dah selamat...

05.29.04 (2:49 am)   [edit]
[b]coretan hari nih.....[/b]

bertolak dari rumah kul 1.30 petang... sian kat ayah, rushing dari office kul 12 pm, amik dak adik kat asrama and then balik umah amik kitorang. sebenarnya bukanla jauh sangat nak pi sungai besar tu... lebih kurang 5 jam... tapi, yg menyebabkan rasa serik... jalan nak ke sana memang teruk, faktor muka bumi n jenis tanah. sakit2 badan duk dlm kete... nasib baik bawak kete ayah, kalu naik kancil... perghhhh!

sampai kat rumah pengantin pompuan about 5 pm. Alhamdulillah, seperti dirancangkan, kul 5.30 start majlis akad nikah. dengan sekali lafaz, sepupu aku tu dah bergelar suami orang...

majlis simple jer... kitorg 4 kete + ahli keluarga sebelah pompuan... makan pun dlm 5 dulang jer. majlis resepsi pom esok...

kahwin...? rasanya ni topik yg tak penah aku tulis lagi... nak komen aper pun tak tau.. nanti la cari idea dulu...

0 Comments

Kembalikan cinta...

05.27.04 (7:31 pm)   [edit]
Entah apa yang aku fikir, rasa di awangan je…last2 hati aku menyanyikan lagu tanpa melodi…. Isk! Isk! Ade ker lagu tanpa melodi…? Takper…takper… nanti aku mintak tolong kengkawan kat NC tu buatkan melodi… pastu bleh aku buat koleksi peribadi…

************************* *******************

[b]KEMBALIKAN CINTA[/b]

Bertanya sendiri pada hati
Apa benar cinta yg ku ikrar dulu
Ketika asyik bersujud di alam ruhani
Sepenuh jiwa raga ku serah padaMU

Bebaskan aku dari belenggu ini
Biar kubuktikan betapa aku cinta
Sanggup ku redah apa jua duri
Hanya KAU yang ku damba

Betapa aku terlupa diri
Kembara ku di dunia hanya utk di uji
Setulus mana laungan janji
Seikhlas mana diri di abdi

Ya Rahman…
Jangan KAU jadikan cinta ini mainan lisan
Sedangkan dunia ku jadikan perhiasan
Lantas ku lupa tentang pembalasan
Yang KAU janjikan di hari kemudian

Kembalikanlah bara cintaku
Yang dulunya merah menyala
Jangan biarkan ku sendirian tanpaMU
Walaupun utk sebentar cuma

[i]The end…. (written on 3.27 pm : 7 Rabiul Akhir 1425)[/i]
[b]Msg penting : sila baca kisah ruh yg aku penah citer dulu kat sini - [url=]http://www.tblog.com/template... [/url] kalau tak korang tak berapa nak paham lirik kat atas tu[/b]

[i]“NamaMU biar selamanya dalam hatiku… Ya Ilahi…”[/i]


3 Comments

PENATNYAAAAAAAAAAAAAAA

05.26.04 (7:20 pm)   [edit]
emmmmm........... tak tau apesal rasa lemah jer ni. Duk rasa penat sangat setiap kali balik keje, keletihan yang amat sangat. Ikutkan hati, nak je tido sesampainya kat rumah... but i can't, kena setelkan keje umah dulu sblm relax. Agaknya kurang vitamin kot.... ke kena pi cari tongkat ali ke, ginseng ke, cenkudu ke... hehehehe.. Dalam kepenatan aku just lay down and melayan blues bila terpasang melodi ni .....

[b]KE DALAM DIRI[/b]

Kusandarkan lelah
Di sayap malam merebahkan minda
Membius keharuman dunia
Nan berselirat di relung jiwa

Kucuba lelapkan semua indera
Namun tak berdaya
Sejuta keresahan melanda
Tak membenarkan sepicing lena

Diriku bak cericau
Terpenjara di sangkar dosa
Daun pintunya sentiasa terbuka
Melunak kebebasan

Ya Rabbal Izzati
Kembalikan aku ke dalam diriku semula
Agar sempat untuk bersuara
Lafaz taubat nasuha

Ku bimbang seandainya tiada lagi buatku
Suatu hari menjelma bernama esok
Kuragui seandainya tidak sempat untukku
Menghirupi bayu walau sehela Cuma

Kuhanyutkan sisa
Dengan tadahan tangan penuh luka
Mengharap keredupan pawana
Langit akhirat terbentang megah

Lagu: Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik: Itolara (Gurindam Entertainment)

sumber: [url=]http://www.hijjaz.com.my[/url]

:cry:

3 Comments

KISAH CINTA DI MEDAN UHUD (sambungan)

05.26.04 (7:04 pm)   [edit]
[b]Cinta di medan Uhud (part 6 : cinta Fatimah Az Zahra)….[/b]

Serangan tentera kafir dari arah belakang telah melemahkan tentera Muslimin. Saff tentera Islam sudah kucar-kacir dan medan perang mula dikuasai tentera musuh. Kaum musyrikin bertindak lebih ganas, sehingga Rasulullah dilontar dengan batu sehingga tercampak ke dalam lubang dan terpatah satu batang gigi baginda (gigi ditepi gigi taring). Muka Rasulullah terluka, darah mengalir ke atas muka dan kemudian baginda bersabda : “Bagaimana boleh berjaya satu kaum yang telah melumurkan muka Nabi mereka dengan darah, sedangkan ianya mengajak mereka ke jalan Tuhan mereka…”

Fatimah Az Zahra’ membasuh luka ayahandanya manakala Saidina Ali KW pula mencucuri air ke atasnya seelah mendapati darah tidak berhenti-henti mengalir. Fatimah pun mengambil sepelepah tumbuhan , membakarnya hingga menjadi debu dan ditampalnya di tempat luka Rasulullah SAW. Kemudian barulah darah berhenti mengalir.

