arus...
dua tiga menjak ni mmg aku terganggu sikit dgn masalah2 dunia... tak tau la. sampai satu stage aku rasa mmg nak buat tak tau... bukan nak lari, tapi.. mgkn tu yg terbaik buat masa ni. aku dah buat keputusan.. taknak ubah lagi... mungkin perlu untuk aku ikut flow je...
[i]"am i fool, follow whenever winds blew?"[/i]
aku ada sebab...
I'm not a perfect person
As many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you
I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You [x4]
I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you
I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you
lesen
busy? ntah la..aku sebenarnya bukannya dapat tugasan pape dr bos. Tp duk sibuk menyiapkan sendiri punya report.. actually hari isnin hari tu org HR bagi aku attach kat Unit Licensing & Resources development.. ramai staff cuti.. adala meja kosong tempat nak bertenggek sat. keje mmg byk kat unit ni, tp bos takleh bg sbb kitorg sat je kat sini.
selasa, meeting dgn timbalan pengarah and ketua unit HR. berdebar2 la... ingatkan nak bg tau posting mana.. rupanya nak psycho kitorg... so, sabtu ni baru tau smada aku stay kat KL ni @ kena pindah ke Srwk or Trg or Johor or Perak. bila dia tanya nak mana, of course aku kata KL..sbb tulah yg paling dekat dgn Melaka. aku harap aku tak kena tmpt pelik2 sensorang... kalut la aku nanti.. nak settle down pasal umah, transport and life kat tmpt baru sensorang... uwaaaa....
hari ni aku still sibuk menyiapkan report yg tak siap2... esok last day... kena siap jugak la...
so far aku stabil and terkawal... pasal masalah2 peribadi tu aku kena letak tepi sat. dah setel keje ni baru la aku leh pikir apa yg patut. aku bukan buat2 lupa ek...sori!
macamana ntah... aku pun tak pasti, ye ke tak aku ni... kalau next year @ hjg thn ni jadi sejarah penting... takpe ke? takde hati la...
habiskan cerita dulu
Today belajo pasal mollusk culture… mostly pasal tiram ar… biasa2 je la… Cuma skang ni industri mollusk tak begitu mendapat tempat. Sbb org takut dgn mitos mollusk.. konon2 org yg mkn mollusk ni akan mudah dpt penyakit la.. org gout, darah tinggi dll takleh mkn kerang la… so, kat sini aku nak kempen… makan la mollusk byk2 (jgn banyak sgt la).. sbb kajian dapati mollusk lebih baik dr mknan laut lain dr segi nutrisi. One more byk maklumat yg dikumpul…. Mollusk ni bagus utk kecerdasan, kesuburan wanita dan tenaga batin lelaki… cubalah..
Ptg tu aku pi kat Sg Merbuk, tengok projek tiram kat sana. Diorang guna rumah rakit... baru aku tau betapa bestnya duduk rumah rakit tgh sungai... tenang dan romantik je duk dikelilingi air...hahahah
tapi experience paling penting, mkn tiram hidup2... aku tak penah makan pun spesies ni.. rupanya method makan senang je, bukak shell dia (susah nak bukak wooo), basuh2 sikit, perah limau nipis atas isi tiram tu and....fuhhhh! telan hidup2.. best giler..
[b]
19 OGOS 2004 [/b]
Hari ni lecture pasal disease... honestly, aku tak concerntrate lgsg sbb duk ghalit siapkan report... nak balik kan esok? so, mintak maaf la byk2 kat presenter tu. masa pi lab pun sama.. depa buat demo diagnose ikan.. sama je mcm kat KUSTEM dulu.. tapi maybe derang lebih berhati2 dan alat pun maju sikit... lepas habis je lab, aku terus pi lab com, menyiapkan laporan yg tak siap2.. tak ingat makan dah aku ni!!! so, alhamdulillah...menjelang maghrib aku dah completekan report even aku rasa yg hujug2 tu hampeh je...
