Sejarah Bulan Ini

03.30.04 (1:57 pm)   [edit]
(Forwarded from KAKLONG ku sayang...)
[b]
Safar[/b]
Shalahuddin al-Ayubi meninggal dunia
Selepas enam bulan berlakunya perjanjian Sulhu
Ar-Ramlah antara Shalahuddin al-Ayubi dengan Richard
yang mendapat gelaran `Hati Singa', Shalahuddin
diserang oleh penyakit demam panas sehingga membawa
kepada kematiannya setelah menjangkau usia 57 tahun.

Kematian Shalahuddin berlaku pada bulan Safar tahun
589 Hijrah. Beliau dikebumikan di Damsyik (di dalam
Madrasah Mujahiduddin).

Beliau meninggalkan seramai 17 anak lelaki. Di antara
mereka ada yang menjadi khalifah iaitu, Al-Aziz Othman
(al-Aziz Billah) yang merupakan anaknya yang paling
kecil sebagai raja Mesir. Kedua, anaknya yang bernama
al-Afdhal sebagai raja Damsyik dan anaknya yang
bernama Al-Muzaffar Ghazi sebagai raja ke atas negeri
Halab (Syiria)

Shalahuddin al-Ayubi yang dilahirkan di Kota Takrit
pada tahun 532 Hijrah merupakan salah seorang
pemerintah umat Islam yang paling bertakwa serta
mempunyai keperibadian yang tinggi.

Beliau menyayangi umat Islam, memuliakan ulama,
menyatukan suara umat Islam, menjaga peradaban mereka,
mengalahkan musuh umat Islam, mengembalikan
Baitulmaqdis daripada kekuasaan as-Shalibiyyun ke
tangan umat Islam.

Oleh yang demikian segala sumbangan yang agung ini
terpahat pada setiap hati dan pemikiran umat Islam.

"Ya Allah... sesungguhnya Engkau sentiasa bersamaku"

0 Comments

KALIMAH CINTA

03.29.04 (1:48 pm)   [edit]
Teringat madah dalam mini biografi perintis Nahdatusy Syabab....
[i]"Kita bertemu dan berpisah kerana Allah jua. Semoga kita mampu untuk tenggelam dan bernafas dalam dunia percintaanNya, lantas dijemput pulang sebagai kekasih-kekasihNya ke kampung halaman yang kekal abadi bagi menyambut salamNya buat kali pertama. Tidak lahir dari diri kita perasaan kasih dan benci melainkan keranaNya jua..."[/i]

[b]pepohon cinta kian merimbun
semakin dicantas makin bertunas
tidak mampu mendustai hatiku
rasa cinta fitrah manusia

siapalah aku menolak cinta
yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
hidup ini tidak akan sempurna
tanpa cinta Tuhan Yang Esa[/b]

:roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll:

[i]"Di antara sifat relistik Islam ialah tidak mempersalahkan manusia apabila seseorang didatangi kecenderungan hati tanpa disengajakan (kepada kaum berlawanan jenis) yang mana ia tidak dapat menolak dengan apa cara jua pun"[/i].
[b](Abdullah Nasih Ulwan dalam buku Islam dan Cinta)[/b]
_________________________ _________________________ __
urm....ada pening2 sket dua tiga hari ni... rasa mcm diuji dengan nikmat dunia... tapi tak sengaja, tak salah kan? Aku cuba mujahadah...Insya Allah!

"Ya Allah! sekadar inilah yang aku mampu dan aku miliki, Maka janganlah Kau menyalahkan aku terhadap apa yang Kau miliki, yang mana tidak aku miliki..."
[b](Doa Rasulullah SAW ketika hatinya lebih cenderung terhadap Aisyah)[/b]

0 Comments

Memang suratan...bukan kebetulan la!

03.28.04 (4:05 pm)   [edit]
Sesuatu yang tak disangka
Sering kali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran yang semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi, pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus...

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang utk menyatakan
Bimbang kan berulang kesilapan...

:?: If it's so wrong...then i just won’t let me right...

0 Comments

mungkin u hensem.. tp x semestinya cantik???