[b]Cinta di medan Uhud (part 7 : cinta Anas bin Al-Nadhar)….[/b]

Di dalam suasana yang tegang itu, tersebarlah di kalangan tentera Islam tentang berita kewafatan Rasulullah. Khabar angin itu telah menyebabkan sesetengah orang Islam berasa lemah dan takut. Sehinggalah golongan yang lemah imannya berkata : “Apa perlunya kita di sini lagi, bukankah Rasulullah telah terbunuh!”. Golongan ini lari menyelamatkan diri, tetapi Anas bin Al-Nadhar telah melaung di tengah ramai dengan berkata : “Maka apa perlunya kamu hidup selepas Rasulullah SAW”. Anas kemudian menunjuk ke arah kaum munafik dan golongan yg lemah iman sambil bermunajat: “Ya Allah Ya Tuhanku… sesungguhnya aku ini suci dari apa yang mereka katakana, aku memohon ampun dariMU jua, dari segi apa yang golongan ini berkata-kata..!”. Anas kemudian mara sambil menghunus pedangnya kepada setiap musyrikin dihadapannya sehingga beliau terbunuh syahid.

[b]Cinta di medan Uhud (part 8 : cinta sahabat)….[/b]

Para sahabat disekeliling Rasulullah telah mengorbankan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan baginda. Ketika orang ramai lari meninggalkan Rasulullah, Abu Talhah telah memperisaikan Rasulullah dengan menggunakan tubuhnya. Badannya telah menjadi sasaran tikaman tentera kafir walaupun beliau adalah seorang pelontar yang handal. Dalam keadaan begitu, Rasulullah melihat kepada khalayak ramai yang sedang berperang dan ketika itu Abu Talhah berkata kepada Rasulullah : “Sesungguhnya engkaulah ibu dan bapa bagiku. Tak usahlah tuan hamba melihat, kelak akan terkena panahan musuh. Biar saja ia terkena leherku, asalkan bukan leher tuan hamba”.

Begitu juga dengan Abu Dajanah yang menjadikan dirinya perisai kepada Rasulullah, sehingga badannya habis ditusuk oleh anakpanah-anak panah musuh. Beliau tidak berganjak sedikit pun dari Rasulullah dan tidak mengendahkan tubuhnya yang terluka. Ziad bin Al Sakan pun berbuat begitu juga, sehingga beliau menemui syahid bersama lima orang sahabatnya yang lain. Orang terakhir ialah Ammarah bin Yazid bin Al Sakan yang bertempur demi mempertahankan Rasulullah pun berseru: “ Ayuh, bawalah dia hampir padaku..” . Kemudian Ammarah pun meletakkan kepala ke atas kaki Rasulullah dan akhirnya mati dalam keadaan pipinya terletak di atas kaki baginda yang mulia.

0 Comments

KISAH CINTA DI MEDAN UHUD

05.23.04 (10:22 pm)   [edit]
ingat tak hari tu aku kata ada byk kisah cinta yg tersirat di medan peperangan Uhud? So, aku dah try simplify kan kisah2 ni... tapi ni ada 5 cerita jer dulu. Insya Allah, aku sambung lagi...
_________________________ ___________________

[b]Cinta di medan Uhud (part 1 : cinta jihad)….[/b]

Seperti biasa, Rasulullah akan melaksanakan syura bersama para sahabat sebelum memutuskan strategi peperangan. Baginda telah menawarkan dua pilihan iaitu 1) Keluar dari Madinah dan berperang di medan atau 2) bertahan di Madinah, menunggu kedatangan kaum Quraisy dan bertahan bila diserang. Golongan tua yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai menyokong pilihan kedua tetapi kebanyakan sahabat bersetuju utk keluar Madinah, terutamanya bagi sahabat2 yg tidak berpeluang utk perang Badar. Golongan ini sgt mendesak Rasulullah dgn berkata : “Wahai Rasulullah, bawalah kami berperang diluar supaya jangan kaum Quraisy mengatakan kita pengecut dan lemah”.

Akhirnya Rasulullah bersetuju, lalu masuk ke dalam rumahnya memakai baju besi dan senjatanya. Kemudian, golongan yg mendesak tadi berasa bersalah kerana mendesak dan menyesal tindakan mereka itu. Mereka berkata kepada Rasulullah : “ Biar di sini sahajalah wahai Rasulullah. Kami tidak lagi dgn pendapat dulu. Sekiranya Rasulullah mahu bertahan di dalam Madinah pun tidaklah mengapa.”.

Rasulullah kemudian menjawab : “ Tak seharusnya seorang Nabi yg telah memakai baju besi utk keluar berperang menanggalkannya pula, hinggalah berperang”.


