EKSPO MAULIDURRASUL

05.01.04 (8:01 am)   [edit]
WAHAI SEKALIAN PENDUDUK KAMPUNG... DGR NI BETA NAK BUAT PENGUNGUMAN :

silalah dtg ke EKSPO MAULIDURRASUL DAN KEMPEN BERZAKAT di Kompleks Al Azim (Masjid Al Azim), Melaka...

######################### ########

jgn marah ha... rasanya kena tangguh sat citer CATATAN PERJALANAN aku tu... tak sempat lg nak habiskan citer. Duk tgh bizi nau skang nih. Dlm dua tiga hari lepas sibuk amik brg jualan utk kedai kat KL nu.. then, buat tagging, check stok and kira stok dll... then dua tiga hari ni keje overtime pulak... dpt satu tapak gerai kat ekspo yg aku ckp kat atas td... 3 hari la kami berkampung kat situ dr 9 pagi till 11 mlm. My site will be at khemah num 24... guna nama butik la... KOLEKSI IDAMAN NISAA'... dtg eh?

tiap2 mlm ada program best... forum perdana, pertandingan nasyid, konsert Rabbani n Waheeda.. byk lg la... tak ingat schedule...

so, maybe i'll blog out jap... see u soon yer! :wink:

0 Comments

GERAMNYER................

04.29.04 (5:00 pm)   [edit]
Nak marah PC ni pun takleh... bukannya paham pun. :x punya la poyo aku menaip lama2, menghabiskan CATATAN PERJALANAN final episode... tengtiba hilang pulak apa yg aku type tu... :twisted: Grrrrrrrrrrrrr...

Takpe... sabau2! nanti aku tulis balik bila dah hilang hangin aku nih... :?

1 Comments

CATATAN PERJALANAN part 5

04.28.04 (7:05 pm)   [edit]
[b]16 APRIL 2004[/b]

Hari ni pi Tanaeem, miqat yg agak dekat dari Tanah Haram.. So, hari ni aku buatkan umrah utk arwah Tok Aki, Hj Abdul Hadi. Pahala org yg kita buatkan umrah utknya dikatakan sama seperti pahala kita yg membuatnya. Malahan sesetengah ulama berpendapat, kita yg buat ni dpt 7X pahala umrah dan org yg kita buatkan tu dpt sekali pahala..Wallahu'alam. Anyway, bukan pahala yg kita patut kejar, right? Nilah saham anak cucu yg bermanafaat buat org yg dah tiada...

Hari ni Jumaat, weekend utk Arabians. Thats why la ramai sikit jemaah di Masjidil Haram ni berbanding semalam. Kalau semalam tawaf mengambil masa < 10 minit, hari ni dah jadi hampir 20 minit... camtulah! Tengah2 bertawaf tu, tiba-tiba hati terasa sangat sebak...and akhirnya tumpah jugakla butir2 mutiara dr mata aku nih!!! :cry: You know why? Memula aku terserempak sekumpulan wanita buta sedang bertawaf...mereka saling berpimpin tgn antara satu sama lain dgn sebelah tgn memegang tongkat. Then, aku bertembung pula dua org lelaki yg kudung kaki sedang bertawaf jugak... bygkan...betapa sukarnya dia bertawaf di tengah panas tu... bila aku dah masuk pusingan ke 3, dia masih belum habis satu pusingan pun! Subhanallah... orang2 yang serba kekurangan pun tak kenal erti sukar utk mentaati Allah... sedangkan kita...? Berkira2 dgn masa setiap kali nak solat, sedangkan anggota kita sempurna! >
Alhamdulillah, jam 11 am aku dah siap bersaie dan bergunting. Balik rehat jap sementara tunggu Zuhur. Lps Asar kami sekeluarga buat tawaf sunat dan pi kucup Hajarul Aswad... Batu dari syurga yg menjadi binaan Kaabah... kata org asalnya batu ni berwarna putih dan sekarang bewarna hitam kerana dosa2 manusia yg melekat padanya.
[i]" Ya Allah....jgnlah kau jadikan hati ini hitam diselubungi dosa sebagaimana batu ini..."[/i]

Lepas Asar aku decide nak duk beriktikaf je kat Masjidil Haram hingga Isya' sementara family yg lain balik semula ke hotel. Actually aku tak buat apa pun, tadarrus sket and then duk kat depan Kaabah, merenung sepuas2nya...

sambung lagi la nanti... :wink:

0 Comments

CATATAN PERJALANAN part 4

04.27.04 (7:59 pm)   [edit]
[b]14 APRIL 2004 [/b]

Hari ni rutin macam biasa… alhamdulillah, aku dah cuba memenuhi masa2 yg ada di sana dgn sebaik mungkin, mengikut kemampuan… bukan fadhilat yg nak dikejar, tapi kesempatan yg ada terasa rugi kalau tak digunakan. ..

Hari ni sibuk sket packing barang untuk esok… Insya Allah, hari ni hari terakhir di Madinah utk ziarah kali ni… Petang tu, round2 sket kat sekitar hotel.. men’skodeng’ pape item yg menarik utk dibawa balik… anyway, aku tak beli pape pun selain seutas tasbih berharga 2 riyal, utk diri sendiri…

[b]15 APRIL 2004 [/b]

Lepas subuh, kemas barang buat kali terakhir… then pi buat ziarah wida’ lepas breakfast. Emmm.. semoga ini bukan ziarah aku yg terakhir...
on the way dlm bas aku diserang gastrik la pulak...waduh! mujurlah bas berhenti dipertengahan jln. so, i just get a cup of hot cuppochino and a bar of chocolate utk alas perut. air condition dlm bus menyebabkan my body mengalami dehydration yg tak serius tp sakit... sabar jelah! dugaan. lagipun aku dalam ihram, memang lumrah lah diuji.. lunch dipertengahan jalan.. sebat tandoori je.