[b]20 OGOS 2004[/b]
pukul 8 pagi berkumpul utk bertolak balik... bas lak problem, battery weak. so, akhirnya kul 9 lebih baru leh bertolak balik...lepas servis bas. So, journey cam biasa cuma aku tak tido langsung sepanjang perjalanan sbb asyik borak ngan Dila.. cerita pompuan. Eh.. sori eh? mana ada ngumpat, kitorg citer pasal life and future plan kitorg...heheheheh... rasa mcm dah dewasa lak bila kena pikir masa depan sendiri... sampai KL area 4.45 ptg... bangcik amik kat Wisma Tani, then terus balik Melaka...YIPPIE....
last minute
FADILAT BULAN REJAB
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian
Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah samaseperti berpuasa 100,000 tahun."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
Inna lillah...
hari ni tak dak pa aktiviti... sepatutnya kena sambung masukkan data dlm komputer. tapi semalam dah pakat perabih keje, so... hari ni leh relax seposen. aku take advantage join bebudak ni pi mendobi. takde baju pun nak basuh sbb baru mlm tadi aku perabih sabun basuh aku. saja ikut... tumpang jugak la kat depa basuh tuala and telekung. sementara tunggu tu, aku pi lepak kat lab com. best..tak dak org, lain clear jugak. aku pun pulun baca e mel yg dah beratus2 tak dibaca. and yg lebih penting...aku hantar e mel kat someone... memula aku ingat nak explain kat dia kemudian, but then... bila keadaan jadi semakin memeningkan kepala aku, aku terus gagahkan tangan menaip... oklah... aku lega sbb dah selesai satu perkara.. harap tak de salah faham lagi. mlm ni mmg boring giler... kitorg duk mkn2, sembang2 lepak2... but, bila tengok jam baru kul 10. lambatnya nak tunggu time tido. aku pun kaco org... miscall reramai.. and tercall jugak la org. aku check balance kredit, baru aku tau... rupanya maxis bagi kredit free lebih kurang RM 30. sakan la jawabnya...
[b]14 OGOS 2004[/b]
bangun awai, buat projek sat... hari ni blajaq pasai algae culture. mmg tak penah tau pun.. kalau zooplankton tu aku reti la sbb kena buat masa amik subjek live feed culture. sblm lunch break, pi lab buat praktikal la konon.. tapi bukan buat apa pun, tengok mikroskop je. petang melepak2... duk ingat nak buat report attachment ni.. tapi aku pi tido lak. tetiba busu Aisyah call aku, around 3 pm... dia tanya num fon henset ibu. kompius jugak... rupanya, dia sampaikan berita sedih... Pakngah aku (abang ayah), Zainal A.Karim meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan. Isk...isk... aku termenung jugak la sat, terkejut. terbayang muka dia yg seiras sgt ngan ayah. Hmm... dia bawak lori, accident dgn bas kat ipoh. sedih jugak la dgr cerita tu sbb family tau berita tu dah lewat, itu pun setelah tengok berita kat TV... (full story boleh refer surat khabar Berita Minggu @ Utusan 15 Ogos, Ahad... aku tak dapat la nak rushing balik.. lagipun ibu tak bg kalut2.. jenazah dah selamat kebumi pun. Even aku tak rapat ngan Pak Ngah, aku doakan dia bahagia di sana AL FATIHAH
family nabilah dari penang mai melawat kami kat IAMPS ni.. mmg best la. aku dah lama tak jumpak family dia...anak menakan dia yg chubby2 sumenya.lepas geram...sakan jugak la makan..mee udang la, nasi daging la, mertabak la, buah2 la, jajan and others..
muzakarah dgn bebudak ni pasal cinta... tetiba je depa bukak topik ni... mcmla aku reti (wakakaka). sume ni gara2 buku citer yg en danial bg aku.. depa pakat baca and then wonder pasal cinta nafsu, cinta Allah and yg berkaitan.. nak explain tak reti, tapi share jelah apa2 yg patut... urmmm
kan dah kata...
tapi, dlm begitu... rasanya tak salah kalau kita harap org2 yg hampir dgn kita, yg rapat dan yg disayangi... memahami kita semaksimum mungkin...
aku....? dlm hidup aku ni, belum ada lagi org yg mengaku faham dgn diri aku... my closest fren pun kata dia masih belum banyak memahami aku.. also my family. ada yg kata aku ni suka diramal dan di duga, tu yang payah tu... one more, dr segi akunye pendirian dan pandangan... selalu berbeza dgn apa yg mereka fikirkan..
contohnya, ada org kata.. kalau kita suka sesuatu atau seseorang, kita akan dapatkan dan hampiri benda tu... tapi aku suka menjauh. dan aku jugak sanggup tinggalkan sesuatu yg aku impikan hanya kerana sesuatu yg lain (complicated la pulak ayat aku nih?)... bagi aku, aku tak suka sesuatu yg perfect pada mata aku... sebaliknya aku suka yg dipertengahan... apa lagi ha?
so...selagi mampu, aku akan tolong kwn2 memahami aku.. rasanya perlu sbb kalau tak faham, mmg aku tak de kawan la gamaknya. sorrry... aku tak harap org lain fhm aku sepenuhnya... cukuplah sekadarnya...
kadang2 org yg setiap hari dekat dgn kita semakin tak memahami kita, berbanding dgn org yg kita tak pernah bersua... hmmm?