[b]Cinta di medan Uhud (part 2 : cinta dunia dan takut mati)….[/b]

Rasulullah bersama seribu org sahabat berangkat keluar dari Madinah pada 7 Syawal. Hinggalah sampai di tempat antara Madinah dan Uhud, Abdullah bin Ubai bin Salul bersama2 puaknya seramai lebih kurang 300 org, (terdiri dari sahabat2 dan ahli keluarga) keluar dari kumpulan tentera muslimin dan berpatah balik ke Madinah sambil berkata :
“ Dianya menderhaka, aku akan mentaati kedua ibu bapaku, sedangkan orgnya tidak ada akal pula. Kami tidak tahu kerana apa perlu kita membunuh diri sendiri?”

[b]Cinta di medan Uhud (part 3: cinta dua orang muda)….[/b]

Rafi’ bin Khadij dan Samrah bin Jundub telah meminta dari Rasulullah utk menyertai peperangan ini sedangkan umur mereka berdua baru lima belas tahun. Rasulullah menolak mereka berdua kerana terlalu muda, tetapi akhirnya Rafi’ dibenarkan setelah ditegaskan kepada baginda bahawa beliau pandai melontar lembing. Setelah itu dating pula Samrah memberitahu bahawa dia pernah mengalahkan Rafi’ semasa bermain gusti. Maka Rasulullah pun turut membenarkan Samrah menyertai mereka.

[b]Cinta di medan Uhud (part 4: cinta Abu Dajanah)….[/b]

Sebelum berperang Rasulullah memegang pedangnya sambil berkata: “ Siapakah yang mampu memegang pedang ini sebenarnya?” Abu Dajanah pun meluru ke hadapan dan berkata : “Aku, Ya Rasulullah, yg layak mengambilnya”. Rasulullah pun menyerahkan pedang ke tangannya, kemudian Abu Dajanah membawa keluar kain sutera merah, melilitkan ke kepalanya dan berjalan di tengah2 saff tentera muslimin dengan sombongnya. Ini adalah perangainya setiap kali hendak berperang ke titisan darah yang terakhir. Melihatkannya, Rasulullah berkata : “Ini adalah lagak perjalanan yg dumurkai Allah kecuali di tempat seumpama ini sahaja (medan peperangan)”.

[b]Cinta di medan Uhud (part 5: cinta rampasan perang)….[/b]

Rasulullah menyusun barisan tentera yg tinggal seramai 700 org itu. Tentera muslimin membelakangi Bukit Uhud (menghadap Madinah) dan 50 orang ditugaskan sebagai pemanah yang ditempatkan di atas bukit di belakang saff tentera. Abdullah bin Jabir ditugaskan sebagai ketua pemanah dan diberi pesanan oleh Rasulullah : “ Berjuanglah kamu di dalam saff kamu dan pertahankanlah kami dari serangan, jika kamu dapati kami menang, janganlah kamu turun menyertai kami, begitu juga kalau kamu dapati kami diserang, jangan turun menolong kami”.

Pertempuran di antara tentera Muslimin dan kafir Quraisy bermula. Musa’b bin Umair memegang panji2 Islam, beliau berada dihadapan tentera Islam bersama2 pahlawan ulung yang lain seperti Abu Dajanah dan Hamzah bin Abdul Mutalib.

Musa’b terbunuh di hadapan mata Rasulullah, lalu panji2 Islam disambar oleh Ali bin Abi Talib KW. Kemudian, datanglah pertolongan dari Allah, apabila tiba2 tentera musyrikin laridari medan perang utk menyelamatkan diri masing2. Tentera Islam terus mara, memburu dan menawan apa sahaja yg boleh ditawan.

Melihatkan keadaan ketika itu, pasukan pemanah di atas bukit bercakap2 sesama sendiri tentang kemenangan tentera Islam. Sebahagian dari mereka turun dari tempat pertahanan kerana menyangka peperangan telah tamat. Mereka turut sama mengumpul harta rampasan yang berselerakan. Hanya Abdullah bin Jabir yg tinggal bersama2 sebilangan kecil sahabat, sambil menyebut2 pesanan Rasulullah.

Khalid Al Walid (yg ketika itu mengetuai sayap kanan musyrikin) berpatah balik dengan kudanya setelah mendapati barisan pertahanan tentera Islam di atas bukit Uhud telah kosong. Akramah yang mengetuai sayap kiri turut serta dgn tindakan Khalid Al-Walid. Mereka menyerang tentera pemanah yg tinggal beberapa orang sahaja itu, membunuh Abdullah bin Jabir dan seterusnya menyerang tentera Muslimin dari arah belakang… tentera Islam mulai lemah.

0 Comments

ANGAU

05.20.04 (10:28 pm)   [edit]
kenape ntah akhir2 ni kurang best sket badan ni... cam penat jerk! tapi sebenarnya yg lebih penting... emosi aku yg tak sihat sebenarnya... hehehe... angau!

bukan angau apa pun... duk asyik rasa sayu.. memula bila baca kisah Perang Uhud. Dlm peristiwa tu je ada lebih dari satu kisah cinta... kisah cinta para sahabat terhadap Rasulullah dan jihad... bisa mengalirkan airmata dan membangkitkan cinta... Insya Allah next time aku tulis kisah tu satu persatu. Dlm kisah Uhud ni jugak ada kisah cinta Hamzah, Anas, Abdullah, Fatimah dan byk lagi...

secondly... kisah cinta Rasulullah dan Khadijah yg aku baca tadi... memang kita dah biasa dengar sejak kecik2 dulu... tapi kadang2 bila dah lama tak refresh ni... akan membuatkan kita tak dpt kawal perasaan bila baca, kan?

sedih mengenangkan diri sendiri... selalu mengharap dan mencari nikmat cinta Allah. tapi kenapa aku kekal macam ni...? tahu bersalah tapi tak buat apa2 tindakan? takut kalau2 aku tergolong dlm golongan yg berangan2 terhadap Allah... Astaghfirullah... ampunkan dosaku, jgn kau biarkan aku berburuk sangka padaMU, subur mekarkanlah cintaku padaMU...

