Seorang gadis itu ...

09.28.04 (11:53 am)   [edit]

Seorang gadis itu ...
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya...

seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta,

lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,

dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!

Seorang gadis itu ...

yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya...



seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta,

lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,

dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!

(forwarded from e mel box)

1 Comments

apa yg tak kena?

09.27.04 (10:08 am)   [edit]
semalam aku kerja till 1 pm je. before lunch, aku duk discuss ngan Ridzuan. tgh cakap2 tu... tetiba mata aku tak nampak sebelah... bila tengok muka wan, aku nampak sebelah mata je... sebelah lagi cahaya putih yg silau.. aku ingat mata aku yg problem sbb dah 3 minggu tak pakai spek sejak peristiwa hari tu. So, time lunch aku decide nak pi jumpa optometrist buat check up. Wan and halim tak bagi aku drive sorang2 dlm keadaan mcm tu.. but, aku rasa mcm ok je.. so, aku drive alone la ke bandar. Kak Liza takde, outstation sampai esok.

tak sampai separuh perjalanan, mata aku become worse.. sakit kepala berdenyut2, especially kat alis mata kiri. aku fikir, maybe sbb cuaca panas and silau kot. Aku buat gagah lagi, drive ke KT. Sampai bandar, aku dah takleh nak drive. Tiba2 rasa mabuk and mual... aku berenti tepi jalan and muntah2 la pulak... lemah satu badan. Aku drive lagi but then, aku terpaksa gak berenti bila aku hampir2 langgar org... tgn pun dah menggigil2, pegang stereng pun tak larat.

Got no choice, aku SMS Ridzuan and Halim, mintak diorang amik aku. Halim drive my car and aku naik ngan Wan. Derang hantar aku balik rumah terus... Thanks guys... duk di tempat org, takde sedara mara... member2 la yg tolong time susah. Mcm kes tayar aku pancit hari tu... derang gak yg tolong. Ada gak kaum Adam tempat berkuat kat sini...

aku tak tau apa yg tak kena... buat medical check up, blood presure rendah rupanya. Teorinya, makan tak teratur, tido and rehat tak cukup atau presure keje... tapi, aku tak rasa pun aku hadapi mana2 masalah yg Mr Dr. kata tu.... emmmm???

Pagi ni, aku memang tak larat nak pi keje. Tapi bila pikir ada 2 meeting nak kena attend, ada beberapa task kena complete.... kena kuat gak la. Aku pun malas nak cuti. Anyway, cakap betul la... hingga saat ni aku masih rasa di awangan lagi. Bila aku berjalan/berdiri... rasa sakit kepala and abdomen. Rasa mabuk and mual sikit2... skrin ni pun nampak moving je... heheheeheh...

[b][i]"Hidup tidak pernah adil... bagi insan yg sentiasa percaya, adil di tangannya..."[/b][/i]

0 Comments

from Aslam

09.27.04 (9:49 am)   [edit]
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang
lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu". Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua
lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....Sekian.

Macam mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas??? Selain terhibur, anda fikirlahlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... ",

" Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...",

"Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...",

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gossip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran",

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia",

"Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam- jam tapi nak berdoa kepada ALLAH, alahai.. tak cukup masa....

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.

Lawak kan??? Kenapa?
Gelak tu kan realiti. Tapi yg paling lawak sekali.. berapa
orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain? berapa banyak????

Wallahualam

0 Comments

percaya...

09.25.04 (12:00 pm)   [edit]

potong kuku sendiri....

09.24.04 (2:40 pm)   [edit]
kenapa la aku blues sangat hari ni? sesekali dpt lepaskan perasaan mmg best.. mlm tadi aku nangis puas2, nak kasi release sket tension ni. apa ntah yg aku pikir... susah nak describe... kalau boleh, apa2 masalah yg aku hadapi... aku nak selesaikan sendiri, dgn cara aku.. seboleh2 aku taknak menyusahkan orang..

Alhamdulillah. bekerja dan hidup sendirian kat tempat org ni, jadikan aku matang dan berani... aku bukan lagi budak 'manja' yang asyik harap bantuan org... aku dah boleh hadapi sendiri bila rasa sedih @ sakit.. takde lagi org yg jadi mangsa aku bila aku marah. dan nyata... takde lagi bahu tempat aku berpaut bila nangis..

belajar jugak kawal perasaan... pahit pun telan sendiri je.. belajar terima keadaan dan org lain seadanya...? belajar bangun tidur sendiri, potong kuku sendiri, sapu vicks sendiri...

aku kena berani...?

