aku vs hitler...

11.01.04 (2:30 pm)   [edit]
Penat wo… baru je abis meeting Kelab Sukan Jabatan… Perghhh! Tiba2 aku dilantik jadi AJK.. Isk..Isk… aku ni memang SANGAT tak minat pada sukan. Tak pasal2 kena mikir pasal Pesta Sukan pada bulan Disember ni.. buat kat Politeknik Shah Alam. Pagi tadi meeting Program Peningkatan Taraf Hidup Nelayan… Lama jugak la… dari kul 10.30 am till 1.15 pm… Tepu dah kepala ni.

Lama tak update blog.. bukan malas… tapi tak rajin.. Minggu lepas aku diserang sakit tekak + batuk + dedar… puncanya, litar pintas kat dlm system penghadaman aku… hahahaah! Minggu lepas jugak byk benda2 menarik berlaku… kursus 4 hari tu memang best… Cuma yang agak janggal sket, aku satu2nya peserta perempuan.. malu jugak la. Nasib baik ada partner yg memahami. Tapi tu la.. bila duduk di kalangan hampir 50 org lelaki ni… rasa tergugat jugak la iman.. Mujurlah sekarang ni bulan puasa, at least syaitan kena ikat… kurang sikit rasa godaan.

Macam apa je… A**n call aku last week. Aku mintak maafla kat dia byk2 sbb tak dpt attend majlis kahwin dia. Dahle dpt kad last minute, lagipun aku keje kan… Ade ke patut dia kata… “Kalau aku tau kahwin tu menenangkan hati, awal2 lagi aku dah kawin…!” Entahla… bunyik macam senang je. Tapi yg lebih berat, tanggungjawab lepas tu. Tak tau la nak komen, takde pengalaman kan… A**n pun bitau pasal classmate lain yg baru kawin… Kak June, Muza and sape2 ntah lagi..Lepas raya ni pun ramai pakat kenduri… Wana, Kak Busra, Acik and Ridzuan. Memang musim kot… Selamat la korang… Insya Allah, kalu sempat aku pi raikan.

Tadi boss beritahu, dua tiga hari lagi aku akan dapat surat rasmi arahan pertukaran ke PPD Marang… Fuhhh! Berdebar2 and gerun dgn expectation dia. Mampukah aku pikul amanah ni? Dengar khabar, bilik utk aku dah sedia menanti… complete dgn tv, hi fi and ice box tu… hahahaha! Boss kata at first, dia mmg tak berapa berani nak letak aku as KDP Marang… dah le pompuan, muda lagi and kecik je…(dia kata la).. tapi dia bayangkan aku ni mcm Hitler, walaupun kecik, boleh mengubah dunia… Jgn perangai aku cam Hitler dahla… Tapi terfikir gak aku… memang aku ni nampak kecik sgt ke? Bila aku tengok kat cermin nampak ok je… rendang sikit je…

0 Comments

pening ke hapa...

10.24.04 (5:47 pm)   [edit]
lamanya tak berceloteh kat sini... banyak jugak benda jadi minggu ni.. and aku agak sibuk ngan keje2 semasa. tak sempat la nak tulis pepanjang kat sini....

last week jadual penuh. lawatan ke Pejabat Daerah hulu Terengganu, Kuala Terengganu and hari ni Marang. Best jugak bila pi jumpa anggota2 bawah kita... sesekali berpeluang mendengar masalah dan rintihan mereka...

first time aku berpuasa sendirian di tempat org dlm status dah bekerja ni. it's not that easy to get through all this rupanya.. so, simply to say... i wish i'm not always be like this. kitorang berbuka dgn juadah2 ringan biasanya... aku cambiasa cukup dgn bubur lambuk and kuih muih. malam terawikh kat area2 ni... dah 3 masjid aku rasa... saje tukor2 masjid, nak try test... lepas balik terawikh baru la kitorang pikir nak masak apa... biasanya tak makan dah.. kira masak untuk sahur le tu..