Perjalanan selama 5 jam tu dimeriahkan dgn talbiah yg terucap di bibir 33 penumpang bas...

[i]"Kami menyahut panggilanMu Ya Allah...tidak kami menyekutukanMU. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milikMU..."[/i]

Jam 1.15pm kami tiba di Mekah. Airmata menitis tanpa sedar bila terpandang menara MasjidilHaram...Rindu?? Hanya DIA yg tahu perasaan aku waktu tu...Kami berehat sebentar, lunch and solat zuhur dulu...then baru pi masjid. Sempat la bertawaf sebelum Asar. Then sai'e dan bercukur lepas solat Asar... Alhamdulillah! sempurna satu umrah....semoga DIA menerima amalan kami.

Malam tu dapat jemputan dinner dari bisnes partner ibu di sini. Sa'id Hussein namanya, keturunan Benggali dan menetap di sini sekian lama... Kami dibawa berkelah selepas Maghrib di sebuah Theme Park berhampiran.... rupanya org Arab punya budaya camtu, baawa family bersiar di Taman Tema hingga menjelang subuh... aku rasa mcm berada di Genting Highland lak bila berkelah di sini. Berkenalanla ngan Muna, anak perempuan Said...seronok, sebab dia pandai 6 bahasa termasuk Melayu, Arab, Benggali, Hindi, Inggeris and...apa tah! Menjelang midnight baru balik hotel... sedap betul berkelah...yelah org belanja! berapa byk la diorang kena sebat! hehehehe...

0 Comments

CATATAN PERJALANAN part 3

04.26.04 (12:04 pm)   [edit]
[b]13 APRIL 2004[/b]
Ziarah luar buat kali kedua. Tapi kali ni ibu yg arrange, di luar program travel agent yg kami ikut. First, singgah di Masjid Quba’…rugi kalau tak amik fadhilat satu umrah tu. Then, kami terus ke kilang mencetak Al Quran. Kilang ni adalah yg terbesar di dunia… macam2 jenis Al Quran yg ada, variety size and kalau tafsir tu…ada diterjemahkan ke dalam berpuluh2 bahasa asing. Masa melawat ke kilang tu, hanya kaum lelaki je yg dibenarkan masuk ke dalam tempat kerja2 mencetak… wanita hanya dibenarkan berada di sekitar galeri pameran dan jualan je… ada la hikmahnya tu!!! So, kami yg duk melepak kat galeri tu, of course la tergoda nak beli, disebabkan dapat diskaun 50% dan mungkin lebih… sayang sket sebab time kami dtg tu banyak edisi cetakan yg sold out dan masih sedang dicetak… so, tak berapa byk pilihan. Setiap pelawat lelaki yg melawat akan dihadiahkan sebuah Al Quran… Selalunya, jemaah dari Malaysia ni akan dapat Kitab Tal Quran beserta terjemahan ke dalam Bahasa Melayu.. For myself, aku just beli beberapa set bacaan Al Quran oleh Imam Ayyubi, salah sorang iman Masjid Nabawi. Memang minat sgt and dah lama cari… kalau you all nak dengar, dlm IKIM.fm selalu bukak bacaan Ayyubi ni time waktu solat… satu set tu ada 30 juzuk… memang rugi tak beli sebab dpt harga murah sgt…

Lepas selesai sessi ziarah di kilang Al Quran, cadangannya nak singgah pulak ke Kilang pemprosesan kurma… kat sini pun best jugak, selain dpt diskaun, mcm2 jenis makanan berasaskan kurma yg ada. Anyway, terpaksa lupakan je hasrat kami ni sebab kilang tutup plak hari ni… :(

So, kami balik semula ke hotel, lebih awal dari dijangkakan…sempat la juga aku pi beriktikaf di Raudhah…. Makam Rasulullah serta sahabat dan Raudhah dibuka utk ziarah kepada muslimat dari jam 7 am hingga 11 am dan petang pulak, jam 2pm till 3 pm…

balik hotel sat sebelum zuhur...tengok kalender.. belek nye belek, baru aku prasan... rabu depan birthday my fren la... isk...isk...camne nak wish ni? kalu bleh online orait la jugak... tapi? aku pun menghitung2 hari... tak sempat la nak wish dia... sebab aku dijangkakan kembali ke malaysia 27 APRIL ni..

on the way ke masjid zuhur tu, terpandang la poskad yg tergantung kat depan kedai tepi masjid nu... :idea: bg poskad jelah... so, seperti dijangkakan... lepas asar aku tulis birthday wish and post it ke malaysia... fuhhhh! lega makcik...

tapikan... tetiba aku rasa cam pelik je. balik bilik, aku bukak semula diary aku and try to find out.. ooopppsss! i did it again!!! salah tengok kalender lagi.. malunya :oops: mesti dia pelik kan... apesal la aku htr kad birthday awal 3 minggu...

:wink: hehehe...kalu my fren tu baca...sorri ar...exited nak wish birthday hijri awak on Rabiul Awwal ni...