[i][b]"Aku berjalan kearahMU..
KAU berlari kepadaku..."[/b][/i]




0 Comments

Buah mangga dan keturunannya..

09.21.04 (12:54 pm)   [edit]
mabuk... aku rasa something wrong ngan aku hari ni. apesal rasa lemah je... mmg aku selsema tapi.. takkan berjangkit kot demam budak(bapak budak?) tu? so... dari pg sampai tengahari aku rasa down je...

skrg ni aku kena setelkan gak masalah yg dah berbulan2 meng'hempap' bahu aku.. penat aku main 'hide and seek' dgn diri sendiri... sampai bila mau lari ma... aku dah besor, bukan bebudak... bleh pikir matang..

matang...? premature or postmature? hehehehe.. mcm buah mangga siam/pauh.. kalau premature org jarang makan... paling best kalau mmg betul2 matang.. (buat fruit juice pun best).. tapi kalu overmatang biasanya org dah tak heran.. org Melaka panggil buah 'male'...

apa kaitan buah mangga dgn aku?

[b][i]"Makin dicantas makin bertunas.."[/i][/b]

0 Comments

Biarlah masa yang berbicara…

09.20.04 (4:14 pm)   [edit]
Aku masuk kerja hari ni.. sampai bus stand Tanjung around 5 am. Sampai kat kete, remote takleh guna… gabra sat… kalu aku bukak manual, for sure alam bebunyik. Takkan ke hingar bingar pagi2 buta ni.. nak tak nak, aku mintak tolong sorang pakcik tu. Dia suh aku bukak cara manual… then, dia akan cari switch untuk off alarm. Ingatkan settle… rupanya tak leh gak. Depa terpaksa longgarkan kepala bateri kat but enjin… last2 aku dah berjaya setel masalah tu. Aku pun rushing balik Marang… takut lambat beb! Nak keje pagi ni. But then, aku dengau bunyik pelik… ler… tayar kempis! Aik? Pancit lg ke? Baru je pancit last week… aku benti kat petrol station, isik angin and adjust2 sket… pergh… pagi yang mencabar keperempuanan aku!
[b]
Flashback dua tiga hari lepas….[/b]

Last minute aku pi beli tiket nak balik Melaka.. Petang tu aku balik lambat, tunggu Kak Liza abis meeting dengan KSU. Then, pi borong kepok losong untuk dibawak balik mlm ni. Sempat la singgah dinner kat Manir…Malam Khamis tu aku naik bas kul 11 pm, bas Ekspress Budaya… chaih…!! Rupanya kul 12 baru bas sampai dari KB… Aku sian kat Akmal and hubby dia yang tolong hantar aku mlm tu. Akmal tu tgh pregnant ~3 bulan (wah… baru je akad bulan 6 hari tu) and husband dia plak tgh flue.. terpaksa la menyusahkan derang.. manader orang lain yang sesuai untuk disusahkan.. aku letih giler, so spjg perjalnan mata aku terpejam..

Yang bestnya, hari jumaat tu semua ader… angah balik ngan abg niza, bawak yan and eka sekali.. bangcik dah balik awal lagi… so, aku ditugaskan pi amik adik kat asrama. Sesekali berkumpul cukup korum ni mmg syok habis. Ibu buat kenduri doa selamat + arwah.. Birthday ibu dan adik semalamnya…(HAPPY BURTHDAY DEAR!!!) and sebenarnya birthday aku jugak, kalu kira ikut tahun hijrah (3 SYAABAN 1425)…Kenduri simple je, angkat satay and roti jala serta beberapa accessories lain…

Sabtu mcm biasa, aku kemas2 rumah and restore barang2 kenduri mlm tadi. Ptg, aku jaga kedai… shift dengan Yan. Time ni aku teruji dengan situasi yang diluar dugaan(?)… Errkk…!!! Nasib baik aku ni masih ingat status aku dan mujur jugak sifat malu yang Allah bagi tu masih ada… so, aku berjaya handle situasi yang diluar jangla tu. Dapat soalan pun lebih mencabar minda dari soalan PTK (mcm penah seat ujian PTK pun?)… berasap beb! Pecah rekod la… tak penah aku buat perangai pelik2 sblm ni… tetiba aku jadi mcm orang lain pulak [i]< “ Ya Allah! Jangan KAU sasarkan langkah kaki ini dari jalanMU” >[/i]

Ahad? Mcm biasa jugak.. kalut2 jugakla dengan mcm2 peristiwa. Pakcik Ayat lak jatuh tangga… patah tangan, kaki and tulang pelvis. Kalu lambat operation, most probably dia leh paralyzed seumur hidup. Semoga Allah mudahkan dan berikan kesihatan pada pakcik.. terkenang anak2 dia yang masih kecik…Uwaaaa!!!

