juara pidato..???

12.01.04 (9:07 am)   [edit]
alhamdulillah... aku menang lagi pidato. kali ni peringkat kebangsaan... mungkin lepas ni tak bertanding dah. kalau ada pun untuk Piala Menteri Pertanian.. actually aku takla menjangkakan leh menang sebab tengok pesaing lain hebat2 belaka...ni aksi seorang juara :



then aku pi conference kat sg petani. best tul program tu.. duk ngan KC, Pengarah negeri dan bahagian.. glamer jap. Yg penting aku leh jumpa nabilah...

1 Comments

KEHIDUPAN : Ibarat Semut, Labah-Labah dan Lebah

11.23.04 (7:00 am)   [edit]
Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an.An Naml [semut], Al 'Ankabuut [labah-labah], dan An Nahl [lebah].

[b]Semut,[/b] menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun.Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha - dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya.

Lain lagi uraian Al-Qur'an tentang [b]labah-labah[/b]. Sarangnya adalah tempat yang paling rapuh [Al 'Ankabuut; 29:41], ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.

Akan halnya [b]lebah,[/b] memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal" [An-Nahl;16:68]. Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga.

Lebah tidak menumpuk makanan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.

Sikap kita dapat diibaratkan dengan berbagai jenis binatang ini.

Ada yang berbudaya [b]'semut'[/b]. Sering menghimpun dan menumpuk harta, menumpuk ilmu yang tidak dimanfaatkan. Budaya 'semut' adalah budaya 'aji mumpung'. Pemborosan, foya-foya adalah implementasinya.Entah berapa banyak juga jenis [b]'labah-labah'[/b] yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan mangsa" Nabi Shalalahu 'Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai [b]'lebah'.[/b]Sesuatu yang tidak merusak dan tidak menyakitkan :"Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat
dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya"

[i]*Semoga kita menjadi ibarat lebah. Insya Allah! [/i]
[b](Fwrd from: hamba dari seberang..)[/b]

1 Comments

Amoi jual kain

11.21.04 (10:04 am)   [edit]
First day masuk ofis lepas cuti raya 10 hari… mmg sakan! Raya ke 5 pi beraya kat Merlimau and Muar… pi 4 buah rumah je tapi jejak kul 9 mlm baru sampai rumah. Best jugak sbb sesekali dpt meronda2 dgn member2.. Raudhah, Halina, Mohsen, Fity, Razman and Md Noor. My last day kat kampung… dikunjungi pulak oleh diorang + Rezwan, member sekolah tadika aku.. so, mmg best la bila member2 yg dah lama lost contact keep in touch semula (aku yg mls contact sebenarnya).

Sebenarnya aku saja balik sehari lebih awal. Sampai KT dekat kul 5 pg (laju giler driver bas ni bawak). Sampai je, ade org fetch and aku balik Rhu Rendang terus. Lepas semayang kemas barang2 and kuar ke KT semula. Bukan apa, settle down pasal rumah. Tempah langsir dan kelengkapan rumah, beli barang dapur dan others. Amoi jual kain tu kutuk aku… lepas raya baru nak settle down rumah? Eleh… raya sebulan… suka hati la! Kalau tak pun, kira persiapan utk Aidiladha…

Kemas rumah lagi petang tu. Susu kuih dlm bekas sambil berfikir… “ ada ke org nak dtg raya rumah aku? ”…. Prepare je lah. Rather than nothing. Malam tadi pulak ke Dungun, beraya rumah Kak Chah. Actually takler teringin sgt nak pi. Tp Halim punya pasal… aku pi jugak, tanda sokongan moral aku terhadap usaha dia meng _ _ _ _ Kak Chah… heheheh! Bawah ni gambor masa kat Kemaman. Saje gatai nak letak… mana satu aku?


1 Comments

selamat hari raya....

11.17.04 (11:21 am)   [edit]
lama tak update... raya la katakan. skrg aku kat kg... hari ni dah raya ke-4. actually aku balik lama dah.. hari ni genap seminggu aku bercuti. so, dijangkakan jumaat ni aku berangkat balik... terpaksa balik awal shari sbb aku nak settle down rumah kat sana... bayangkan, rumah aku tu takde langsir, kerusi dll... kalu org datang raya, macam-macam takda...

seronok? i'm not sure. keseronokan raya thn ni bukan mcm kecik2 dulu... dpt duit raya, baju baru, mkn macam2... tapi aku rasa seronok sbb ni first time aku beraya dlm status dah bekerja. first time kena bg duit raya, first time buat preparation raya utk rumah sendiri..

kebetulan jugak gaji aku dah masuk seminggu sebelum raya, so.. legalah sikit. dapat bayar hutang, buat persiapan and bagi family merasa gaji pertama.. puas hati!

raya ni aku berkurung opal warna peach + merah... sakan no! sedara mara aku komen, aku nampak lebih matang bila dah keje ni... adik2 aku pulak kata aku dah pandai communicate+bergaul dgn sume peringkat umor.. (astaghfirullahal'azim) jgnlah kata2 derang membuatkan aku lupa diri. tapi aku bersyukur la, kalau betul ada perubahan positif macam tu... at least there's something...

raya ni byk kejutan, berita gembira dan sedih utk aku. sepupu aku ada tiga org nak bertunang and bernikah tak lama lagi: Abg zahid, Kak Aziah and Abg Zarul.. meriah ler gamaknya...

time raya ni jgk ada beberapa member lama yg contact setelah sekian lama hilangkhabar. Thanks a lot fren.. Insya Allah, aku jenis menghargai persahabatan... and selagi takde masalah, aku bleh je berkawan dgn sape2.