0 Comments

CATATAN PERJALANAN part 2

04.24.04 (6:41 pm)   [edit]
[b]12 APRIL 2004[/b]
hari ni program ziarah luar...kul 8 am, bas bergerak menuju ke destinasi pertama, Masjid Quba'... menurut history, masjid ni adalah masjid pertama yang dibina atas dasar iman (hurmm....masjid2 zaman skrg????). Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda singgah di tempat bernama Quba' dan mendirikan masjid ini. Dalam satu hadith ada menyebut, barangsiapa yg berwudhu' dari tempat tinggalnya dan kemudian pergi ke masjid ini dan mendirikan solat, akan mendapat ganjaran seperti mengerjakan sekali umrah. Hati bermunajat lagi :
[i]" Ya Allah, Kau teguhkanlah iman di dalam hati ini, sebagaimana teguhnya binaan yg terbina di atas kekuatan iman ini..."[/i]

Then, pergi pulak ke Jabal Uhud...terimbas semula kisah kekalahan tentera Islam di medan Uhud, akibat tidak wala' (taat) pada pimpinan... Mutawwif yg memandu perjalanan kami meng'refresh' semula kisah peperangan ini. Di kaki bukit Uhud ni terdapat perkuburan para syuhada' Uhud. Dikisahkan pada waktu itu, semua jenazah ingin dibawa pulang ke Madinah untuk dikuburkan di Baqi'. Tetapi Jabal (bukit) Uhud menangis dan meminta supaya para syuhada' dikuburkan di tempat pertempuran (tempat syahid)...kelak di syurga, Jabal Uhud akan menjadi saksi kesyahidan mereka... :cry: Di sini juga tercipta kisah Saidina Hamzah yang syahid dan kemudian hatinya di kunyah oleh Hindun... sayunya hati menziarahi tanah perkuburan syuhada' Uhud... terbayang di mata kehebatan iman para sahabat...

Destinasi ketiga di Masjid Qiblatain... Qiblatain bermaksud dua qiblat. Dinamakan sempena satu peristiwa yg berlaku di zaman Rasulullah. Sebelum ini, qiblat orang Islam adalah di Baitulmaqdis, Palestin. Hikmahnya adalah supaya orang2 Yahudi berlembut hati dan mengikuti agama yang di bawa Rasulullah. Tetapi, telah ditakdirkan hati para Yahudi sekeras batu... mereka menjadikan perbuatan menghadap ke arah rumah mulia mereka tu sebagai bahan ketawa, kehinaan bg orang Islam...jadi, pada satu masa, ketika Rasulullah sedang mengimamkan solat (berqiblatkan B.Maqdis), turun wahyu dari Allah supaya baginda berpusing 180 darjah untuk mengubah qiblat ke arah Masjidil Haram (Kaabah). So, dalam satu solat tu ada 2 qiblat, 2 rakaat mengadap ke B.Maqdis dan 2 rakaat lg ke arah Baitullah. Sejak itu, arah qiblat tidak boleh diubah....

Lepas tu kami ke Pasar Kurma Madinah. sebelum tu, kami lalu di Masjid tujuh.. kawasan masjid ini adalah kawasan berlakunya peperangan Khandaq (parit). Kekuatan orang Islam sangat lemah pada waktu itu jika dibandingkan dengan bilangan dan kekuatan tentera Ahzab... maka, Rasulullah mengarahkan parit digali disekeliling kawasan tersebut dan mereka bertahan dari dalam sahaja. di sekeliling parit didirikan 7 buah kubu/ menara tempat panglima2 peperangan seperti Saidina Ali, Saidina Abu Bakar dll berkawal. Sekarang, kesan2 sejarah dah tak kelihatan sgt. cuma didirikan masjid di tapak kubu2 (sebab tu dinamakan Masjid Tujuh). kalau kita kesini, hanya tinggal 5 masjid sahaja...

Di pasar Kurma para jemaah diberi 1 jam utk shopping kurma. macam2 jenis la boleh jumpa. anyway, skrg ni bukan musim kurma...so, tak jumpa la kurma muda yg menjadi favourite aku tu... tapi jgn salah tafsir... bukan la tujuan ke sini utk galakkan jemaah shopping. biar betul niat... sebenarnya, jika kita berbelanja di tanah haram (Mekah atau Madinah), di gandakan ganjaran pahala...dinilai sebagai amal..

Okay... sambung lagi la nanti..
:P

0 Comments

CATATAN PERJALANAN part 1

04.22.04 (4:26 pm)   [edit]
[b]11 APRIL 2004[/b]

Check in di KLIA around 3 pm.... Tunggu kat boarding hall...tapi till 5pm masih belum ada tanda2 flight akan tiba. Departure time suppose to be on 5pm.

Akhirnya dpt jugak info dr kaunter...flight delayed... sepatutnya flight dari Jakarta datang KL but, disebabkan rosak... terpaksa la tunggu flight back-up dari Manila. Macam2 spekulasi timbul.. :?: sebab ada beberapa perkara yg tak logik berlaku...hurmmm..sabar jelah!

Akhirnya jam 10 malam baru fly ke Riyadh. terpaksa singgah Riyadh sbb menumpang flight orang... itupun kira kami sefamily bernasib baik boleh meneruskan even terlewat 5 jam... 11 orang dari passanger dlm group kami terpaksa tido hotel sbb diminta naik flight esok pagi...
Kepenatan yang amat akibat menunggu, menyebabkan aku tido je along the journey. Time makan je terbangun sendiri....heheheeh...perut kejut!!! :lol:
Kul 1 am sampai di Riyadh (waktu di sana),transit ke Jeddah. lepak2 for 2 hour... masa kat imegresen tu aku cheat sket...malas nak check body (utk women je).

Alhamdulillah...sampai Jeddah time azan subuh..around 4.30 am gitu...lepas solat, menunggu lagi kedatangan bas yg akan membawa kami ke Madinah. lambat pulak bas ni...apesal ntah.!!!! sementara tunggu bas tu, my datuk sedara dtg kat airport jumpa my family. namanya Mohammad Al Malakah. memang lahir kat sana, tak tau sepatah pun cakap Melayu...wife dia pun Iraqi. nak citer pun tak reti, camne kaitan dia ngan aku..cuma yg pasti, dia family sebelah daddy...tu sbb family name dia 'Malakah' (Melaka).

