tak sampai 5 minit pun berbual.. sempat jugak ibu berpesan; jangan lupa khatamkan bacaan Al Quran Ramadhan ini.. Terpempan jugak aku dibuatnya… hari ni 16 Ramadhan, juzu’ 15 pun aku belum sampai..

Setiap malam, aku ada alasan bagi bermalas-malasan ke masjid utk berterawikh.. Apa lagi untuk menghidupkan malam, walau dengan 2 rakaat Tahajjud.. Walau suami tak lupa menggerakkan aku bangun seawal 4 pagi..

Apa lagi…??? Kalau diatur satu persatu, memang prestasi aku tercorot tahun ni.. 3 tahun lepas aku boleh menangis kegembiraan kerana kedatangan Ramadhan. 2 tahun lepas, aku ada banyak masa untuk bertadarrus, tahun lepas… aku masih mampu menghidupkan malam-malam Ramadhan, tapi tahun ni…

Kecewa dengan diri sendiri? Aku yakin.. AL KHALIQ sentiasa cemburu dengan hambaNya yang melupakanNYA… Jika sebelum ni kita hamba yang sentiasa mengingatiNYA, melahirkan cinta kepadaNYA dan membuktikan ketaatan kepadaNYA… tapi, bila tiba2 kita semakin ‘menjauh’kan diri, sudah tentu DIA cemburu.. maka kemanisan yang penah dirasakan dulu, ditarik sedikit demi sedikit tanpa kita sedari.

Aku yang terlupa, buat-buat lupa atau sengaja melupakan?

[i]“ Ya Tuhanku, Engkaulah maksud hidupku, redhamu matlamatku dan cintamu dambaanku. Jangan KAU tinggalkan aku walau hanya dengan sekelip mata. Jadikanlah hati ini tempat mendiam cinta dan rindu dendamku padaMU, cinta kerana mencintaiMU dan cinta kerana cintaMU. Jangan KAU biarkan cinta yang lain melebihi cintaku kepadaMU, setanding cintaMU atau melupakan aku pada cintaMU. Redhailah aku sebagai hambaMU, dan biarlah hanya Engkau Ya RAhman matlamatku selamanya…”[/i]

0 Comments

Untuk dikongsi

10.16.05 (12:01 pm)   [edit]
Soalan dan jawapan kemusykilan terawih untuk panduan semua. Harap membantu kepada mereka yang pernah bertanya direct kepada saya.

Soalan:
1. Sembahyang terawih ni sebenarnya berapa rakaat? Kenapa ada yang 8 rakaat, ada yang 20 rakaat?
2. Nak terawih niat dia apa?
3. Boleh tak sembahyang tarawih sorang2 kat rumah?
4. Kalau saya sembahyang sorang2 kat rumah nak baca apa?
5. Kalau sembahyang 8 rakaat baca apa?
6. Witir tu sama dengan tarawih ke?

7. Kalau tak sembahyang witir boleh? Tarawih je....
8. Apasal kat masjid2 ramai orang keluar lepas 8 rakaat, lepas witir dll.

Jawapan:
1. Rasulullah s.a.w sebenarnya buat 8 rakaat aje. Khalifah Umar al-Khattab lah yang mulakan 20 rakaat yang kebanyakan orang Islam seluruh dunia buat sekarang. So terpulanglah pada masing2, nak buat 8 ke 20, tak salah, yang penting misti rileks dan khusyuk agar diterima Allah.

2. Usolli sunnat-at-Tarawaih rak 'ataini Llillahi Ta'ala (kalau sorang2) Usolli sunnat-at-Tarawaih rak 'ataini ma'muman Llillahi Ta'ala (kalau ikut imam) (Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sendiri/sebagai makum kerana Allah Ta'ala)

3. Tarawih tu sunat, tak wajib, jadi suka hati lah. Tapi, kalau buat jamaah tu, orait jugak. Pahala 27 kali ganda campur lagi pahala setiap langkah pegi masjid, campur pahala niat iktikaf kat masjid, campur gugur dosa bila bersalaman dengan jemaah, campur pahala solat sunat tahyat masjid dll. Kat akhirat boleh tolong kita woooo......

4. Baca apa2 yg kau nak ler..Tapi kalau mengikut kebiasaan, selepas baca Al-Fatihah, kita ikut susunan Al-Quran dari ayat yang tinggi ke ayat yang rendah. Sebagai contoh ada imam2 baca berikut:

Tarawih petama : 1st Rakaat - Al Takathur ("Alhakumuttakthur...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kedua : 1st Rakaat - Al-Asri ("Wal 'Asri...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih ketiga: 1st Rakaat - Al-Humazah ("Wailullikulli humazah...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih keempat : 1st Rakaat - Al-Fil ("Alam tarakai....")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kelima : 1st Rakaat - Al-Kuraisy ("Li i la fi quraisy...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih keenam : 1st Rakaat - Al-Maun ("Ara aitallazhi...").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih ketujuh : 1st Rakaat - Al-Kauthat ("Inna A'taina..") .
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kelapan : 1st Rakaat - Al-Kafirun ("Kul ya Aiyyuhal kafirun...").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kesembilan : 1st Rakaat - Al-Nasr (Iza jaa'a )
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kesepuluh : 1st Rakaat - Al-Lahab ("Tabbat ya da...").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir pertama : 1st Rakaat - Al-A'la ("Sabbihismarabbikal A'la....").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir kedua : Satu rakaat jek - Bacaan Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") sambung Al-Falaq ("Kul A'uzubirabbil Falaq) sambung An-Nas ("Kul A'uzubirabbinnas")

Ni sume sekadar guideline je yang biasanya diamalkan di sini. Ada jugak yang baca satu juz dalam satu Tarawih, seperti di Masjidil Haram, di kebanyakan masjid2 di middle-east dan Europe, di sesetengah masjid di Indonesia dan Malaysia dan di masjid Bukit Batok.