dua tiga hari ni aku tak berapa nak sihat.. yg pasti, semalam aku sakit tekak gila2... batuk pun kuar lendir bercampur darah.. rasanya maybe sbb kurang air atau panas sangat. sebab... masa pi umrah dulu pun aku kena camni. berat2 kepala, rasa nak demam pun ada... sahur dengan panadol+ponstan la gamaknya...

ptg ni aku start kursus perundangan kat IPM.... pehh!!! kursus lagi... peserta kursus dekat 50 orang tapi peserta popuan 2 org je.. termasuk aku. hopefully aku enjoy je nanti...

last week pi BTN, majlis berbuka pose ngan member2 lama... best betul. sesekali perlu gak jumpa kroni2 lama.. rasa zuppp sket! entah.. 10 ramadhan pertama bakal berlalu... apa yg aku dah buat dan dapat?

tak tau la nak gambarkan macamana keadaan aku ni. bercampur baur... kadang2 asyik masyuk.. kadang2 terbuai2 dan hanyut... sampai bila?

ikut suka hati je... kadang2 teringat org kat Londang, kejap2 teringat kat Ipoh... tetiba teringat yg kat KL, lepas tu teringat kat Tanta.. and suddenly teringat kat Terengganu ni... pening ke hapa aku ni?

[b]my heart says:[/b] [i]"Di ruang sekecil ini... KAU limpahkanlah dgn rahmatMU"[/i]

0 Comments

Birthday Personality

10.23.04 (7:47 pm)   [edit]
Would you share your birthdate and colour with everyone?

December 23rd ~ January 1st = Red
January 2nd ~ January 11th = Orange
January 12th ~ January 24th = Yellow
January 25th ~ February 3rd = Pink
February 4th ~ February 8th = Blue
February 9th ~ February 18th = Green
February 19th ~ February 28th = Brown
March 1st ~ March 10th = Aqua
March 11th ~ March 20th = Lime
March 21st ~ March 21st = Black
March 22nd ~ March 31st = Purple
April 1st ~ April 10th = Navy
April 11th ~ April 20th = Silver
April 21st ~ April 30th = White
May 1st ~ May 14th = Blue
May 15th ~ May 24th = Gold
May 25th ~ June 3rd = Cream
June 4th ~ June 13th = Grey
June 14th ~ June 23rd = Maroon
June 24th ~ June 24th = Grey
June 25th ~ July 4th = Red
July 5th ~ July 14th = Orange
July 15th ~ July 25th = Yellow
July 26th ~ August 4th = Pink
August 5th ~ August 13th = Blue
August 14th ~ August 23rd = Green
August 24th ~ September 2nd = Brown
September 3rd ~ September 12th = Aqua
September 13th ~ September 22nd = Lime
September 23rd ~ September 23rd = Olive
September 24th ~ October 3rd = Purple
October 4th ~ October 13th = Navy
October 14th ~ October 23rd = Silver
October 24th ~ November 11th = White
November 12th ~ November 21st = Gold
November 22nd ~ December 1st = Cream
December 2nd ~ December 11th = Grey
December 12th ~ December 21st = Maroon
December 2nd ~ December 22nd = Teal


:: RED ::
Cute and lovable type, you are picky but always in love...and liked to be loved. Fresh and cheerful, but can be "moody"" at times. Capable with people nice, soft, and that can love you for the way you are. Likes people that are easy to talk to, and can make you feel comfortable.

:: CREAM ::
Competitive and sportive. Don't like losing and always cheerful! You are trustworthy, and very out going. You choose love carefully, and don't fall in love easily. But once you find the right one, you don't let go for a long time.

:: TEAL ::
You are mostly interested in your looks. And have high standards in picking love. You think and make a solution precisely, and hardly make stupid mistakes. You like to lead, and is easy for you to make new friends.

:: GREY::
You are attractive, and active. You never hide your feelings, and express everything that's inside. But can be selfish at times. You want to be noticed, and don't like to be treated
unequally. You can brighten up people's day. You know what to say at the right time, and you have good sense of humour.