Kemudian datang pulak Ust Radhi and Ustzh Salmi ke airport. Time salam ngan Ustzh,aku nangis terus... terharu betul+ gembira sgt... tak penah jumpa dia sejak abis sekolah. Dia penah ajar aku Bahasa Arab (subjek yg aku tak minat masa tu)...segan je jumpa dia,sebab Arabic aku teruk masa SPM.

Tiba di Madinah lepas zuhur...penatnya!!! Tak sempat berjemaah kat Masjid Nabawi. Anyway, group program lepas zuhur ni adalah ziarah dalaman. means, kitorang dibawa ziarah ke Masjid Nabawi dan sekitarnya. Mula2 pi kat Perkuburan Baqi`(kira2 <100m dari masjid)....di sinilah bersemadinya jasad Sahabat2 and Ummahatul mukminin (kecuali Saidatina Khadijah r.a). Then, pi ziarah makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar r.a and Umar r.a...tak tau nak gambarkan camne perasaan aku...yg pasti, hati aku asyik masyuk...my tears dropped! >
Lepas tu pi Raudhah.. alhamdulillah... mudah je nak masuk situ, dpt solat, berdoa dan bermunajat agak lama... memang tak ramai orang. Actually skang ni kerajaan KSA belum bukak visa utk umrah. that's why la yang ada kat sini Arabians je. kiranya group kami ni first foreigner la...so, bila kitorang tiba di Raudhah, polis2 wanita yg jaga kat situ pun sgt2 mengalukan... siap bg priority utk kami. tu yang best tu... alhamdulillah :wink:

berada di Raudhah ni menyebabkan aku sekali lagi kesayuan. Raudhah ni dijanjikan Allah sebagai satu2nya tanah dari bumi yang ada tempatnya di syurga...sebab Raudhah ni taman syurga dan sebahagian dari syurga. Sebab tu ia menjadi salah satu tempat yg mustajab utk berdoa.

[i]"Ya Allah...hambaMu ini datang dari jauh dengan membawa dosa yg bertimbun..aku tidak layak bersujud di atas bumi yg Kau muliakan ini, tapi ku tahu Kau Maha Mengasihani...maka kau ampunilah dosa2ku..."[/i]

0 Comments

rindu kat saya???

04.21.04 (7:28 pm)   [edit]
assalamualaikum....
:lol: alhamdulillah...selamat tiba di rumah jam jam 1 ptg tadi. actually arrival time jam 8.30 am. but, ada masalah sedikit ngan luggage, jam 10 baru kuar dari KLIA. then, singgah rumah atuk, kenduri anak beranak utk lunch. then, baru balik ke rumah.

departure time from jeddah airport tadi around 7.05 pm. lewat sikit dari jadual sebab berlaku kekecohan dalam kabin pasal seat yang bertukar2 antara 60 passangers.

:wink: alhamdulillah...aku sihat je sepanjang di sana. cuma aku je yg tak berapa nak tahan ngan cuaca yg kering dan panas tp sejuk..(eeee...tak tau nak explain camne???) perkara biasa la... each time aku pi mmg aku akan melalui the same thing, evey inch of my skin akan peel off and also my sinus bleeding.. anyway, the last few days semuanya ok...

Insya Allah...this week i akan share cerita spjg 11 hari lepas... esspecially for all my best frens...miss u all dear!

so...for that...i GET TO GO...

0 Comments

Bisikan nuraniku...engkaulah pilihanku...

04.08.04 (6:09 pm)   [edit]
Sedap wooo...lagu ni...berhantu sket!

[b]MENCARI ( Waheeda feat Giegil)[/b]

[i]Sesat di sini
arahnya tak pasti
sendiri dibelenggu mimpi
masih mencari

Walaupun pergi
jasadku di sini
nak kucari tapi di mana
bukalah mata...

Yang Berkuasa
tolunglah hamba
bukalah pintu segala
agar sempurna

Tanganku tadah
agar menerima
apa yang diberi olehMU
aku bersyukur[/i]

[i]Bangunlah dari tidur
buka mata
pandang ke sana
moga berjaya........... [/i]

************************* *********************

pagi2 lagi dpt call...dari Fendi? isk..isk...sape plak ni... rupanya staff ABX Courier. Fuhh...lega! sampai juga parcel yg aku tunggu dr last weeek...Thanx pd yg membantu...

Duty jaga kedai dari pagi.. sebab dik Yan pi Bandar Melaka ngan mum... aku memang malas tahap kuda laut kalau bab2 kena jadi driver...(actually aku tak expert jln kat town tuh...:lol: )...Rather jaga kedai... malas nak join, mum nak pi Casey Bridal kot...nak survey dress/gaun pengantin for.....(jeng..jeng...jeng...) :wink:

Ntah ape angin agaknya...time pi menapau lunch tadi...aku jumpa beberapa org yag serupa ngan kengkawan aku...memula jumpa sorang brother tu rupan mcm Haniff, ex partner dlm sekretariat dulu... pas tu, jumpa sorang lagi makhluk rupa cam En Dwen... siap senyum kat aku tu... tapi sure bukan dia, sebab dia botak...hehehehe... Bila agaknya aku nak bertembung dgn orang yang serupa dgn aku ek...? teringin gak... :wink:

isk...isk...tak sabar rasanya hati... dah siap iron baju and packing barang...