[i]"Destinasi cinta yang ku cari, sebenarnya terlalu hampir ...Hanya kabur kerana dosa di dalam hati" [/i]
:cry:

2 Comments

UHUD BERDARAH

05.20.04 (9:57 pm)   [edit]


[i]Aduhai kekasih Allah
Tegasnya kau mendukung maruah
Mara ke medan penuh helah
Walau kau tahu maharnya darah

Lilitan sutera merah
Langkah penuh megah
Dialah Abu Dajanah
Pembawa pedang amanah Rasulullah

Di sini syahidnya Hamzah
Asadullah memikul fitrah
Hati dimamah badan dilapah
Dukacita tak bererti lemah

Aduhai para pemanah
Mengapa ingkar arahan Rasulullah
Apa dikerja harta tawanan ghazwah
Kau terpedaya, pertahanan musnah

Berita wafatnya Rasulullah
Tentera Islam semakin lemah
Anas bertempik marah
Tak perlu hidup selepas Rasulullah

Medan Uhud bermandikan darah
Tersiratlah ribuan hikmah
Tewas perkasakan aqidah
Luka pertautkan ukhuwah[/i]

0 Comments

HUBBUL AZARI...(cinta suci)

05.17.04 (9:50 pm)   [edit]
:P emm... actually bukan la skang ni aku dlm mood CINTA, tapi disebabkan dikelilingi oleh kwn2 yg dlm mood CINTA dan ditambah dgn kad jemputan kahwin yg baru aku terima tadi (Thanks Akmal)... menyebabkan aku mencari2 semula erti Hubbul Azari...

mlm td my dear best fren mengadu dugaan iman yg dihadapinya ... betul kata umi dulu, dalam mencapai matlamat Baitul Muslim ni... antara saat paling mencabar ialah apabila kedua2 belah family dah restu dan hanya menanti waktu yg sesuai utk diijabkabulkan. lagi susah nak jaga adab dan muammalat pd masa ni berbanding masa lepas taa'ruf. Harap2 kisah yg aku paparkan ni bg semangat kat kawan2 dlm mencari HUBBUL AZARI dan melawan cinta nafsu yg sukar kita elakkan tu...
_________________________ _________________
[b]Dipetik dari buku "Islam dan Cinta" karangan Abdullah Nasih 'Ulwan[/b]

Di antara kisah2 mulia yg diwarisi ialah kisah yg diriwayatkan oleh mereka yg dipercayai mengenai Imam Hassan Al-Banna. Adalah menjadi kebiasan beliau utk memeriksa pemuda2 Ikhwanul Muslimin di setiap pelusuk dan kawasan pd setiap hari raya.

Pd satu ketika, apabila beliau ingin keluar seperti biasa, anaknya Saiful Islam jatuh sakit tenat dan hampir membawa kepada kematian. Maka isterinya berkata :
" Kalaulah engkau bersama kami, dptlah juga kami ketenangan darimu dan dpt juga kamu bersama anakmu yg sakit"

Hassan Al-Banna menjawab sambil memegang beg perjalanannya :
"Sekiranya ditakdirkan anakku ini sembuh maka Alhamdulillah dan sekiranya ditakdirkan ia menemui ajalnya maka datuknya mengetahui jalan ke kubur."

Kemudian ia keluar sambil membaca:
[i]'Katakanlah sekiranya bapa2mu, anak2mu, saudara2mu, isteri2mu, keluargamu, harta kekayaan yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu khuatiri kerugiannya dan rumah2 tempat tinggal yg kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan Allah, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 fasik'[/i] [b](At Taubah: 24)[/b]
_________________________ ________________

[i]"Ya Allah.. jadikan hati kami ini sentiasa cinta padaMU, RasulMU dan jihad di jalanMU, melebihi cinta yg lain..."[/i]

0 Comments

Destinasi Cinta

05.17.04 (4:03 am)   [edit]
Alhamdulillah..setelah 3 hari bergelumang dgn kabut2, hari ni i'm feeling better even 4 jam skali kena telan ubat. Sakit ni menghapuskan dosa2 kecil...bersabar la byk2...

jauh aku tenggelam dlm diri.. berfikir, terfikir dan memikir... apa nak jadi.. semakin jauh rasanya dari landasan...

[i]"Ya Allah! Jgn Kau tarik nikmat ini..."[/i]

[b]Destinasi Cinta [/b]

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Takkan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha Mu
Namun masihku harap ampunan Mu
Wahai Tuhanku….Ya Allah…….

0 Comments

macam2.....