5. Ikut je susunan bacaan di atas dari Tarawih ketujuh sampai ke sepuluh.

6. Tak lah, kan niat dia lain. Witir tiap2 malam boleh buat, tak payah tunggu bulan Ramadan. Tarawih hanya boleh dilakukan eksklusif dalam bulan Ramadan, sebagaimana ditetapkan Allah.

7. Witir tu kan macam penutup, kan? Eloklah kalau kita buat witir, eh?

8. Diorang nak keluar diorang punya sukalah. Rata2 yang keluar lepas 8 rakaat tu biasanya pasal nak ikut sunnah, buat lapan cukup. Yang keluar lepas witir tu pasal solat witir tu kira macam 'to wrap up the night', so mungkin diorang2 ni nak sambung sembahyang tahajjud, sembahyang hajat dll kat rumah sendiri, jadi tak mau bungkus dulu. Yang keluar lepas solat Isyak tu sume pengantin baru.


-Wallahu'alam

0 Comments

Gambar eksklusif aku..

10.10.05 (11:21 am)   [edit]
Ana enta
Wa enta ana
nahnu Ruuhaanii fil badan..
Uhibbuka ya Zaujii...

Image hosted by Photobucket.com

3 Comments

CATATN 6 OKTOBER

10.09.05 (1:23 pm)   [edit]
Alhamdulillah… akhirya berjaya!!! dah berbulan-bulan aku tak update blog. Sedar tak sedar, dah sebulan setengah aku sah menjadi isteri orang. And aku bersyukur sangat di atas segala kemudahan hidup yang diberikanNYA.

Sebenarnya malam semalam aku baru tiba di Terengganu. Kami suami isteri terpaksa ke Kedah untuk mengikuti Kursus BTN. Induksi Umum dan Khusus. Banyak pengalaman menarik yang boleh dikongsi.. tapi, mungkin aku nak highlight beberapa perkara je…

BTN di Kem Bina Negara Kulim selama seminggu.. takde apa yang menarik sangat, mcam biasa la.. banyak input soal patriotisme. Ada exam and ujian kecergasan. Paling tak boleh lupa bila kena lari 2 km within 21 minit. Alhamdulillah aku dapat buat dalam masa 18 minit, even seumur hidup aku tak penah pun buat cengitu. And one more kena turun tower setinggi 60 kaki. Memang aku tak penah buat sblm ni, tapi kira seronok juga sebab ada peluang lalui pengalaman ni.

INDUKSI Umum di Pulau Sayak, Kedah… Kat sini program tak sepadat BTN. And aku dapat pulak sekumpulan LDK dengan my dear beloved hubby. So, memang banyak masa dapat di spend bersama. Paling romantic sekali masa program KEMBARA (jungle trekking).. tak sangka impian aku jadi kenyataan. Dulu, masa single aku penah kata kat member2 ; ‘Kalau aku kawin nanti, nak ajak husband honeymoon kat dalam hutan, trekking and camping..’ Aku sebenarnya memang suka jungle trekking. Masa zaman belajar dulu memang selalu la pi trekking, at least setahun dua kali. Dah lama tak trekking, tak bermakna aku tak bersemangat nak trekking kali ni.

Seumur hidup, ni antara trekking yang paling mencabar penah aku lalui. Kami merentas hutan di Pengkalan Hulu, Perlis bersempadanan dengan Thailand. Jalan dalam hutan aku ok lagi. But bila masuk gua.. sedikit mencabar. Gua pertama tu okay lagilah.. tapi aku mengalami kesukaran bila terpaksa merentas air yang setinggi hampir 6 kaki (lebih kurang). Dah tentu la seluruh badan aku tenggelam. Tinggi aku cuma 5 kaki 2 inci je. Masalahnya lagi, aku tak reti berenang langsung.. nasib baik la ku ni bukan jenis panic dengan air… Gua kedua lebih mencabar. Sepanjang perjalanan gelap, tak nampak cahaya langsung. Berjalan sambil pegang dinding gua je… sekali lagi, aku terpaksa melalui air yang dalam. Kali ni lebih dalam lagi. Nasib baikla sama group dengan my hubby. Mentang2 dia tinggi, aku berpaut je pada belakang dia sepanjang meredah air yang dalam tu…

INDUKSI Khusus pada minggu terakhir. Memang dah jadi tepu masa tu.. Oleh kerana terlalu lama kursus, aku rasa tertekan je… tak sabar2 nak habiskan kursus and balik Trg. Sepanjang kursus2 ni, aku tetap rindukan suami aku yang berada di depan mata. Kami sama-sama sibuk dengan kursus, tak banyak masa dapat luangkan untuk bersama.. Padahal bulan tersebut adalah bulan pertama kami bergelar suami isteri, bulan mengenali hati budi dan bulan belajar memahami… Apa nak kata, kami di uji sebegini… Mungkin DIA nak eratkan lagi ikatan hati kami ..

Sehari sebelum puasa, kursus tamat, kami terus bertolak balik ke Terengganu….

0 Comments