[i]KAU mudahkanlah Ya Allah...!!![/i]

2 Comments

Impian hati

04.07.04 (3:59 pm)   [edit]
Impian hati,
Hanya mengharap restuMu Illahi,
Memohon seribu kasih dariMu Ya Rabbi,
Namun, hati tetap mencari,
Secebis cinta dariMu Ilahi,

Hati,
Adakalanya mengharap pada realiti,
Walau sebenarnya tiada apa yg perlu dinanti,
Mendamba pada yang tak pasti,
Sedangkan kasih Allah jua yang hakiki,
Mengharap rahmat kasih Illahi,
Agar segala impian bisa dikecapi,
Walaupun secebis cuma,

Impian hati,
Hanya mengharap rahmat kasihMu Illahi,
Biarlah bukan di dunia,
Namun,
Harapan nikmat di syurga tetap dicita,
Menagih maghfirahMu Ya Rabbi,
Adakalanya kurasakan dosa menggunung tinggi,
Namun,
Ku pasti,
Pintu taubatMu tetap menanti.

Tuhan,
Dengarkanlah rintihan hambaMu ni,
Yang amat kerdil lagi dhoif,
Adakala terasa bahangnya kemurkaanMu,
Tatkala diri menyedari kesilapan lalu,
Adakala terasa lembut kasihMu,
Tatkala diri merasai rahmat nikmatMu,

Tuhan,
Kini,
Kuharapkan agar impianku dimakbulkan,
Agar aku diterima sebagai syuhada'Mu,
Dalam meniti sisa-sisa perjuangan ini,
Dalam melalui liku-liku mehnah jihad ini,
Agar bisa hati ini tenang,
Agar hati ini tegar menghadapi ujianMu,

Tuhan,
Hanya satu pintaku,
Biarlah apa pun yang terjadi,
Peliharalah aku dalam KEMANISAN IMANMU...."

(From, Razief )
#fwd from: izudin abdullah#
************************* ****************
takde pape yg menarik la hari ni... bengang tul.. tunggu posmen tiap2 hari, tapi yg dinanti tak kunjung tiba...fuhh... mcm org bechenta plak...duk tunggu surat gewe! actually, aku tunggu my fren parcel...dia kirim something last wek tapi tak sampai2 lagi... waaaaa... benda tu urgent and important, nak guna masa musafir nanti... ish!ish! camne ni...?

ikut plan awal, esok nak pi KL, teman my sis interview nursing UM. but suddenly cancel...sbb semalam dia dpt tawaran KUSZA (alhamdulillah)... mum suggest, lupa jela psl nursing.. emmm... aku pun pikir cam tu. my sis suka sgt dpt offer tu. anyway, dia nak tunggu result UPU yg akan kuar 16hb ni.. then baru decide. Moga Allah mudahkan urusan dia... :wink:

0 Comments

Hidup

04.06.04 (3:35 pm)   [edit]
tetiba ter'blues' jap.... :lol: nape ntah...tetiba hari ni rindu kat zaman memoda dolu...(rasa cam tua la pulak...)... banyak2 zaman yang aku lalui, paling bermakna setakat ni of course zaman lepas sekolah... yelah...bukan la aku maksudkan zaman sekolah tu tak best. tapi...masa tu lum cukup matang berpikir...tambahan plak belum independent sepenuhnya. duk asrama, form 1-5, alam remaja yg dikelilingi dgn kawan2 je... mana nak pikir sgt pasal benda lain... tau blaja utk PMR n SPM.

Masa kat matrik aku mula mengenal 'hidup'...masa ni lah memula aku buat keputusan penting dalam hidup.. keputusan yang mencorakkan identiti dan prinsip hidup aku... dan alhamdulillah, sehingga kini aku belum merubah keputusan dan aku tetap aku yang aku inginkan.. kat matrik jugak aku jatuh cinta, bercinta dan mengenal cinta... putus cinta? :lol: hehhehehe... jgn fikir bukan2 plak! Tapi rasanya tiga2 jenis cinta aku me'rasa' masa matrik dulu... yelah, if ikut Imam Al Ghazali, ada 3 jenis cinta; cinta agung, cinta mubah(diharuskan), dan cinta haram.. Fuhhh...memang indah zaman tu... giler2 nya mujahadah menyingkir cinta yg haram tu, utk digantikan dgn cinta yg agung... dan bonusnya, dpt plak cinta mubah! Kan manis tu ? :wink:

Tapi yang paling tak bleh lupa jugak...zaman first degree kat Trg. 3 tahun duk di rantau orang...betul2 mendidik aku. Kat sini la aku apply segala teori2 kehidupan yang aku belajar... zaman nilah aku mengenal diri aku yg sebenar... kalau dulu aku fikir aku ni pendiam, hakikatnya aku lebih kenal di mana letaknya sifat pendiam aku tu.

Masa duk kat Baitul Mahabbah... mmg mula2 aku belajar realiti hidup sendiri. Mula2 mmg susah sgt nak adapt... menangis jugak la at first bila hidup dlm serba sederhana. Honestly, aku tak reti sebenarnya duk ramai2 kat rumah sewa, makan ala kadar setalam 7 orang, tido atas tikar je... kadang2 kena ikat perut. Tak pernah sblm ni mkn nasik dgn ikan kering dan masak air... tapi, aku belaja sume ni kat situ. Kakak2 senior yg duk skali tak jemu2 bg tunjuk ajar kat kitorg adik2 ni... paling tak bleh lupa time first time aku duty masak.... (sebenarnya aku tak pandai masak masa tu)... kelam kabut la aku kat dapur sorang2... bila time mkn, semua pakat telan je apa yg aku masak...tak sorang pun komen. tapi bila aku blah je dari dapur, (aku curi2 tinjau diorang kat dapur)... rupanya, salah sorang senior tu tolong renovate lauk dalam periuk...hehehe.. mmg terharu tul! cara diorang tu berhikmah dan pandai jaga hati...