:: GREEN ::
You get along well with new people. You are not really a shy person, but sometimes you can hurt people's feelings by your words... You like to be loved and noticed by your lover, but mostly you are single waiting for the right person.

:: GOLD ::
You know what's right and what's wrong. You are cheerful and out going. It's hard for you to find the one you want, but once you find the right person, you won't be able to fall in love again for a long time.

:: PINK ::
You are always trying your best in everything, and like to help and care for other people. But you are not easily satisfied. You have negative thoughts, and you look for romantic love like in a fairytale.

:: YELLOW ::
You are sweet and innocent. Trusted by many people, and have a strong leadership towards relationships. You make good decision and make the right choice at the right time. And always dreaming of romantic relationship.

:: MAROON ::
You are intelligent, and know what's right. You like to make things go your way, which can sometimes cause trouble for not thinking about other people's feelings. But you be patient
when it comes to love ..Once you get a hold of the right person, it's hard for you to find a better love.

:: ORANGE ::
You are responsible for your own actions, and you know how to treat people. You always have goals to reach and u really work hard to get there, you are competitive. Your friends are
really important to you and you appreciate what you have, you sometimes over react that's because you are sensitive.

:: PURPLE ::
You are mysterious, never selfish and get interested in things easily. Your day can be sad or happy depending on your mood. You are popular between friends, and forget things easily. You go for a person that's trustworthy.

:: LIME ::
You are calm, but easily stressed out. You get jealous easily, and complain over little things. You can't get stuck into one thing, but you have a capable personality for everyone to trust you and like you.

:: SILVER ::
You are imaginative and fun, you love trying new things. You like to challenge yourself and you learn things easily, your easy to talk to and you give good advice, When comes to
friendship, you find it hard to trust someone, but once you find the right friend, you trust them forever.

:: BLACK ::
You are challenging, and have the "guts". But you don't like changes in your life. And once you make a decision, you keep it that way for a long time. Your love life is also challenging, and different.

:: OLIVE ::
You are warm and light hearted. You seem to flow well with friends and family. You don't like violence and know what's right. You are kind and cheerful, but don't envy other people
easily.

:: BROWN ::
You are active and sportive. It's hard for other people to become close with you, but you fall in love easily. But! once you find out you can't get something, you give up and let go easily as well.

:: BLUE ::
You have low self-esteem, and very picky. You are artistic and like to fall in love, but you let your love pass by, by loving with your mind, not your heart.

:: Navy::
You are attractive, and love your life. You have a strong feeling towards everything. And very easily distracted. Once you get angry at someone, its hard for you to forgive them.

:: WHITE ::
You dream and have goals in your life. You get jealous easily and you don't react to things easily. You are different and sometimes weird, but everyone loves that in you.

:: AQUA ::
Your feelings change suddenly and easily. You are always lonely, and like travelling. You are truthful, but listen and believe other people too easily. It's hard to find love for you, and get lost in love easily. Sometimes get hurt by love.

0 Comments

Jangan Marah Ayah Bertanya (fwd from AN)

10.20.04 (4:59 pm)   [edit]
Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.

Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.

Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?"

"Burung gagak", jawab si anak.


Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.

Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah,
"Gagak la ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram
dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.

"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.

Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut..........
"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab,
"Burung gagak". Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku
terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."

MORAL : JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN
SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN
MEREKA"

0 Comments

BINTANG TIMUR KECIL

10.19.04 (7:37 pm)   [edit]
very touching...please read!!! (adapted from naohitofujiki)
_________________________ _______________

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata....isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.

Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak,apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.

Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarangsaya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mulasaya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitabpertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma,afál. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak,isteri atau suami. Bagaimana?

Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam,kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putus kan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan,bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.

Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar olehjiran,apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah punyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya ke halaman rumah, mahu merenung langit malam,satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini,kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.