oklah.. aku nak pi beraya ke rumah bakal biras...INSYA ALLAH.
[b]
[i]I miss you..[/i][/b]

1 Comments

buat aku yg terlupa

11.08.04 (1:33 pm)   [edit]
[i][b]Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk-makhluk yg ada di dunia ini lalu aku mendapati bagi setiap makhluk ini mesti ada sesuatu yg dikasihinya dan yg diasyikinya dan aku melihat pula bahawa ada sebahagian daripada sesuatu yg dikasihi itu hanya menemani kekasihnya ke masa sakit sahaja ,dan ada pula yg sentiasa menemaninya sehingga ke dlm kubur,,manakala yg lainnya akan terus balikdan tidak mahu utk bersama2 dengan kekasihnya di dalam kubur..Ia akan membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur...Lalu aku pun berfikir dan akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yg setia mengiringi kekasihnya ke dalam kubur dan menjadi penghibur dan teman setia..Dan tidak ada kekasih yg sedia utk berbuat demikian selain daripada AMAL SOLIH,,maka aku terrus menjadikan AMAL SOLIH ini sebagai kekasih dan temanku,supaya ia dapat menerangi kuburku,dan menghiburkan hatiku dan sudah pasti Ia tidak akan meninggalkan aku duduk sendirian.[/b][/i]

[b]imam al ghazali...[/b]

*rasa betapa kasihnya ALLAH kpd hamba... DIA mengingatkan aku bila aku lupa dan leka, diilhamkanNYA kpd seorang teman utk bg teguran direct kat aku... SYUKUR..

0 Comments

aku tak betul jap...

11.07.04 (2:23 pm)   [edit]
ntah kenapa semalam kebengongan sekejap. sebenarnya selama ni aku leh control... buat tak tau je dgn apa yg aku fikirkan. but suddenly, lepas asar semalam... ada satu ayat dalam Surah An-Nur yang menyebabkan aku begitu sebak... dan terus aku tak leh control apa yg cuba aku buat2 lupa... banyak2 manusia.. setakat ni, dia je yg boleh menyebabkan aku menangis hanya dgn satu missed call.. dan kali ni, aku sebak hanya kerana teringatkan apa yg aku dah buat pada dia. kalau nak salahkan aku, terpulanglah... dia berhak. tapi, kalau dia tau kenapa aku buat semua ni, insya Allah dia takkan salahkan aku. aku ingat selama ni, dia faham aku... tapi apa yg jadi hari tu... dia macam org lain, yg tak faham aku... takpelah.. aku dah tawar hati.. terfikir utk tunggu 2 tahun lagi, kalau mampu. teringat dia kata dia nak balik thn depan.. and dia penah kata nak contact aku masa tu... tapi... sekarang ni? lantak pi lah... aku kena usaha sampai berjaya utk lupakan.. mcmana dia dah berjaya...

dua hari lepas aku htr kad raya kat rumah dia. even aku tau dia takde kat rumah... dan aku rasa, dia takkan tau sape kirim kad tu sbb dia tak tau signature @ tulisan aku.. kecuali dia baca aku tulis ni...

anyway, thanks friend for your e-card... thanks jugak sbb maafkan...


0 Comments

aku dan Pak Lah...

11.06.04 (11:35 am)   [edit]
khamis hari tu aku terlibat dgn Program Penjanaan Pendapatan Nelayan Melalui Ternakan Akuakultur Marin di Setiu. Best giler.. sbb YAB Perdana Menteri jadi perasmi dan penyampai sijil... Sehari sebelum tu aku dah pi buat preparation. hari kejadian... aku berpakaian serba biru (ada makna tu...), kelako je... keje aku pegang dulang je... hehehehe. Kira dah cukup bermakna la sbb aku leh tengok muka Pak Lah dgn jarak dekat... cute lerr PM ni...

ni gambor2 yg di candid masa program tu.. tapi kualiti kureng la.. gelap sket.

1. gambo PM time nak bg sijil kat penternak



2. sembang2 tunggu PM (dari kiri: Ridzuan, Kak Anis, aku and Kak Liza)



3. Discuss apa ntah (dari kiri: , Kak Anis, aku, En Rusman and Ridzuan)



4. Aku ngan Kak Liza tgh prepare lab coat utk PM



berita berkaitan:
UTUSAN MALAYSIA: [url=]http://www.utusan.com.my/utus...[/url]

BERITA HARIAN: [url=]http://www.bharian.com.my/m/B...[/url]

0 Comments

RUANG SEKECIL ITU

11.02.04 (9:25 am)   [edit]
Di ruang sekecil itu
KAU selit seribu rasa...
Suka, duka, cinta, luka
Dengki, iri, dendam, amarah
Mesra, ceria, gembira, gulana...

Ruang kecil itu
Hanyalah segumpal daging
Yang busuk itu lambang budi
Yang bersih lambang suci

Di ruang sekecil itu
Bisa jadi sempit
Hanya kerana noda setitik
Bisa jadi luas
Hanya kerana nasuha secalit

Di ruang sekecil itu..
Kuharap KAU penuhilah ia dengan cinta
Biar ia sesak dengan kerinduan bertemuMU
Kelak ia penuh dengan pengharapan kepadaMU
Lantas tiada tempat buat selain dariMU

Maha SuciMU Ya Muqallib al Qulub..
Jangan KAU biar ia datang
Si penghijab ruang kecil itu
Yang hanya akan merosakkan..
Ruang kecil itu, yang ku panggil hati..

[i]nukilan:[/i]
[b]Ummu 'Ukasyah
10 Ramadhan 1425[/b]

0 Comments