setahun lepas tu aku pindah ke Baitul Hannani... kali ni, aku duk majoriti dgn muslimat2 yg sebaya .. lagi la aku kena belajar tentang hidup tolak ansur.. tapi honestly, time ni aku out of control! dah hilang dah kehidupan zuhud yg aku rasa dulu... and kebetulan time ni aku pegang amanah dlm tanzim, duk sibuk plak ngan final year project... tu yg tak berapa nak stabil... :x

sem last duk kat Baitur Raudhah... situasi totally berubah. duk ngan junior sumenya... and time ni dah jd mantan. study pun tinggal subjek ringan2 je... tu yg bleh jadi scorer tuh! masa ni byk belajar jadi kakak.... hehehe... dah selalu sgt bermanja, mintak difahami... and akhirnya aku la kena memahami adik2. Tak berape byk pengalaman yg aku dpt sbb duk satu sem je...anyway, masa kat sini la aku agak hanyut dari laluan yg sepatutnya! sedih... :cry:

emmmm........... cukupla! tammo flash back byk2...nanti melarat2 ke bahagian2 yang sensitif! anyway... setiap saat kita belajar tentang hidup kan?

till we meet again!
[b][i]"Ya Allah...kekalkanlah rasa kehambaanku..."[/i][/b]

3 Comments

ikan kering

04.05.04 (5:23 pm)   [edit]
memandangkan tinggal daging je dlm icebox, aku decide nak masak sambal jelah hari ni... bukan malas nak pi pasar... tapi kan, daddy bwk Proton pi keje hari ni coz nak pi servis (kancil my bro guna)... so, patah kaki la jap. mmg daddy tinggalkan kete dia... but? sape nak drive? my mum pun tak berani beb! dah la pjg, gear reverse antik sket...and the most important, rasanya my leg tak sampai nak tekan pedal minyak, clutch and brek... anyway, lunch hari ni aku touch up ngan ikan kering, mangga muda sbg ulam and telur dadar... zuhud sket! but, bila mummy selera je makan... ok la tu, kan? belajar jadi Qanaah sket....

kul 1.30 pm, tunggu cab nak pi kedai...htr lunch kat my sis... lama tak naik cab! 2.30 baru sampai MT... sian Dik yan...dah kebuluran...hehehe

************************* *******************

cam biasa, malam tadi...malam isnin aku jaga kedai sampai mlm... ada pasar malam kat area tuh, ramai la org dtg... best gak cuci mata... jumpa n nampak ramai member2 sek rendah dulu...dah lama tak jumpa, dekat 10 tahun pun ada... bila tengok muka masing2, dah veruvah...

client terakhir sblm tutup kedai, member sek tadika dulu... namanya Aida Abu... dia ngan mak dia, and 3 org kanak2 below 4yr...anak buah dia kot (aku kata dlm hati)...borak nye borak.... rupanya anak dia la tiga2 org tuh...fuyyoooo... tabik spring makcik! tengok badan dia tak naik pun... maintain je... lagi slim dari zaman belaja dulu.. nampak sgt la aku ni duk bwh tempurung...sekampung, tp tak tau member sendiri kawin.. tapi, yg sedapnye...dia asyik fire aku jer... isk!isk! laser tul... takla amik ati tapi.... ada ke dia kata anak dia dah 6 nanti, baru la dia bleh tengok anak petama aku..ceh!! :twisted: selamber je...
takpe...takpe...we'll see...

okay...gtg!

0 Comments

8 G

04.04.04 (6:42 pm)   [edit]
Mcm semalam hari ni bangun awal sket... ada kursus kat Alor Gajah nu... actually, bukan kursus bebenaunya.. lebih kurang mcm taklimat kot. So, mcm yg dijangkakan...mostly ahli jemaah yg akan berangkat sekali ni, mostly womens. Dari aspek umur, mostly org2 tua...

Before zohor, kursus tamat...and aku dah tak bleh thn ngantuk dah....agaknya dah lama tak pi kuliah berjam2. Oleh kerana my younger sis yg drive on the way back home, i get to sleep la...hehehe.

sampai rumah, terus parking kat tempat yang flet and empuk...my bed la! sedar2 dah kul 3..astaghfirullah!!! DIA masih sayangkan aku, tak bg miss my ZUHR prayer. And before Asr, adegan lambai melambai... my aunty n sis go back to their home... and my beloved younger bro pun go back to his hostel this evening... this is what we called SUNDAY..:?

wat else? ha.... u know, ptg smlm my bro drive alone, balik UIA gombak. kuar je tol pedas/linggi (before Senawang)... hujan turun dgn lebat. and then tetiba cuaca panas plak... suddenly, cermin kereta retak...takde pilihan, dia pun berenti la kat hentian highway and pecahkan cermin kereta...dgn pertolongan sorang mat bangla tuh.. at first mmg my dad suruh dia balik melaka semula..but tiba2 hujan plak turun ngan lebatnya lepas tu... so, dia terus ke bandar seremban, cari kedai cermin kete. my parents pun turun seremban mlm tu, kebetulan my aunty live there... so, it's easier for my bro to settle down that prob...alhamdulillah, araound 11pm semuanya dah ok. err... canne la if aku yg berada dlm situasi tu? mesti panik, kan...? Pompan...
:roll:
************************* ********************
(Interesting article from my fren, moag dhiaulhaq)...i have no komen, tak tau la betul ke tak. but i hope u'll enjoy this:

[b]8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita [/b]

[i]1. Garang [/i]
Garang tak bertempat, suka mencarut,
suka cari gaduh,cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh..macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.