Saya bertekad dalam hati,Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama' nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujudmenyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan, keyakinan, kesetiaandan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

0 Comments

4 beranak dibunuh --Isteri, dua anak pelajar kita di Kaherah rentung

10.18.04 (7:29 pm)   [edit]


Oleh: AINUL ASNIERA AHSAN dan AZIAN ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Seorang pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar ditikam bertubi-tubi sehingga mati manakala isterinya dicederakan sebelum dibakar hidup-hidup bersama dua anak mereka di sebuah rumah di Bandar Haiyu-Syair, Kaherah, Jumaat lalu.

Identiti keluarga malang itu disahkan sebagai Muhammad Zaki Ayub, 27; isterinya, Nurul Hayati Bohari, 27 dan anak-anak mereka Siti Maryam Hafizah, tiga tahun tiga bulan, dan Muhammad Muazz Hafiz, 11 bulan.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah, Wan Bakar Wan Dagang ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut.

Mayat Mohd. Zaki ditemui di ruang tamu rumahnya dengan tiga kesan tikaman di belakang badan, dua di dada, satu di dahi dan beberapa kesan dikelar di leher.

Mayat isterinya yang turut dicederakan dijumpai rentung bersama dua orang anak mereka di salah sebuah bilik rumah kediaman tiga bilik pasangan tersebut.

Mohd. Zaki merupakan pelajar tahun akhir jurusan syariah Islamiah dan isterinya pula bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kedua-dua mereka berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Mohd. Zaki juga difahamkan seorang peniaga dan mempunyai dua restoran dan sebuah kafe siber di sana.

Berdasarkan siasatan awal polis mendapati, Mohd. Zaki yang menjadi sasaran utama penceroboh berdasarkan kesan tikaman pada anggota badannya.

Mohd. Zaki yang dipercayai bergelut dengan penceroboh kemungkinan cuba diselamatkan oleh isterinya.

Bagaimanapun, penceroboh yang dipercayai lebih daripada seorang, mencederakan isteri mangsa dan mengheretnya ke sebuah bilik bersama anak-anak mereka dan dibakar.

Pembunuhan kejam dan ngeri itu hanya disedari oleh jiran selepas bilik rumah tersebut terbakar.

Pihak bomba yang menyangka ia adalah kebakaran biasa kemudian mendapati terdapat satu mayat lelaki di ruang tamu dan tiga lagi rentung di dalam bilik.

Wan Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan oleh polis.

``Kita masih menunggu laporan polis tetapi berdasarkan siasatan awal polis tidak menolak ia adalah kes jenayah yang diandaikan bermotifkan dendam dan rompakan.

``Malah, polis yakin kejadian tersebut dilakukan lebih daripada seorang,'' katanya.

Ini kerana, menurut beliau, hasil siasatan mendapati wang mangsa sebanyak RM30,000 di dalam rumah tersebut hilang.

Katanya, mayat sekeluarga itu dihantar ke Hospital Saida Zainab untuk bedah siasat.Utusan Malaysia difahamkan, polis mengandaikan kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika orang ramai sedang sibuk untuk bersembahyang Jumaat pada pukul 11.40 pagi waktu tempatan.

Disebabkan itu, kejadian tersebut tidak disedari oleh jiran sehingga ternampak kebakaran di bilik rumah mangsa.

Bagaimanapun, Wan Bakar memberitahu, polis berjaya menahan seorang pemuda warga Indonesia yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Pemuda itu juga dikatakan seorang peniaga dan pernah terlibat dalam beberapa kes jenayah di sana.

Tambahnya, jenazah keluarga tersebut akan dikebumikan di kawasan tanah perkuburan Malaysia di sana pada selepas Asar kira-kira pukul 10 malam ini waktu Malaysia.