03.27.04 (5:03 pm)   [edit]
what a lovely day... alhamdulillah, rasa tenang sikit hari ni.semoga ketenangan ini menyusur di atas redhaNYA

Dedicated to insan yang bernama lelaki...
(kita sudah tentu tidak sempurna..tapi tak salah membina diri mencontohi KHAIRIL BASYAR)
:wink:

[i]Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal,
tetapi pada murni rohani...

Lelaki yang cantik...
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan berlapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan..
Adalah lelaki yang tak pernah berputus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad SAW yang ummiy..
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.[/i]

8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8)

emmm.. just for sharing...apa kata para kaum Adam baca majalah Anis April 2004... buat julung kali keluaran kali ni khas untuk para suami dan bakal2 suami...enjoy it, okay!
:)

2 Comments

JANJI TUHAN PASTI BERLAKU

03.26.04 (3:53 pm)   [edit]
Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dari Tuhan
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara

:cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry:

bergenang2 la jugak airmata time dgr lagu ni masa tgh drive tadi... dahle suara budak2 shoutul amal ni mendayu2...isk!isk!isk!

teringat hadith Rasulullah :
[i]"Akan wujud sistem kenabian hingga ke suatu ketika sekehendak Allah, kemudian berlalu, lantas timbul sistem khalifah terpimpin berdasarkan manhaj kenabian untuk suatu tempoh sekehendak Allah, kemudian ianya berakhir, lantas timbul kerajaan secara warisan sekehendak Allah jua untuk suatu tempoh, kemudian berakhir, kemudian muncul sistem pemerintahan diktator untuk suatu tempoh sekehendak Allah jua, kemudian berakhir, kemudian tiba pemerintahan khilafah terpimpin mengikut program kenabian memenuhi pelusuk bumi"[/i]

So..apa yang boleh kita simpulkan...sequence sistem pemerintahan di dunia adalah spt berikut :
1.sistem kenabian
2.sistem khilafah
3.sistem kerajaan secara warisan
4.sistem pemerintahan diktator
5.sistem khilafah

cuba fikir jap... apa yang aku baca dalam buku RISALAH USRAH (Abu Urwah) dan SEJARAH ISLAM STPM (Terbitan Fajar Bakti), sistem kenabian ni berakhir sebaik sahaja Rasulullah SAW wafat. Kemudan digantikan dengan sistem Khilafah...sistem khilafah pada zaman Khalifa Ar-Rasyidin dan berakhir sebaik sahaja Saidina Ali KW dibunuh. Kemudian sistem pemerintahan secara warisan (AL-MULK= beraja) bermula bila Muawwiyah melantik ahli keluarganya utk mewarisi takhta beliau. Sistem tu berterusan pada zaman Kerajaan Abasiyyah dan Uthmaniyah... sistem pemerintahan diktator bermula bila Kamal At tartuk menggantikan Kerajaan Turki Uthmaniyah dengan kerajaan sekularnya...

Sekarang? kita masih di zaman pemerintahan diktator kerana ciri-ciri khilafah yang sebenar tidak wujud lagi...contohnya, perlantikan ameer (ketua) adalah berdasarkan Syura, satu kerajaan mewakili satu alam (DAULAH) dan yang paling pasti, perlembagaan tertinggi adalah Al-Quran dan Sunnah.

Kalau refer dalam kamus, DIKTATOR means... pemerintahan yang dilaksanakan dengan kekuasaan atau kuasa yang tidak terbatas.

Apa tanggungjawab kita? Dalam konteks ni, kita kena MENGEMBALIKAN DAULAH ISLAM...bagaimana dan apa yang patut kita buat...rasanya kita kena think about it, okay?

okay... that's all yg bermain2 dlm kepala aku sekarang ni.. :wink: whatever it is, [b]Janji Tuhan Pasti Berlaku...[/b]

[i][b]"Ya Allah! andainya kami tidak sempat berada di zaman Islam mentadbir alam... jadikanlah kami jundii yang sentiasa mendukung dan menyokong Islam, bukan penentang dan perosak agamaMU Ya Allah..."[/b][/i]

0 Comments

TAJUL MULUK....