[i]2. Ganas[/i]
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat
sebab perempuan bukan lawannya.

[i]3. Gementar[/i]
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya
kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.

[i]4. Gabra[/i]
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat
perempuan aje, dan sebagainya.
[i]
5. Gentleman tiada Langsung[/i]
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dansebagainya.

[i]6. Gerumal[/i]
Loghat kedah-bohong atau tipu.

[i]7. Ganggo Keterlaluan[/i]
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.

[i]8. Gatal[/i]
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri


Pesanan dr moag dhiaulhaq : Kesimpulannya...ana menyeru kepada semua warga lelaki marilah kita menjadi lelaki yang warak dan soleh (woceehhh.....)
:wink: :wink: :wink: :wink: :wink: :wink:

till we meet again...wassalam

1 Comments

PENIN2

04.03.04 (6:46 pm)   [edit]
percaya pada gerak hati tak? errk... something happen.. sat ni, something happened..

pening..pening.. betul ke apa yg aku rasa ni? rasanye tul...ccoz ciri2 bisikan tu...

u know what.. it's all about chemistry i dgn someone. Do u believe on that stuff? CHEMISTRY dgn someone...

so? what can i do? what? what? let it be...

never been like this before

what can i say?

yearn thee
yearn thee
yearn thee

...very much!

************************* *******************

and it's 'bout a jealousy too..
should i?
should i?
should i?
what can i do....
never know what the future brings 4 me...

yup i'm sure that...
i.........(wordless)

1 Comments

Asap

04.03.04 (5:34 pm)   [edit]
malunyer.... malam tadi tepat 12 tgh malam, aku htr birthday wishes kat ex patner dalam lujnah dulu.. rupanya aku salah tengok kelender.. birthday dia esok lar! hehehe...nak cover punya pasal, aku bitau dia... aku nak jd org first wish sebenaunya....

hari ni bangun awal dari biase....(biasanya bangun lambat ker? :oops: ) nak buat kenduri kan... kalu bangun lewat nanti kurang kakitangan kat dapur nu... alhamdulillah, sume seperti yg dirancang my parents. Kenduri doa selamat sempena keberangkatan pergi kami 4 beranak next week... before 2 pm, dah siap kenduri and clear up dapur... so, lepas zuhur... time to sleep la! :wink: ni pun baru bangun tido...sblm asar td...

time family program canni la sume kaum kerabat berkumpul. Esp sebelah my mum ( kerabat sebelah ayah duk jauh2)... dalam ramai2 tu, terpandang la sepupu aku yg baru form 4. Terkonfius la pulak bila tengok bibir budak tu berbirat...(emmm....smoking ker?) rasanya betul la teori aku tuh sbb last week mcm terserempak ngan dia kat pekan tgh menelan asap...

sedih la... :cry: kecik2 lagi dh start smoking. Aku takler benci kat smokers tapi... tak tau nak kata apa... benda tu kan makruh...and ada sestgh pendapat ulama' dah jadi haram... kalau dilihat dari view kesihatan pun kita bleh pikir. Last month, datuk sedara aku meninggal dunia sebab hatinya hancur, paru2 rosak...akibat smoking. Tu belum kira cerita my best fren...

my best fren tu ada masalah mengantuk dlm kelas yg kritikal... bukan dia je, adik beradik dia pun sama. and if we all tengok kat dia pun nampak tak bermaya je. And adik beradik dia semuanya ada masalah kesihatan yang melibatkan sinus dan imuniti. Yang lebih sedih.... adik2 dia agak lambat n lembap dalam pelajaran (sorry to say this)... dia pun dah tak tau nak selesaikan fenomena tu...and dia jumpa la specialist kesihatan... u know apa yg Dr kata? semuanya kemungkinan besar disebabkan ayahnya yg heavy smoker...

i'm really sori if ada smoker yg baca my post and terasa... i don't meant it ok? cuma fikirkan tentang org lain, generasi yg akan kita lahirkan.... sekalipun kita tak sayang diri sendiri... tak ke kita zalim pada mereka nanti?

forget about that...anyway, before i go... there's something utk pemburu cinta Allah:

[b]Firman Allah dlm Hadith Qudsi: [/b]
[i]"Apabila seseorang hamba mendekatkan diri kepadaKU sejengkal, maka Aku mendekatkan rahmatKU kepadanya sehasta, dan apabila ia mendekatkan diri kepadaKU sehasta, maka Aku mendekatkan rahmatKU kepadanya sedepa. Dan apabila ia datang kepadaKU denagn berjalan kaki, maka Aku memberi rahmat padanya dengan berlari cepat"[/i]
(HADITH RIWAYAT BUKHARI)

that's all for today... :wink:

0 Comments

I luv this song la...

04.02.04 (1:02 pm)   [edit]
Artist: Too Phat
Song Title: Alhamdulillah (Feat. Yasin)

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 1
I feel the heat
From these 4 candles burning
As I'm staring out the window
In solitude I look at life
From different angles
Thoughts strangled
My mind is suffocatin'
In this truth quest
A greed law
That we abide by is ruthless
Enough will never satisfy
Until we toothless
Filthy millionaires
Are gamblin' until they muflis
A sad fact of life
But mankind approved this
I gotta call Him
Sajadah is where the booth is
I'll make it clear that
I ain't even tryin' to preach ya
By sharing thoughts I hope
To find a little peace here
I thank Allah for blessing me
To be creative
So here's a diss for me
For bein' unappreciative
Wanted a perfect life
Yeah smile then die old
Fame, money, women
Phat cribos and white gold
Drive my own Beemer
Before I hit two six
A straight pink bitin' toothpicks
Who walk around town wit' two chicks
And doin' new hits to woo tricks....
Now that's wrong
Pleasure from partyin'
And bullshit don't last long
A lotta yuppies sneakin'
Cars out when dad's gone
Crackin' bottles in clubs
Frontin' designer fashion
But I ain't about
To trade happiness for a Jag
So stop smilin' with your ragtop down
Cause for a fact
I don't care about your money
Or how slick your car
'Cause no matter how rich and big you are
It's still Allahuakbar...