[b][i]“Taking time is what loves all about"[/i][/b]

0 Comments

mahalnya harga sesuap nasi...

09.15.04 (6:15 pm)   [edit]
hari ni aku dah berjaya setelkan investigation ke atas sorang pakcik tu + sykt nya... so far, aku satisfied dan rasa mcm leh sokong dia utk dptkan pinjaman bank... masalahnya, bila aku call bank tadi... cerita jd terbalik 180 degree... apa yg officer tu citer opposite dgn citer pakcik tu.. pening aku dibuatnya... apa2 pun esok aku kena siapkan gak ulasan kpd pengarah.. sbb aku nak balik Melaka mlm esok.

pale aku sakit ni... ngantuk giler! lepas g marang, aku pi sbrg takir lak... konon2 nak buat inspection. cancel lak.. mlm td best giler tengok landing vesel C2, laut dalam... maut seh... tengok ikan byk2.. sian gak tengok awak2 bot yg berhempas pulas... dgr pendapatan diorg.... tak padan dgn kerja... sekali kuar laut sampai dekat 2 minggu, then bila landing terus kena punggah... boleh sampai 10 jam tu... then rest jap sblm ke laut balik.. so, bila korg mkn ikan tu... pikir skali la nelayan di laut... doakan mereka dimurahkan rezeki...

[i]"kesusahan itu mahar kebahagiaan..
apabila kita sentiasa dlm keyakinan..."[/i]

0 Comments

Sari As-Saqothi

09.14.04 (9:17 am)   [edit]
Junaid ra berkata, “Sewaktu aku tidur di rumah Sari As-Saqothi, ia membangunkanku dan berkata, ‘Wahai Junaid, aku melihat diriku seakan-akan berada di hadapan Allah, kemudian Allah berkata kepadaku, ‘Wahai Sari, ketika Aku menciptakan makhluk- makhluk-Ku, mereka semua mengaku cinta kepada-Ku. Ketika Aku lalu menciptakan dunia, 9/10 dari mereka lari meninggalkan-Ku, hanya tinggal 1/10 bersama-Ku. Ketika aku menciptakan surga, 9/10 dari 1/10 tadi lari meninggalkan-Ku dan hanya tinggal 1/10 dari 1/10 yang tadi bersama-Ku. Aku lalu menciptakan neraka, 9/10 dari 1/10-nya 1/10 tadi lari meninggalkan-Ku. Aku lalu menguji mereka dengan bencana sekecil atom, maka 9/10 dari 1/10-nya 1/10-nya 1/10 tadi lari meninggalkan-Ku. Aku lalu berkata kepada yang tinggal bersama-Ku, ‘Kalian tidak menginginkan dunia, tidak mengharapkan syurga, tidak lari dari neraka, dan tidak menghindar dari bencana, lalu apa yang kalian inginkan?”

‘Engkau lebih mengetahui apa yang kami inginkan,’ jawab mereka.
‘Aku akan memberi kamu semua bencana sebanyak nafas kalian; bencana yang gunung kukuh sekalipun tidak sanggup menanggungnya, apakah kalmu semua akan bersabar?’
'Jika Kau yang menurunkan bencana itu, kami siedia menerimanya.’
‘Kalian adalah hamba-hamba-Ku yang sejati. Kalian adalah pecinta-Ku yang sidq. Aku akan beri kalian dunia dan syurga. Aku akan menyingkirkan segala bencana dari kalian.”

Kurnia tadi diberikan Allah setelah mereka lulus dari ujian.

0 Comments

rasa tak getaran cintaNYA?