WHAT A BEAUTIFUL LIFE...!!!
kat pulau sayak lah...
plan awal hari ni nak pegi ke Pulau Payar, salah satu taman laut kat Malaysia... tapi, cuaca tak ok, ombak kuat... so, cancell la... best la kalu leh gi.. teringat masa pi Pulau Redang (taman laut jugak)... memang mabuk laut la time naik kapal.. but then ok la bila dah sampai pulau.. aku suka tul duk kat pulau...
hari ni dengar lecture pasal Cawangan Taman Laut Jabatan, then break jap dgn Tn Hj Ibrahim utk sesi kaunseling. Dia ni aktivis JIM, so... no wonder la dia sembang2 berisi penuh tazkirah. Bagus jugak dia guna term 'kaunseling' utk sesi halaqah usrah.
Lepas lunch time, sambung lagi dgn Tn Hj tu.. tapi kli ni kitorang blaja pasal SMPP (Sistem Maklumat Pengembangan Perikanan).... memang pening sket sbb bahagian ni kerja teruk... buat rekod berdasarkan data landing. memeng tepu jugak la tapi nak tak nak kena ngadap jugak...
before balik, discuss pasal presentation esok... buat distribution keje antara 16 org... bengong2 la...
balik dah kul 5 lebih kot... terus pi medan selera, makan malam terus. lepas maghrib... dpt rezeki terpijak.. ada sorang member yg duk kedah ni, mak dia mai bawak laksa...urmmm
dah kenyang, buat discussion utk presentation esok.. pas tu tido terus. aku dah start rasa tak sedap badan. mulanya sakit tekak... and selsema.
[b]11 OGOS 2004[/b]
bertolak awal, pegi ke Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra. Aku ingat jauh la Jitra ni... rupanya lebih kuang setengah jam je dari Alor Star. Kat sini kitorang banyak blaja pasal function pusat selain site visit kolam2. Depa buat demo pembiakan aruhan keli.. dlm bilik mesyuarat depa citer abih pasai projek2 kat sini. Actually sume benda yg depa habaq kami dah blajaq and buat praktikal pun masa blaja dulu... ni kira refresh balik la... masalahnya... badan aku rasa semakin tak sihat. Demam kot? takla panas sgt, dlm je kot panas. Yg pastinya aku tak tahan duk dlm aircond lama2...
tula... nak tegur org tak kena time. time aku tak sihat nilah dak ni sound aku... kan aku dah temper.. nasib baik boleh control.. itu terlepas laser sket...hahahaah sori la!
balik je dari Jitra, terus turun kat Simpang Kuala... la... tak jadi presentation rupanya (Alhamdulillah). Kena kemas beg utk ke Pulau Sayak.
bertolak ke Pulau Sayak, Kuala Muda around 5 pm, sampai lepas Maghrib... siap singgah dinner la. Sampai2 je, kitorang ditempatkan kat quaters kosong kat sini... asrama penuh sebab ada 2 kursus dijalankan serentak. Punya la bengang... sbb tempat tinggal tu teruk sikit, terpaksa jadi cleaner and pekerja am jap sblm tido. Itu pun kitorang terpaksa tido kat ruang tamu, sbb bilik takdak. nasib baik ada katil... zzzz
[b]
12 OGOS 2004[/b]
kul 8 am kena report kat admin. Before tu breakfast dulu... murah rupanya makan kat sini. Aku dah bertambah kronik... badan dah panas, batuk dah start... lemah je badan ni. then, duk dlm meeting room till 11 am. after that kitorang dpt task utk key in data bahagian latihan... Nama tempat ni : Institut Akuakultur Marin Pulau sayak @ Institut Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan pulau sayak... so, tempat ni mmg besar. biasanya semua bentuk kursus peringkat international, jabatan @ awam di bawah jabatan mmg akan dijalankan di sini...
anyway, lepas zuhur aku dah tak larat nak stand... berjam2 duk dlm lab com yg air conditioned, mybbkan batuk menjadi2... badan bertambah panas. member2 suh balik umah, rest. Oleh krn tak dak kemudahan klinik, transport mahupun kedai runcit kat sini... terpaksa mintak tlg Pakcik Guard belikan cough syrup... baik la member aku ada bekal ubat demam, selsema and others... lepas Asar aku pi berselubung bawah selimut. kira ok la sbb mlm tu dah berpeluh2... tanda suhu badan dah turun.