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 2
I know that all this
Ain't the right thing
Partying, chasing moneys
And material things
Flying high
Think nobody gonna
Clip my wings
I'm lying to myself
Knowing that
I've been neglecting
Responsibilities
As a healthy Muslim
Riches and loot
Ain't nothing
We frontin'
Diamonds and scrilla
But forget to say
Alhamdulillah
Made my album a killer
Plan B
Now 2-3 droppin'
And I wish to
Ask for forgiveness
Your guidance
Protection and strength
For humbleness and faith
To make me a better man
Success in foreign lands
Never dreamt of that
I remember being 18
When we started Too Phat
Now let's go back
Three years before that
Sometimes I forget
Me and my parents
Took a trip with granddad
I remember '95
While performing Umrah
Made my wish in Mecca
Right in front the Kaabah
Dear God
You made it possible
When facing obstacles
Please let me do good
Before I pass on
In the hospital
And keep reciting
The Testimony of Faith
And find the right way
Out of this life's maze

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 3
Ay yo…
Two candles go out
That's when
I feel the wind blow
I haven't met Fatim
For two years
Been livin' like I'm single
Evaluatin' all the friendships
Relationship
The reason it's the tenth year
Is 'cause she's a patient chick
And as far as friends are concerned
Many I've had it all
From those who cried for my pain
To those who plotted my fall
I learned to differentiate
Fakes from the great
Mates from the snakes
Apes wanna beef
Hate's all it takes
For me to blow
A diss song for you
Not even worthy
As an album filler
So now it's smiles
And Alhamdulillah
Yeah, love me
Or hate me
This who I am
Look at the past at times
I wish that I was born again
So I can rectify mistakes
And my wrong doings
Attempts on minimizing my sins
Before my story ends
I ain't no Eddie Murphy
Tryin' to sound as a holy man
But if I tried to be a better person
Now I prolly can
(Wait...)
Who am I to advise you
I ain't been the best
Of God's slaves
Just a poet writin'
What my thought says
A little house
A little car
A little sweet girl
Thank you Lord
I'll try to slow it down
On the cheap thrills
This song will prolly stir
A little controversy
At least I ain't be rappin'
Bout the stuff
As tho' I'm born in Jersey
Stage name is Malique
And lost name is Cairel
Mama told me
Stop complaining too much,
So I will...

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

0 Comments

cerita semalam and hari ni...

04.01.04 (8:44 pm)   [edit]
Baru balik dari KL petang tadi… tu sebab tak dan nak update blog semalam.. Cam biasa, aktiviti ziarah my sis kat Kota Damansara. Semalam dah confirm jadual flight…Alhamdulilla h, aku bertolak ke KSA 11 April (Next Sunday), check in di KLIA jam 2.30 petang. Ikut plan awal kitorang balik Malaysia 21 April. But kalau ada tiket, mum kata maybe sambung duk sana seminggu lagi.. Whatever it is, I hope semuanya berjalan lancar… semoga Allah mudahkan perjalanan pergi balik. And… rasanya sepanjang ketiadaan kat sini… maybe ‘peminat2’ blog aku ni (hehehe…ramainya peminat aku???)…gonna miss me! Mana la sempat nak cari cc utk update blog… Insya Allah, balik nanti aku akan share citer 2-3 minggu kat sana. Kalau panjang umur ar! Minggu ni pun I’m quite busy…maybe tak sempat nak post something tiap2 hari kat sini..

Haa… dua hari lepas dapat jemputan walimatul urus dari Kelate. From my ex-big boss dalam team, dalam unit… and dalam wasilah jugak, tak lain tak bukan Mr Fadzlisham.. yang cool tuh! Baguslah… semoga bahagia ke anak cucu.. tapi rasa macam takleh nak pi la pulak! Hari ni pun dapat satu lagi kad jemputan kahwin…. Hehehe. Bila baca nama mamat kat kad tu, memang la berderau darah. Serta merta my temperature naik.. dengan tak sengaja nya, ter‘flashback’ ; la balik apa yang aku lalui Ramadhan lepas…memang menyakitkan! Anyway, bila aku adukan apa yg aku rasa pada R’da… di hantar SMS yang mampu menyejukkan semula…hati yg tengah panas. She said: [b]jangan biarkan perkara tu mengotori hati kita…[/b]

Sedar tak sedar hari ni dah 10 Safar.. dah sebulan dah berlalu sejak insiden yang menganggu emosi aku tuh. Alhamdulillah…aku memang dah okay sekarang. Macam jari yang terhiris dengan pisau…lama kelamaan akan sembuh sendiri…Cuma mungkin berparut sket. Honestly, aku tetap yakin ada hikmah yang tersirat di sebalik apa yang berlaku… aku tetap yakin dengan DIA. Bak kata someone : [b]bukan masanya sekarang ni untuk bermain dengan perasaan…daerah yang kita pilih ni bukan daerah cinta, tiada ruang untuk merajuk, bermanja dan melayan rasa…[/b]

Insya Allah….I will survive!!!
:wink:

0 Comments