03.25.04 (2:50 pm)   [edit]
Hi...saje suka2 post this article
(FOWARD FROM MOAG DHIAULHAQ)
Baca dan fikirkan dimanakah anda. Saya rasa apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh

c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

1 Comments

SEMARAKKAN PERJUANGAN...

03.23.04 (5:57 pm)   [edit]
assalamualaikum...
dah dua hari tak update blog... tak sempat la. anyway there's something yg i nak jot down here... but maybe next time. it's all about peristiwa2 yg berlaku dua tiga hari kebelakangan ni...

semalam diberitakan kematian SYEIKH AHMED YASEEN, pengasas HAMAS di pelestin.... Ya Allah! akhirnya dia syahid dalam perjuangan menegakkan Islam.... bilakah kita akan menuruti langkahnya? Asy Syahid ni salah sorang mujaddid alaf baru yang jadi idola aku... nak cerita pasal dia ni, memang panjang...so, better you all search sendiri kalau nak tau... tapi cukupla aku katakan.. di digeruni yahudi walaupun berada di atas kerusi roda dalam keadaan pendengaran dan penglihatan yg terganggu... Wajahnya masih mengukir senyuman ketenangan walaupun ruhnya dah berpisah dari jasad... :)

emm... macam2 khabar angin yang bertiup kencang sekarang.... yang mengawal kita, samada terima atau tolak semua tu... hanya iman!

0 Comments

FIRAUN

03.20.04 (3:25 pm)   [edit]
[b]HAPPY BIRTHDAY TO YOU...[/b]

Today is my beloved and only younger sis b'day... dah 19 tahun dah umur dia... saya doakan awak mendapat kebahagiaan dunia akhirat.. and untuk future undertaking ni... moga Allah mudahkan jalan. Actually dia dah dpt offer MMU Melaka last week.. but, i'm not encourage her to be there... rasanya, kalu ikut result SPM hari tu... commerce subjects tak berapa tough resultnya, as oppose to subject islamic studies... Nway, it's up to her... dia sendiri pun sebenarnya prefer tunggu result UPU...

What to share? Tadi dapat SMS dari Bilah... nampaknya, situasi dia sama macam aku... berada dalam keadaan tertekan. Kena perang saraf ngan persekitaran... ikutkan hati, memang taknak duk dalam waqe' melawan arus mcm skang. yelah... tak mampu nak pertahankan pendirian dan pendapat kerana tersepit dengan keadaan. duk dalam keadaan kurang makumat yang tepat... mudah je nak terima maklumat2 yang dihidang di depan mata. :cry:

tapi semua ni yang mematangkan dan menguatkan.... sejauh mana kita mampu jadi ikan di lautan... tak masin pun walau duk bernafas dalam air yang masin. kenang kembali perjuangan salafiyah yang mempertahankan iman mereka di dalam arus jahiliyyah yang kuat... menegakkan kalimah Allah dalam suasana yang sangat menekan...

siapalah kita nak di bandingkan dengan Mashitah, penyisir rambut Asiah... dia berjaya mempertahankan iman di dalam istana milik musuh yang dilaknat Allah... yang sangat kuat menentang agama tauhid...dan dialah Firaun, sebesar2 taghut di zaman itu...

:cry: kita ni hanya di uji sedikit...dah rasa nak lari dari keadaan... emmm... jangan berangan2 berada dalam barisan perjuangan la kalau macam tu... berada di soff terakhir pun tak layak...

ingat iza... selalu muhasabah diri...siapalah kau di mata DIA kalau asyik merungut dan megaku kalah...

" YA ALLAH! BANTULAH PARA JUNDII MU"

0 Comments

MATA HATI

03.19.04 (7:39 pm)   [edit]
:wink:
today bangun awal dari biasa... hehhehh...
pi kat wisma negri nuh... amik pasport. punya lar amai umat kat situ... ingatkan aku paling awal. dah lar hari jumaat... kelang kelibut la depa yg keje kat situ.

then pi kat ayer keroh, buat injection... pesal ntah, rasa cam tak best sangat.... kenapa la agaknya rasa tergugat iman sket tengok makhluk2 ciptaan Allah kat hospital ni... kat imegresen pun sama tadi...isk!isk! sabau...sabau... sabar tu sebahagian dr iman...