``Pengkebumian jenazah-jenazah itu sudah pun mendapat persetujuan oleh keluarga mereka,'' ujarnya

[url=]http://www.utusan.com.my/utus...[/url]

[b][i]"murahnya harga sebuah nyawa..."[/i][/b]

0 Comments

RAMADHAN

10.17.04 (6:47 pm)   [edit]

cacamerba

10.16.04 (10:24 am)   [edit]
mlm ni aku balik Trg semula. cukuplah 2 hari duk rumah. mohsen tolong belikan tiket. aku try call HQ semalam, utk settle down pasal document2 yg nak copy. next week derang faks kat aku. hopefully semua boleh setel... aku dah rimas ni...

mlm semalam pi kota damansara, lepak rumah angah. bekumpul anak beranak... angah SMS kat aku : "Maklang nak tengok baby eh..?" Ade ker mcm tu? Aku reply kat dia :"Perut awak transparent ke..?" Hahahaha... ntah apa2 la aku ni. anyway, aku enjoy la pi umah angah.. bangcik pun ada. sayang... ayah and adik tak pi sekali...

first Ramadahan semalam... alhamdulillah! aku rasa aku belum buat yg terbaik.. alangkah ruginya!!!

1 Comments

Panduan berpuasa bagi para pesakit:

10.15.04 (4:20 pm)   [edit]

Diabetes
Pesakit perlu tahu paras gula dalam badan. Jika tahap diabetesnya sukar dikawal, memang disyorkan agar pesakit tidak berpuasa. Begitu juga sekiranya pesakit mengambil insulin dan mengandung.


Ubat yang digunakan perlu diselaraskan berdasarkan tahap kawalan. Sekiranya diabetes boleh dikawal, pengambilan ubat-ubatan mereka boleh diubah.


Misalnya, jika pesakit menggunakan ubat sulfonyurea yang akan meningkatkan penghasilan insulin, ia boleh digunakan hanya semasa berbuka puasa dan ditinggalkan semasa sahur.


Dari segi pemakanan, pesakit tidak boleh terlalu banyak lari daripada biasa. Maksudnya, tidak boleh mengambil terlalu banyak karbohidrat dan gula yang akan mendatangkan masalah jika ditukar secara mendadak.


Terdapat beberapa jenis penggunaan insulin iaitu yang bertindak cepat - disarankan semasa berbuka dan sahur, manakala insulin tindakan sederhana, pada waktu malam.
Ubat insulin yang diambil secara suntikan tidak membatalkan puasa kerana ia tidak dikira sebagai pemakanan tambahan dan tidak memberikan tenaga.



Darah tinggi
Sekiranya sukar dikawal darah pesakit dan terpaksa menggunakan dua tiga jenis ubat atau dua tiga dos bagi mengelakkan darah naik, mereka disarankan agar tidak berpuasa.


Mereka perlu memastikan tidak mengambil ubat yang menyebabkan banyak membuang air kecil kerana akan menyebabkan dehidrasi dan tekanan darah menurun.


Pesakit disyorkan meminum air yang mencukupi bagi memastikan hidrasi yang optimum.


Secara amnya, penggunaan air bagi setiap individu adalah dua liter sehari, bergantung juga kepada aktiviti masing-masing.



Gastrik, pedih hulu hati, hernia hiatus dan ulser peptik
Peningkatan asid di dalam perut yang kosong memburukkan keadaan yang ditandai dengan kepanasan perut di bawah tulang rusuk dan boleh berlanjutan sehingga ke kerongkong.


Paling penting, mereka disyorkan tidak memakan makanan berlemak, berminyak, bergoreng, berempah atau bercili serta minuman berkarbonat bagi mengelakkan penyakit menjadi semakin teruk


Terdapat ubat-ubatan untuk mengawal tahap asid dalam perut.


Bagi pesakit ulser peptik dan hernia hiatus terutamanya perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa.


Sesetengah masalah gastrik memang teruk dan boleh menyebabkan pendarahan. Jika tidak dibuat penilaian yang sepatutnya boleh membawa kepada kemudaratan semasa Ramadan.


Bahkan, ada antara pesakit gastrik tidak parah yang sembuh kerana berpuasa disebabkan cara makan yang lebih teratur dan sederhana di bulan Ramadan.