mlm: ibu call... agaknya dia risau pasai aku nak demam. then dpt pulak sms dr 'sahabat2'... urmm... sori beb.. line tak clear, nak reply sms pun kena panjat bumbung hehehheeh...pekena mee udang (yg dikatakan paling best ada kat sini)... tapi aku tak kasi pakcik tu letak udang pun sbb takut gatal2 plak mlm ni... so, kesimpulannya, aku tak merasa la mee udang yg dikatakan best tu...??? :cry:
[b]HARI NI[/b]
hari ni free activity. bangun pagi2, lepak2 sat and then pi dobi tuala mandi and telekung.. actually tammo pun pi sbb aku baru lepas mendobi sendiri mlm td. but, member2 sume ajak... kang boring lak duk sorang2 kat umah... rupanya boring gak ikut depa pi dobi sbb berjam2 nak tunggu sampai abis. tu la aku sesat kat lab com ni... nasib baik leh online... biasanya server down.
aku dan mereka...
kadang2 kita tak tau samada kita betul atau salah...kadang2 jugak kita tak berani buat tindakan kerana kita takpasti samada ia baik atau sebaliknya...
tapi... aku harap.. aku tak silap dgn keputusan yang aku buat.. dgn bantuan dariNYA,aku rasa yakin dan tenang dgn tindakan yg aku buat. semoga ianya telah aku letakkan di tempat yg betul, atau dlm kata lainnya ADIL... aku ketepikan perasaan,dan cuba berfikiran matang... alhamdulillah, walaupun susah pada mulanya, sekarang aku dah lega... tak adil bg org lain kalau aku buat keputusan berdasarkan perasaan aku semata2 dan demi kepentingaN diri sendiri sahaja...
"YA ALLAH.... KEKALKANKU DLM PIMPINANMU...!!!"
Aku kat kedah ni...
[b]
1 OGOS 2004[/b]
lepas lunch betolak ke KL, tumpang acik. Ibu ikut sekali, bangcik pun. singgah umah angah sat...dapat la berkumpul anak beranak, yan pun ada. mlm sampai umah acik kat desa tun hussein onn,jln jelatek. lepak2 sat...dinner and then kuar p hantar bangcik balik uia gombak. terharu jg dgn preparation acik... dia dah prepare bilik utk aku, gaya mcm aku nak duk lama kat rumah dia... thanks!!! aku tidoq awal lepasprepare utk esok... takut lambat lak pi daftar
[b]2 OGOS 2004[/b]
keluar dari rumah acik around 7 am. nasib baik la jln nak pi tempat kejetu tak jam. ikut kg baru, and then terus kuar jln TAR. jumpa roundbout, terus kuar jln Sultan Salahuddin. before 7.30 dah terpacak kat wisma Tani tu... fuhh... poyo je. naik dekat bahagian kewangan Jabatan Perikanan kat tingkat 9... lepassume pegawai baru sampai (16 org), kami dikumpulkan di bilik mesyuarat utk taklimat ringkas dan sikit perbincangan. kul 10 lebih kami kena pi join program jabatan meraikan bakal pesara dan yg telah lama berkhidmat.. yg mengejutkan, kami pegawai2 baru ni kena naik pentas, jumpa ketua pengarah and diperkenalkan nama sorang2.. siap kena duk berdiri sat atas stage...memperagakan muka masing2 dpt la lunch free lepas tu...kul 2.30pm kami dikumpulkan lagi, kali ni utk taklimat dan penerangan program attachment di Kedah selama 3 minggu. balik kul 4.45pm,ibu dan acik mai amik... singgah carefour beli sport suite aku
[b]
3 OGOS 2004 [/b]
Taklimat ringkas ttg perjalanan program attachment kat kedah oleh HR officer. 9 am bertolak naik bas jabatan. dua kali berenti time minum pagi kat bukit merah and lunch kat tapah. tak tidur pun, enjoy dgn journey. sampai alor setar around 4.30pm, terus kami di hantar ke tempat penginapan... dapat la duk 6 org dlm sebijik apartment kat spg kuala. lepaskemas2 and repacking barang.....dinner kat warung2 dekat2 ni...emmm.. sedap dan murah mknn kat sini ek
[b]
4 OGOS 2004[/b]