05.15.04 (4:21 am)   [edit]
alhamdulillah...grandpa dah kuar spital. mcm2 hal jadi dua tiga hari ni.. bizi memikirkan beberapa perkara yg berkaitan dgn diri sendiri n masa depan?

gumbira tak terkata la mlm kelmarin bila dpt berita psl my bro zahid tu dah hampir pasti dpt distinction dlm master tesisnya... i really proud of u! semoga dipermudahkan utk pHD nanti... jeles mmg jeles... tapi, utk ikut jejak langkah dia, aku rasa tak mampu... aku ni dahle tak kuat semangat, tak rajin and sabar cam dia.... urghhh...forget about it! :(

semalam dpt surat panggilan temuduga dari SPA... alhamdulillah... dah panggil interview pun cukup baik...i'll try my best.. masalahnya aku tak tau tmpat tu katne... sbln lg, sempat kot nak survey and prepare...

kesihatan makin menurun... tak tahan dah.. tp aku cuba bertahan ngan pain killer je dulu. nanti bila free nak pi jumpa ENT specialist. silapnya mmg kat aku sendiri, again... tertidur bwh fan selepas minum a glass of cocoa ice.. but mlm ni mmg takleh ngelak... time dinner td org belanja minum bikarbonat drink and choc ice cream.. emmmm...it's make my breath stuck right now...

blog off la beberapa hari ni nampaknya... tak larat la. insya Allah, bila sihat nanti on balik eh?

:: [i]miss u dear...[/i] <::>

0 Comments

NamaMU biar dlm hatiku...

05.12.04 (8:25 pm)   [edit]
[b]YANG ABADI[/b]
[i]Allah… Allah…
Allah… Allah…

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu keampunan
Keredhaan kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal sejati

Tapi engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan
Yang abadi[/i]

0 Comments

IMPIAN KASIH.......

05.12.04 (2:18 am)   [edit]
setelah melalui beberapa hari yg penuh kesedihan, keletihan dan ketensenan....akhirnya hari ni aku dpt rasa ke'happy'an yg memang amaattttt best... :lol:

first...pi melawat atuk kat hospital hari ni... memang best bila tengok dia punya keadaan bertambah baik... Alhamdulillah. berlalu juga detik2 cemas semalam bila selepas kami dapati berlaku bleeding dlm saluran tiub yg disambungkan ke badan dia... that's why i'm happy today, bila tengok dah tak bleeding, dia pun ceria and mampu membalas ciuman yg aku hadiahkan ke pipinya...:D

secondly...pagi2 lagi dpt msg dari shita... mengkhabarkan beberapa berita gembira dari r'da and linda.... urmmm... what to say? aku menumpang gembira je lah dgn korang. rasanya memang skang ni musim TAFAHUM. Dlm rukun usrah kan ada 3 konsep : TA'ARUF, TAFAHUM dan TAKAFUL. Rasanya antum dah melepasi peringkat ta'aruf (takkan kawan sejak matrik 4 tahun lepas tapi tak kenal kan?) dan sekarang melalui peringkat tafahum sebelum melangkah ke peringkat takaful.. (aku rasa, peringkat takaful ni sesuai bila dah disatukan nanti...)

So, aku doakan kesejahteraan iman semua dan semoga dipermudahkan urusan antum. jgn lupa untuk mengisi musim TAFAHUM ni dengan tiga pengisian penting dlm membentuk BM... TARBIAH, TAZKIRAH dan TAZKIYAH...

perkara terakhir yg menggembirakan aku hari ni...bila aku dpt call dari Ani Suyati... kawan sebilik masa kat Trg... kawan susah senang dan berkongsi cerita. Sejak grade memang lost contact dan mcm2 spekulasi yg timbul berkenaan 'misteri kehilangan' ani. Akhirnya mlm ni terjawab juga teka teki selama ni...dan aku dpt dgr explaination dr mulutnya sendiri... I MISS U SO MUCH FREN!!! Dan pada masa yg sama, aku dpt berita Akmal akan diijabkabulkan sehari sebelum birthday aku nanti.. (6th JUNE is my birthday!!!) :shock: terkejut jap...betul ke? so, apa lagi...aku terus call akmal utk confirmation...

and...bila aku dgr pengesahan dr mulut Akmal sendiri... punya la happy :D aku dibuatnya... sampai ibu tanya aku : "Apesal awak asyik tersenyum je ni ?"... tak tau la nak gambarkan mcmana... tak sia2 bersabar kan? byk dah dugaan yg depa lalui, jd aku doakan supaya biarlah mereka dimudahkan urusan jodoh ni... amin!!! memang musim agaknya... dari JUN hingga DISEMBER, dah banyak jemputan kahwin and majlis pertunangan yg aku terima dari kengkawan aku kenal masa sekolah tadika hingga ke universiti.. :wink:

semakin banyak la syaitan yang menangis... bila melihat anak Adam diijabkabulkan... :twisted: dan semakin berbanggalah Rasulullah dengan umatnya yg semakin bertambah..(Insya Allah). Okay...to all my frens yg terlibat... semoga menjadi srikandi yg meniup api perjuangan pahlawan antunna!!!
:wink:

0 Comments

letihnya....