Migrain dan sakit kepala
Kekurangan air dan gula di dalam tubuh boleh memburukkan keadaan. Bagi mereka yang menghidap sakit kepala, mereka bukan sahaja perlu mengawal jumlah pengambilan makanan tetapi juga makanan atau minuman yang manis dan bergula.


Mereka juga tidak digalakkan mengambil minuman mengandungi kafeina termasuk kopi atau koko dan teh yang boleh menyebabkan ketagihan terutamanya pada waktu sahur. Pesakit boleh memperbanyakkan meminum air mati sebagai gantinya.


Kandungan air dalam badan atau hidrasi adalah penting bagi pesakit migrain yang boleh dikekalkan dengan cara meminum banyak air di antara waktu berbuka dan bersahur.



Batu karang
Sekali lagi, hidrasi penting bagi penyakit ini. Jika mereka membenarkan kekurangan air dalam badan, ia hanya akan menyebabkan perut yang memulas.


Sembelit
Gejala membuang air besar ini boleh membawa kepada buasir. Mereka perlu mengekalkan tahap hidrasi dengan meminum air mencukupi atau memakan makanan yang mengandungi lebih serat.



Wanita mengandung
Al-Quran tidak mengecualikan mereka daripada berpuasa kerana kehamilan bukan dikira suatu penyakit.


Namun, Rasulullah dalam sabdanya membenarkan mereka meninggalkan puasa jika ibu atau bayi dalam kandungan mengalami masalah kesihatan


Janin paling terdedah kepada bahaya terutama pada tiga bulan pertama dan tiga bulan terakhir kehamilan dan kekurangan zat-zat serta air boleh menjejaskan pertumbuhan dan kematangan bayi.

0 Comments

Peritnya...

10.12.04 (5:46 pm)   [edit]
Ya Allah...
Ketensionan aku tahap maksima ni..
Air mata pun murah je..
tak tau nak kata apa dah..

Ya Allah... Berilah kekuatan utk aku hadapi semua ni...

1 Comments

beria nyer...

10.11.04 (5:04 pm)   [edit]
Kelmarin aku sampai KB kul 8.30 pm… penat giler… nama je pajero baru, lambat gak… padahal bertolak dari KT kul 5 pm tu!!! Sabor jelah. Sampai2 je pi makan dulu, and then check in hotel. Aku stay kat Grand River View, best jugak la... se 'best' harganya (pergh...!!). Nasib baik dpt rate Gov. servant. Masuk bilik, kemas2 and tido... terjaga pagi tu baru la teringat nak practice bercakap.

So, pertandingan pidato tu buat kat Auitorium KADA, Lundang. Start kul 9 am. Turn aku yang kelima (peserta terakhir dlm kategori Pengurusan dan Professional)... takut and berdebar giler2.. Alhamdulillah, Kak Na byk tolong bg tips masa kat atas stage. Aku pun guna method sendiri utk hilangkan nervous sendiri.... Hahahaha... aku bukan apa, aku cuma bukak spek aku supaya aku tak nampak mata audience yg tertumpu pada aku and tak nampak jugak expression muka derang... Aku pun mula la :

“Yang berusaha Tuan Pengerusi majlis, Yang Arif lagi saksama, sudah tentunya barisan panel hakim di hadapan saya. Dif2 kehormat, tetamu2 jemputan, tuan2 dan puan2, warga Perikanan sekalian.... Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera...”

wakakakaka... beria la aku ni.. poyo! Sebenarnya byk gak point aku tertinggal masa pidato tu, tapi aku pakat belasah je. Lerrr... masa dah habis! Aku pulak baru nak bg pantun penutup...

“Tuai padi antara masak
Esok jgn layu-layuan
Intai teknologi antara nampak
Esok jgn jd sesalan”

So... Alhamdulillah! Aku dpt first prize lagi... tak sangka jugak la sebab saingan hebat2 dari org yang lebih berpengalaman. Skor aku 94%... 6% yang hilang tu pada penyampaian dan bahasa... yelah.. melampau la kalu depa bg perfect.. ye tak? Kesimpulannya, aku kena wakil zon timur ke peringkat kebangsaan lepas raya ni. Fikir2 balik, mcm tak percaya je.. Seumur hidup tak penah aku masuk pertandingan bercakap2 ni. Ibu sendiri pun gelak tak percaya dgr citer aku. Takpelah... pasti ada hikmahnya. Bak kata member2, mungkin ni cara dakwah yg tak langsung... and membuktikan org cam aku pun leh pakai.