09.13.04 (12:04 pm)   [edit]
semalam dan kelmarin meeting di besut... realiti kat setiap daerah berbeza... masalah atau isu yg timbul dipengaruhi sikap dan cara golongan sasaran...

penat? entah.. kak liza selalu pesan kat aku supaya mkn byk2... nampak aku mcm lemah je kot... semalam parents dia dtg... teringat kat ibu ayah kat kg.. urm.. mcm malam hari tu... tgh kemas2 barang jumpa gambor arwah Along... so, tak semena2 rasa rindu dan sayu.. betapa aku tak hargai hidup..

dah tu.. aku terdengar tazkirah pasal manusia yg lalai (macam aku ??)... dah la ALLAH bagi pinjam nyawa, badan dan anggota... tapi bila time DIA suh kita buat apa yg DIA suh... kita tammo lak... eh? mcm kita pinjam PTPTN... masa dpt tu terasa nikmat, sampai terlupa lak kita ni meminjam.. bila time pihak berkenaan mintak byran kita culas nak bayor (macam aku lagi...???)

keputusan? mcm penah aku cakap sblm ni... hidup ni penuh risiko... kalau kita asyik takut buat keputusan (sbb takut pada kesan keputusan)... sampai bila pun kita takkan berjaya... bila buat keputusan, sedialah terima 1001 kemungkinan... ibu selalu pesan, berani bila buat keputusan dan berani jgk hadapi risiko... Abg Zahid dulu pun penah kata : [b]'Once u made decision, don't look back and regret'... [/b]
ramai betul org bg nasihat dan ingatan.. bak kata Nabilah dulu... sbb ramai sayang la aku dpt byk nasihat...ye ke?

Sayang tu give and take... tapi kenapa aku selalu take tapi aku tak reti nak give??? Unfair..?? hidup tak pernah adil kalau kita tafsirkan adil tu ikut cara kita..
[i]
"Cinta [b]Yang Hakiki...[/b]
Tanpa melihat dan berjumpa,
ia dapat bertaut dan dirasa..?"[/i]

*Yang Haq hanya Allah!!

0 Comments

KISAH YG MUNGKIN NYATA

09.10.04 (5:31 pm)   [edit]
Seperti biasa saya sehabis pulang dari pejabar tiba di rumah langsung duduk bersantai sambil melepas penat. Sepertinya saya sangat enggan untuk membersihkan diri dan langsung sholat. Sementara anak2 & istri sedang berkumpul di ruang tengah Dalam kelelahan tadi, saya disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka saya.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depanku. Saya sangat kaget dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.....siapa dia...tiba2 saya merasa dada saya sesak... sulit untuk bernafas....namun saya berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang saya rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku... terus berjalan.. kekerongkonganku.... sakittttttttt........sakit.. rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,.... oh Tuhan ada apa dengan diriku..... Dalam keadaan yang masih sulit bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh.........khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gemetar... peluh keringat mengucur deras...mataku
terbelalak..air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.
Aku melihat benda tadi dibawa oleh orang misteri itu...pergi...berlalu begitu saja....hilang dari pandangan. Namun setelah itu.........aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku herann... istri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di bawah sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. siapa dia???????... Mengapa anak2 & istriku memeluknya sambil menangis.. mereka menjerit... histeria ...terlebih istriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia.............????????
Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan... dia........dia......dia mirip dengan aku....ada apa ini Tuhan...????Aku mencoba menarik tangan istriku tapi tak mampu..... Aku mencoba merangkul anak2 ku tapi tak bisa. Aku coba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku coba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak.....tapi mereka seolah tak mendengarkan aku Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis....aku sadar..aku sadar bahwa orang misteri tadi telah membawa rohku Aku telah mati...aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka ..aku menangis... berteriak...... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang bisa kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis.......masaku telah terlewati........aku sudah tutup usia terduduk di sofa setelah lelah seharian bekerja. Sungguh bila aku tahu aku akan mati, aku akan membagi waktu kapan harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyadarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.

Ohh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca catatan ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih siap.

(*versi Indonesia)

[i]"Mengingati mati itu ubat penyakit hati"[/i]

0 Comments

cuci hati..

09.10.04 (5:17 pm)   [edit]
[b]SETANGGI SYURGA (IN TEAM 04')[/b]

Percaya kata janjiMU
Kerna ku yakin apa di genggamMU
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
Kerana awan itu rapuh

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta Yang TerAgung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerana dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerana ku pasti adanya pertemuan
Disana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Kata janjiMU...seharum setanggi syurga

[i]"Sapanya meletihkan diri...
Hadirnya mengundang penat...!!!"[/i]

0 Comments

Maafkan...