05.10.04 (6:58 pm)   [edit]
memang hari ni aku tak larat nau..pesal ntah. rasanya sebab tak bleh tido mlm td and sinusitis yg menyerang awal pagi tadi... so, pengajarannya.. jgn a mug of coffee with ice sebelum tido... :? entah...gian sgt kat air sejuk mlm tadi kot??? terpaksa la aku menelan pain killer buat kesekian kalinya... and then.. aku pun flatted. My emotion pun agak tak stabil... jiwa kacau! nape la agaknya... yg pasti :

[b]HANYA TUHAN YG TAHU
terpaksa tutup awal butik mum hari ni... nak pegi hospital, atuk baru je selamat dibedah tengahari tadi...
rasa mcm nak share something dgn antum... check it out!

[b]______________________ ________________[/b]

(fowarded from iz_judien)
[b]Antara Sabar dan Mengeluh[/b]

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah

0 Comments

CATATAN PERJALANAN final episode

05.10.04 (4:03 am)   [edit]
[b]19 APRIL 2004[/b]

mum arrangekan satu program ziarah ke muzium n ladang unta utk sesiapa yg berminat... oleh kerana ahli jemaah yg join lebih kurang 30 orang... kami naik coaster je...

Memula kami pergi ke ladang unta. ladang unta ni terletak di padang pasir... yg jadi pengembala unta ni pun orang Arab Badawi agaknya (berdasarkan kulitnya yg hitam...aku meneka). Memang sgt best la pi kat situ. Rupa2nya kan unta ni punya la jinak... bila kita dtg dekat ngan kandang, mereka ramai2 mai kat kita. yg geram giler bila tengok anak unta yg sangat comel tu... rasa nak peluk cium and bawak balik sekor...cute!!! :lol: manjanya macam anak kucing lak... mana taknya aku kata camtu, u all tau... bila kita hulurkan tgn nak usap, depa pun main gigit2 manja tangan kita (mcm time kita manjakan kucing kan?)...eeeeee....

kitorang pun ditunjukkan demostrasi memerah susu unta. dapatla merasa susu unta yg baru diperah... sebenarnya susu unta ni sedap... kurang lemak dari susu Dutch Lady tapi memang best.. aku rasa mcm umbut kelapa??? Aku apa lagi...tapau la sebotol dua susu ni, nak bawak balik kg esok..

Mutawwif kami kata, unta ni memang terkenal dgn sifat yg sgt penyabar. Memang kita biasa dengar kan... camne unta bleh survive tanpa air, merentas padang pasir yg panas dan kering, sabar jugak bawak muatan yg berat... tapi, maklumat baru yg aku terima... rupanya kesabaran unta ni mmg tinggi, hinggakan bila time hendak disembelih, ia boleh baring sendiri bila disuruh...sambil menanti di potong urat merihnya dengan sabar...tak payah nak tambat2.
[i]
"Ya Allah... Semoga dengan keberkatan ku meneguk susu unta ini di tanah haramMU, KAU jadikan aku hamba yg sabar dlm ibadah dan dlm mentaatiMU.."[/i]

Secondly, kami ke Muzium....(tak ingat nama). Muzium ni menyimpan sume khazanah lama dari Masjid di Haramain (Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi). Contohnya, tiang dlm Kaabah yg pertama, kelambu Kaabah, Mimbar Rasulullah, pagar perigi zamzam dan banyak lagi... Alhamdulillah! terasa beruntung dpt ke sini... sebab, bukan mudah utk dpt kebenaran melawat tempat ni... lagipun memang banyak ilmu yg boleh aku dpt...

On the way back, singgah di Hudaibiyah (satu miqat) utk memasang niat umrah. Di sinilah rupanya termetrainya perjanjian Hudaibiyah... kedudukannya agak jauh dari Makkah... penat woooo

Oleh kerana mlm ni mlm terakhir di sini... aku apa lagi, melepaskan rasa secukupnya mlm tu. tak buat apa pun, cuma merayap sakan ke kedai2 sekitar hotel. paling nak best time pulun aiskrim (entah berapa byk)... aiskrim favourite aku kat sini adalah Pistachio Almond + Caramel...umphhhh!

before sleep...kemas barang utk esok. iron baju n packing brg. mujurlah beg kami sekeluarga tak beranak pinak mcm org lain... :D

[b]20 APRIL 2004[/b]

Lepas solat subuh dan sarapan, sume jemaah kena pi buat tawaf wida'... waaaaa..... :cry: very sad, so touching... dari atas tebing tangga aku merenung Kaabah tanda wida'...

[i]"Ya Allah, Jgn KAU jadikan kali ini yg terakhir bagiku menjadi tetamuMU..."[/i]

Bas sampai agak lewat...and kemudian terus bertolak ke Jeddah. Actually Makkah dgn Jeddah tak berapa jauh sgt...Sampai Jeddah, kitorg singgah di sebuah shopping kompleks yg agak maju...(ala-ala Mahkota Parade kot..) nampak mcm tempat mewah, tp harga brg memang berpatutan... takle sumenya mahal2....
Utk lunch dan zuhur, kitorg pi singgah kat masjid terapung... damai je kat sini, dikelilingi Laut Merah...

Sampai di Jeddah terus kami uruskan luggage masing2 utk check in. Time tunggu boarding ni la family Malakah dtg utk ucapkan good bye... setelah tension mengalami suasana kelam kabut dlm kabin (disebabkan masalah seat) akhirnya, pada jam 7 pm secara rasminya kami meninggalkan bumi KSA (Kingdom of Saudi Arabia)...
sedar tak sedar aku menangis... :cry:

THE END OF MY STORY

0 Comments

Aku yg teruja...