Lepas penyampaian hadiah and lunch aku terus balik, tumpang en Arief yg nak balik Kuantan. Penyokong2 Terengganu dua bas tu pi shoping dulu kat KB + Pengkalan Kubor. Tak larat nak join. Ngantuk giler, takleh control... naik kete sembang sat and terus tido...zzzzzzz

0 Comments

KU MOHON...

10.11.04 (1:02 pm)   [edit]
Ketika ku memohon kepadaNYA kekuatan,
Allah memberiku kesulitan …. Agar aku menjadi kuat.

Ketika ku memohon kepadaNYA kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah …. untuk dipecahkan

Ketika ku memohon kepadaNYA kesejahteraan,
Allah memberiku akal …. Untukku berfikir

Ketika ku memohon kepadaNYA keberanian,
Allah memberiku bahaya …. Untukku atasi

Ketika ku memohon kepadaNYA sebuah cinta,
Allah memberiku orang-orang bermasalah …. Untukku tolong

Ketika ku memohon kepadaNYA bantuan
Allah memberiku kesempatan… untukku gunakan

Aku tak pernah menerima apa yang kupinta,
Tetapi ku menerima segala yang ku perlu….

0 Comments

aku cinta... aku rindu...

10.09.04 (7:34 pm)   [edit]
aku tgh tunggu driver. ingatkan esok baru bertolak ke KB... rupanya hari ni jugak, mujurlah Kak Anis tolong bitau. Malas giler nak drive, minyak satu hal... penat campur berdebar. Baik aku naik Pajero kerajaan tu je. Aku dah tak berapa nak sabor sebenarnya. Bila la gaji nak dapat ni... dah 3 bulan weih! Dah la byk TNT bulan ni... sabo jelah. Mmg la leh claim, tp bab nak advance dulu ni lah yg sakit... Semoga aku terus diberi kesabaran... GRRRRRR!!!

kursus 4 hari kat INTAN last week tu ok. Modul biasa: ketrampilan, komunikasi, integriti, dasar kerajaan dll. Rasanya berat badan aku dah bertambah sekilo lagi... makan free la katakan. actually ada beberapa kejadian menarik berlaku... tak sangka pulak aku di uji sebegitu. Selalu aku doa aku tak di uji tentang perkara yg melibatkan ajnabi... tapi biasa la, kita tetap akan di uji, lebih2 lagi dgn sesuatu yg kita nak elakkan...

countdown to RAMADHAN... tak sabar jugak rasanya, setelah sekian lama aku 'terhanyut' dgn dunia... semoga hadirnya membawa aku kepadaNYA...

[i][b]"Ya Allah... bimbinglah aku merindui dan menyintaiMU dgn sehebat2 cinta seorang hamba..."[/b][/i]

0 Comments

ke kemaman...

10.03.04 (7:57 pm)   [edit]
jap lagi kena bertolak ke kemaman. Kursus sampai khamis ni kat INTAN Wilayah Timur. Kursus Peningkatan Pengucapan Frontliner under JPA.

semalam pi lepak kat Baitur Raudhah, sembang sakan ngan Umi sampai lupa nak balik. sampai umah pun dah malam. Mood pulak still tak berapa nak ok... why? Balik dr kursus nanti aku kena setelkan pasal Attachment Training utk Pegawai2 baru. And prepare jugak utk ke KB. Kak Liza gi MAHA sampai 10hb. Jeles giler... kalu aku pi leh jumpa Nabilah and maybe leh balik umah jap.. tapi apakan daya ek?