first day masuk ofis. hari ni dapat byk input dari CC ttg pentadbiran dan kewangan jabatan dan operasi di peringkat negeri.... bayangkan,sume benda kena tau... dari sekecil2 perkara hingga sebesar2nya.. sebab kalau kena posting kat PP Negeri,kami yg FO (fishery Officer) akan bertindak sebagai ketua cawangan. kalau kena campak kat pusat2 @ projek2...kami jadi orang no 1 di situ, as ketua pusat... that's why la kena tau macamana sistem filing dlm jabatan, claiming, cuti, gaji, budget dll. balik keje singgah pekan rabu, beli seluar slack... terpaksa la sbb byk site visit nanti. driver kami bwk ronda2 sat kat alor setar ni.mlm, ibu call mintak laporan...r'da pulak sms habaq pasal hajar nak nikah hujung bulan ni and linda bertunang weekend ni....alhamdulillah selamat
[b]
5 OGOS 2004[/b]
hari ni belajar psl cawangan perlesenan dan perlindungan sumber. duk dlm meeting room macam dgr kuliah sampai lunch hour. praktikalnya, kami ke kuala kedah, cawangan perlesanan dan pusat kawalan kapal peronda. abis sume benda belajar kat sini... naik bot pi tengok pusat pembaikpulih kapalnelayan, pusat pendaratan siput and singgah tempat pemprosesan ikan bilis. yg penting skali blaja ttg nk ukur bot,lesen nelayan dan yg sewaktu dgnnya...hari ni paling best sebab ketua cawangn belanja breakfast and lunch... dah la sedap
[b]6 OGOS 2004[/b]
sepatutnya hari ni cuti. tapi kitorang tak dpt cuti sbb nak memenuhkan masa yg singkat dgn byk benda... sekali lagi pi kuala kedah. belajar la teori pasal perlindungan sumber. byk la tau mcmana nak handle kes2 berkaitan akta perikanan, penguatkuasaaan dan aktiviti perlindungan sumber.paling best sekali pi ikut pegawai penguatkuasaan buat rondaan kat laut. kami tahan 3 buah bot, satu darinya mmg didapati bersalah sbb menggunakan alat tangkapan yg dilarang, tak dak lesen and di zon yg tak dibenarkan. nasib baik nelayan tempatan... takde la risiko berdepan dgn senjata api dan keganasan. aku rasa mcm tak boleh nak keje bahagian ni sbb aku kesian tengok nelayan ni, tak sampai hati nak rampas bot @ kenakan tindakan. then, time solat jumaat, kami kaum wanita pi shopping kat alor setar... sakan noo... then ptg pi kuala kedah semula.. belajar ttg pembangunan sistem maklumat. mmg blurr dan pening dibuatnya bila mengadap dgn data2 perikanan yg melambak2
[b]7 OGOS 2004[/b]
hari ni jalan jauh sikit...ke BUKIT KAYU HITAM, pusat kuarantin ikan di sempadan malaysia. mmg best kat sini, selain blajar prosedur ttg permit import/eksport, blajar jugak la pasal aktiviti derang kat lab kuarantin... minat jugak la nak keje bahagian ni, tapi tulah... jauh sgt dr negeri tercinta...huhuhhuhu. time lunch pi ronda2 kat kawasan bebas cukai... konon2 nak shopping tp, tak terbukak hati pulak. balik tu, dpt kerang berkilo2 dr ketua pusat... mabuk dibuatnya mengabiskan seguni kerang rebus.... nilah untungnya keje cam ni, dah la hari tu dpt sekilo ikan bilis free...
[b]8 OGOS 2004[/b]
hari ni masuk ofis semula. belajar teori ttg cawangan pembangunan perikanan. ptg, pi melawat ke projek anak angkat jabatan di sg korok, depa buatprojek keropok moden,fish ball, fish cake dll. mmg penat giler la hari ni....
[b]HARI NI[/b]
masuk ofis lagi... hujan lebat, lambat sikit masuk... malu je dgn org bawah... hari ni study pasal bahagian pembangunan akuakultur... byk realiti yg perlu aku study kat sini. cabaran betul kalau kena duk bahagian ni... bermain dgn duit kerajaan berjuta2, handle projek, masyarakat kg dll. sume dia atas perancangan dan pengurusan sendiri... jabatan tlg sikit2 je. then pi sik, ke projek MOA INC., ternakan udang galah.. kawasan ni jauh dr bandar, line maxis pun takdak. on the way back singgah pendang pulak.. site visit ke projek ternakan sangkar terapung ikan tilapia.. seronok jugak jln2ni...cuci mata dgn keindahan kawasan kg kat kedah ni... hehehehe.. mentang2 ada driver, lena je aku dlm coaster...