05.10.04 (1:44 am)   [edit]
dlm kekalutan menyetelkan family matter.. akhirnya dpt jugak aku meloloskan diri pergi ke program 'tutt' (sensored)... :lol:

paling best la... dapat jupe kwn2 seperjuangan masa zaman baru2 mengenal jalan yang satu ni.. dah tu bukan satu generasi yang aku jumpa... ramai la yg aku tak kenal... sebab dah sampai generasi yang ke 6. paling best la jugak dpt becendir ngan R'da, Shita, Linda, Kak Bariah, Wana and bebudak perintis yg lain. Semakin aku jatuh cinta dengan kalian... :D

tapi mcm cerita dongeng cinderella... pukul 10 pagi my phone ringing...menandakan i have to go.. tak pat join program wida' disebabkan aku ada komitmen balik... nasib baik kasut aku tak tertinggal sebelah and kereta aku bwk tak bertukar jadi labu (mcm cite cinderella tu)... kang puas pulak Prince Charming nak cari aku di seluruh pelusuk bumi Hang Tuah ni.... :lol:

rutin cambiasa.. hari ni bertugas dari 2 pm till 9 pm. tutup kedai awal sket sbb nak pi ziarah atuk kat Southern hospital... esok dia akan di operate, membuang lemak2 pada prostate..semoga Allah memudahkan urusan grandpa esok...

0 Comments

CATATAN PERJALANAN part 6

05.08.04 (11:15 am)   [edit]
[b]17 APRIL 2004[/b]

hari ni program ziarah di sekitar Mekah. Memula kami pi ke Jabal Thur… Kalau flashback balik… disinilah tempat persembunyian Rasulullah SAW (ditemani Abu Bakar As Siddiq) ketika diburu kaun kafir. Masa tu dlm perjalanan berhijrah ke Madinah. Peristiwa ni membawa 1001 hikmah dan iktibar yg menyedarkan kita jika kita berfikir panjang...

then, bas kami bergerak ke Arafah. Arafah ni tempat perkumpulan semua jemaah haji dari seluruh negara pada 10 Muharam. Kalau kita biasa tengok dlm TV, time tu... setiap pelusuk bumi Arafah ni dipenuhi manusia yg berpakaian sama je...(ihram). Simbolik bagi keadaan manusia di Padang Mahsyar nanti... semua sama je, menanti giliran untuk dihisab dlm cuaca yg sgt panas. Selautan manusia yg kegelisahan... hanya iman jd tebusan.
Bila ziarah di luar musim haji ni... saujana mata memandang, kita akan nampak padang pasir je (tapi dah banyak pokok skang ni). Kami singgah di Jabal Rahmah (terletak di Padang Arafah)... setelah mendaki anak tangga yg agak banyak, aku sampai jugak ke puncak bukit ni. Sejarahnya... di sinilah tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas dikeluarkan dari syurga. Adam diturunkan di bumi Afrika dan Hawa di Padang Arafah... akhirnya mereka ditemukan semula di Jabal Rahmah (Bukit Rahmat, Kasih Sayang). Di sini (kata sorang ustaz) adalah salah satu tempat yg baik utk berdoa... esspecially yg berkaitan dgn jodoh dan pertemuan...

[i]"Ya Allah, Kau teguhkan ikatan hati dan perkahwinan kedua ibu bapaku, sebagaimana teguhnya cinta Adam dan Hawa. Kau temukan aku dengan pasangan yang beriman, yang membawaku mencintaiMu, sebagaimana Adam yang membimbing Hawa kepadaMu..."[/i]

Finally kami ke Mina, melalui Muzdalifah. Diceritakan serba sedikit oleh mutawwif tentang perlaksanaan ibadah haji di sini... antara yg menarik, kami ziarahi tempat melontar (Jamratul Kubra, Wusto dan Ula). Terpanggil2 hati ni nak buat haji pulak...

On the way back, kami singgah di Jaranah utk memasang niat umrah. Memang kami diberitahu awal2 supaya bersedia dgn pakaian ihram sejak pagi tadi. Miqat ni antara miqat favourite Rasulullah... kedudukannya agak jauh dari Mekah, berbanding dgn miqat2 yg lain..

Dlm masa 2 jam sahaja aku dah selesaikan ibadah umrah yg aku niatkan utk moyang... Hjh Fatimah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya. Maybe sebab hari ni Sabtu, Arabians dah tak ramai...

Lepas Asar, keluar ke kedai souvenir dgn anak2 Aunty Faridah...Ain, Lin dan Riduan. tak buat ape pun.. aku just tempah keychain for someone... Lepas Maghrib, pi buat tawaf sunat, kucup Hajarul Aswad and solat sunat di Hijir Ismail. Best betul tak ramai org ni... bleh duk lama2 tanpa dihalau oleh nenek2 polis Arab ni.. :lol:

[b]18 APRIL 2004[/b]

Dengan penuh semangatnya aku bangun awal... nak qiam la konon. tapi... tiba2 diserang sakit perut sangat... ma'zurah la pulak! Isk...isk... :cry: redha jelah. Anyway, aku join group jugak ke miqat Tana'eem memasang niat. Sampai hotel... i can't stand this pain anymore... so apalagi, balik bilik, terbaring.... lama jugak aku terlantar menahan sakit. Got no choice, aku bantai telan Paracetamol (ntah brape bijik)...and zzzzzzzzzzzzzz

bangun2 dah sudah Asar. Alhamdulillah, dah tak terasa sakit lagi. So apalagi, aku start merayap la... hehehee :lol: Join mum pi rumah Said Hussein tu. Jumpa la aku dgn kenalan baru hari tu, Muna namanya.