MUHASABAH:

- manja
- ego tinggi
- suka ikut hati
- pentingkan diri sendiri
- lembik
- kuat merajuk
- bertindak melulu
- emosional
- panas baran

my heart just won't let it be...

1 Comments

utk tu je ke?

10.02.04 (6:03 pm)   [edit]
aku dah tak larat.. byk benda jd minggu ni... rabu hari tu lawan pidato peringkat negeri antara 5 agensi kerajaan yg berkenaan dgn jbtn aku. peserta lebih kurang 40 org. aku jd urusetia and peserta sekaligus. masalahnya... aku menang first prize kategori kumpulan pengurusan dan professional. kena wakil negeri utk pertandingan peringkat zon kat KB 10hb ni. aku tak sengaja 'ter'menang. yelah, aku buat cam biasa je. bak kata Kak Liza mmg rezeki agaknya... tak penah seumur hidup aku masuk menda2 ni... malasnya!!!

mlm khamis aku diserang gastrik teruk... pelik gak, aku mkn on time je skrg ni. and sebelah kiri perut pun sakit. doktor kata maybe sbb masalah urinary. Aku kena buat urine test mlm tu... mmg ada problem sket rupanya... tak pasal2 aku dpt MC hari khamis. Lepas mkn ubat pun aku still tak ok. sembahyang duduk pun sampai terbongkok2 tahan sakit... kak liza la susah payah tolong tungku perut aku lepas sapu minyak... [i]"YA SALAM !!! Bantulah aku..."[/i] thanks jugak la kat jiran yg tolong hantar ke klinik mlm tu. I owe something to Kak Ar's family...

3hb sampai 7hb ni pulak, aku kena kursus kat INTAN, Kemaman. Kursus peningkatan pengucapan 'frontliner'... warghhh!!! serabut la kepala.

yang pasti, aku mmg tengah presure dgn masalah yg bukan berkaitan dgn keje. hari tu dpt e mel dr en fauzi, mantan ***** aku, dia bg teguran dgn tajuk "Dimanakah Zeti yg kukenali??".... e mel tu buatkan aku berfikir panjang.... and then, hari jumaat aku hadapi satu lagi situasi yg menguji... salah ke aku terus terang?

ntah la... time2 mcm ni aku rasa nak peluk ibu and nangis puas2. aku dah tak tau nak buat apa. setiap langkah berisiko, aku kena berani hadapi. ibu selalu pesan, mesti berani buat keputusan dlm hidup...

ikut hati, aku nak lari...nak tinggalkan semua ni. tapi aku tak selemah tu... dan ada hikmah Allah jadikan semua ni. dan aku pasti.. ALLAH takkan uji aku dgn sesuatu yg aku tak sanggupi... yg tak mampu aku hadapi.

mungkin aku silap... tapi tak semestinya aku salah. bukan aku nak ikut kata hati aku je... tapi mungkin tu lebih baik dari aku memaksa hati sendiri.. soal ni tak boleh di paksa2.. aku sendiri tak pasti kenapa susah sangat aku nak buka ruang... aku cuba cari makna dan alasan semua ni, tapi tak jumpa.. cuma yg aku tau ,hati aku refuse to comitt.

aku rasa lost and down. hari2 pi keje balik keje, kemas rumah, basuh baju and tido... hidup aku utk tu je ke?

[b]KU SERAH CINTA[/b]

[b]Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini[/b]

*aku copy dr [b]dwen[/b][url=]http://mohd-noridzuan.blogspo...[/url]

1 Comments

####

10.02.04 (5:18 pm)   [edit]
sms yg aku dpt pd 1:35 am dari no +601732973** :

[i]"Akum. Apa awk dah wat kt kwn sy ha? Kesian sy tengok dia. Kalu dulu lg awk xlyn dia xpe, knp skrg ha? Mcm 2 ke sikap org bertudung labuh? Kwn sy tu berenti mrokok krn awk skrg dh isap blk tau. Awk ni mmg xde hati budi lgsg. Dia xkn maafkn kesalhn awk ni..."[/i]

what should i say?

0 Comments