09.08.04 (12:28 pm)   [edit]
baru balik PPD Marang... biasa la, buat lawatan. Mcm best sbb byk leh belajo... kat daerah ni lebih terdedah kpd prosedur kerja sebenar..

pagi tadi, bila aku kuar nak panaskan enjin kul 7.40 pg... jiran sebelah tegur... tayar kete aku pancit. agaknya kena paku, sbb kat depan rumah aku ni construction work still on... gabra jap... nak tuko tayar macam tak sempat.. yelah, tak expert... lg pun kena punch card before 8 am.. so, aku call wan and halim, mintak tolong amik kat umah... so, hari ni aku lewat 3 minit sampai opis..

minggu ni byk keluar ke daerah2... semalam pi Dungun, hari tu pi Pulau Kambing...Sabtu ni meeting kat Besut...

so far...aku ok je skrg ni. aku belum betull2 dpt keje @ tugas... skrg aku byk belajar buat keje, kene fhm prosedur dan dasar berkaitan..and belajar pasal PR.. so alhamdulillah.. makin byk aku tau, makin byk rupanya aku kena belajar...

aku buat2 sibuk so.. aku leh KIV benda2 yg bermain dlm fikiran ni... bukan lari dr masalah tapi aku takleh memikir psl bende tu le ni.. aku rasa mcm aku tipu diri sendiri bila buat mcm ni tapi kalau aku tak buat aku rasa aku tipu org... so, nak tipu org @ tipu diri sendiri?

fikir2 balik... biarlah aku ketepikan kepentingan dan keinginan aku yg tak realistik ni.. mungkin ada baiknya.. biar kita susah dr menyusahkan org... chemistry? rasa mmg wujud benda2 mcm ni... tp, tu semua tak cukup... ada yg lebih perlu..

[i]'Hanya yang faham akan mengerti... hanya yang melalui akan merasai..???'[/i]

1 Comments

tmn kalongan melor

09.07.04 (8:32 am)   [edit]
rasa macam dah lama tak update... nilah namanya 'sukati aku lerr'... :lol:

Jumaat hari tu aku, K.Liza and En Halim pi Dungun.. ada urusan sket...hehehe... adeker en halim ingat dungun tu dekat... nasib baik dia sponsur minyak, kalu tak... tak kose aku nak bawak...

penat tak abis lagi.. semalam (ptg) pindah rumah kat Tmn Kalongan Melor, Rhu Rendang, Marang... akhirnya!!!
alhamdulillah... rumah ok, come dan baru lg... harga mmg teramat reasonable.

cam tak percaya lak aku dah dpt rumah.. memula pi survey je... tetiba hulur deposit dah...


0 Comments

KDP??

09.04.04 (8:54 am)   [edit]
aku report duty hari rabu hari tu. skrg ni kmgkinan aku kena jadi KPD (ketua daerah perikanan).. skrg ni pengarah bg masa 6 bulan utk build up confidents, get fammiliar wit working environment and gain experiences as much as i can. at the same time, dia akan monitor aku... kalau rasa aku not able @ perfom and lebih sesuai buat benda lain, maybe aku tak kena amik tugas tu.

mula2 tau tu mmg aku terkejut sikit.. ade ke nak bg org yg tak berpengalaman manage daerah? but bila dpt briefing sikit2 aku jd terpanggil nak amik cabaran ni. pengarah kata, aku pecah rekod malaysia la kalau betul2 aku amik tugas ni, perempuan pertama jd KDP.. and termuda kot? mmg berat.. Ya Allah! permudahkanlah..

semalam aku pi pejabat perikanan daerah marang. berkenalan dgn staff aku.. jeling2 jgk kat bilik aku (bakal)..hehehe.. mcmana la aku nak jd first man. tak taula mampu tak nak manage and bg arahan sbb aku sorg je perempuan kat ofis aku tu.. bygkan, staff2 dpt arahan dr bos yg sebaya anak/cucu diorang..

so, hari ni aku cari rumah lagi.. dah tiga hari merayau dr KT ke Marang... chendering and Kuala ibai pun dah abis explore... susahla... ada 3 buah skrg.. tp kena decide the best one utk long term...

tadi main netball...wakakaka.. bayangkan, tak penah2 aku main ape2 game.. tetiba join netball match antara PPN & IPM.. mula2 aku ingat depa berlatih je.. dah habis main, baru tau rupanya perlawanan... hahahaha! dpt jgk la hadiah 2nd place..eleh! aku bleh main sbnrnya, saje je malas selama ni... kena berlatih la kalau nak terer sket..

rindu? haah aku rindu... tapi, biarlah aku buat tak tau je.. entah! byk betul cerita2 baru timbul... i should ignore it..

[i]"can u hear me?"[/i]

1 Comments