Banyak citer yg dishare kan oleh Muna... kesian dia, rupa2nya dia takde kawan langsung sejak habis sekolah ni. nak kuar rumah mesti dgn bapaknya sahaja... nak tengok TV kena mintak izin... hanya channel tertentu je yg boleh bukak. Muna sendiri tak pernah tunjuk muka (bukak purdah/niqab) pada org lain, kecuali dgn izin bapak dia.

Paling byk Muna citer kat aku pasal love story dia. Dia ditunangkan dengan someone yg tak pernah dikenali... lelaki dari Bangladesh yg berusia 19 tahun (Muna ni baru 16 tahun). tula satu2nya kawan dan lelaki yg sgt dia cintai...sebab tu la satu2 nya lelaki ajnabi yg dia kenal... agaknya Muna ni takde teman bercerita selama ni... tu sebab sume dia share...

okay...get to go...nak pi keje!

0 Comments

lagi dan lagi...

05.08.04 (10:33 am)   [edit]
semakin teruji mlm tadi... tgh bersiap ke hospital utk ziarah Iman, tetiba dpt call dr my dad. Dia beritahu ttg grandpa pulak yg tgh sakit. and... kitorg rushing la ke rumah grandpa. then, bila sampai sana aku tengok dia dah terbaring lemah atas kerusi malas... berpeluh2 dan menggigil2 menahan sakit... got no choice, aku terpaksa drive bwk atuk ke hospital. my dad outstation ke Batu Pahat..

Perjalanan ke hospital sepatutnya amik masa 45 minit je. tapi disebabkan kekurangan aku... jadi lebih lambat. bukannya apa... aku memang ada problem mata sket... kalau rabun je takpe... ni silau lak.. dah tu masa drive tu mlm, hujan and wiper pulak tak brape ok... that's why la merangkak2 drive. urmmm....kena tukar spect lagi la gamaknya... 8)

0 Comments

Teruji ?

05.06.04 (2:03 am)   [edit]
Aku baru balik dari Southern Hospital. Memang family aku diuji betul dalam minggu ni. sebab tu agaknya aku tak dan nak update blog ni. Khamis lepas, my brother yg blaja kat UIA tu balik utk cuti 4 hari. Dia mengadu sakit perut. Pergi bawak jupe Dr. Memula ingatkan gastrik... but, lepas 3 hari semakin teruk sakitnya... sampai tak bleh bangun. Makan je muntah.. mum decide bwk pi specialist terus.

rupanya adik aku tu ada apendiks problem. masalahnya bukan mcm apendik biasa yg ambik masa beberapa hari je utk solve.. skang ni benda tu dah burst and then jadi infection kat usus. got no choice, My bro Iman kena operate serta merta...

pada masa yg sama, aku kena duty jaga gerai ekspo utk 3 hari... and pada hari yg sama juga... my parents mesti pergi htr my sis Zeehan ke Trg utk registration di KUSZA...

memang my family teruji masa tu... kena bg komitmen pada 3 perkara serentak... tapi alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat muafakat sekeluarga... kami dpt settle masalah...

"Ya Allah, KAU makmurkanlah keluarga kami..."

0 Comments

Versi Melayulah pulak....

05.04.04 (12:43 pm)   [edit]
[b]ALHAMDULLILAH (Yassin feat Too Phat)[/b]

Ult li albi bissaraha
(Kubuka hati ini dengan penuh keikhlasan)
Hayya nab'idil karaha
(Mari jauhi kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli ni'ma
(Mari bersyukur dengan apa yang kita miliki)
Ba' ideena anil fattana
(Mari hindari tipudaya dan dosa)

Merenungi luar jendela,
Mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli satu semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan setakat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama, hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,
Ada melencong ada yang lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempuna ada kurang upaya
Ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar,
Kerna semua nak kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!!!

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah, harap memanduilah
Entah… apabila persimpangan tiba,
Hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
Harapku tidak terlupa diri bila gembira,
Dan cuma mula mencari KAU disaat hiba
Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
Sentiasa legar diminda,
Dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpaMU disisi dan apa guna posesi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi,nukilan, tulisan dan bisikan isi hati
Mencari keterangan,menjiwai peranan, menepati pesanan, janji juga saranan Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha
(Kubuka hati ini dengan penuh keikhlasan)
Hayya nab'idil karaha
(Mari jauhi kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli ni'ma
(Mari bersyukur dengan apa yang kita miliki)
Ba' ideena anil fattana
(Mari hindari tipudaya dan dosa)


Aku yang memandang di dalam lubuk hati,
Mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi, wujud, menyertai
Lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki, aku mengerti, segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi, pelik dan benar, qada' dan qadar
KAU berilah ku kekuatan
Agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
Usah KAU biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
Aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,
Semoga segala puji tak ku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi,
Moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau,
Ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
Ku pasrah ku akur 7,8,6
Alhamdulillah Syukur...

1 Comments