ha... teringat plak something... macamana bila korang pi suatu tempat, then bila korang masuk tempat tu... sesorang terus pandang direct pada korang.... and asyik memandang dari kejauhan... dan terus memerhatikan u all hinggalah korang kuar semula dari tempat tu...

aku penah tanya kawan2 lain, tentang pendapat diorg berada dlm situasi tu... depa kata...of course la rasa tak tentu arah.. sambil brfikir2... apa yang tak kena kat aku? baju koyak ke? muka comot ke? hensem sangat ke aku ni... dan lain2.. and timbul jugak rasa perasan yang tak berbelah bagi....

:lol:
haaa...sebenarnya bukan apa yang aku nak share... penah ke kita fikir, kita ni sentiasa diperhatikan oleh PENCIPTA kita... so, kenapa kita tak rasa sentiasa diperhatikan... and tak rasa kita mendapat perhatian, kita disayangi...dan kita juga diawasi...

fikir2kanlah... masih tergamak ke kita nak mengikut rentak nafsu yang cintakan maksiat dan dosa... sedangkan kita sentiasa di'lihat' dari 'atas'....

0 Comments

berfikir sebelum bertindak...

03.17.04 (5:34 pm)   [edit]
hari ni lambat sket bukak kedai... lebih kurang kul 2 ptg. terpaksa la... sebab duk pi renew emigresen.. hari ni dah ok line depaa....

apesal ntah, hari ni tak brape nak okay... tengok environment yang kurang sihat.... :( bila fikir sorang2, memang jadi tak tenteram... jiwa kacau! sebab tu tula kita tak dibenarkan berfikir tanpa berpandukan akal dan iman... boleh hanyut beb!!

sume orang kat umah tengah sibuk berkempen... and sebagai first timer nak ngundi.... aku jadi sasaran peraih2 undi. best jugak tengok depa ni duk promote kat aku... beria2 menegakkan apa yang mereka perjuangkan.. tapi tak tau la, depa ni faham ke tak matlamat mereka... takut buat atas dasar semangat...

bukanla aku kata aku ni bagus... tapi insya Allah...apa yang akan aku buat adalah di atas kefahaman yang aku ada dan dapat... benda macam ni bukan bleh memain kan?

[b][i]'apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan...'[/i][/b]

macam tula aku sekarang ni agaknya. kenapa mengharapkan sesuatu yang tiada. sedangkan apa yang ada di tangan tak bleh nak pertahankan...

apa khabar iman? apa khabar amalan? setelah apa yang dah dilalui selama ni... takkan nak masuk lubang ular buat kali keduanya...

sampai bila nak menyesal, bersedih dan kecewa dengan kesedihan yang lalu? mulakan hidup baru iza.... istiqamah dgn apa yg ada di tgn, then try tingkatkannya perlahan2.... iman bukan warisan bukan boleh dijualbeli..

ingat... bila kau berjalan menghampiriNYA, DIA berlari mendapatkanmu...

:wink: :wink: :wink: :wink: :wink: :wink: :wink:

0 Comments

SELASA, 16 MAC 2004

03.17.04 (4:55 pm)   [edit]
flashback part 2..........

:cry: bangun tido....takleh bukak mata... bengkak sangat....alamak!!! dah la hari ni nak p amik gambar utk wat visa... kantoi....

morning2 p emigresen...renew pasport.. punya la lama tunggu. tetiba system down plak... :twisted:

mad...mad...panas aku dibuatnya... iskiskisk.. nasib baik la bleh pk rasional lagi... kalau tak sabar, macamana la masa hisab kat mahsyar...lagi lama kena tunggu...

0 Comments

ISNIN, 15 MAC 2004

03.17.04 (4:46 pm)   [edit]
:lol: flashback....

bangun pagi2....prepare makanan utk p piknik. alhamdulillah...on the way pergi, cuaca cerah. sampai sagil dah pukul 10 lebih... one sweet day, org pun tak ramai...privacy sket... bleh la mandi lamer2

sejuk... teringat citer puteri gunung ledang... betul ke?emm... bila tengok kedudukan gunung ledang ni, tak logik pulak ada jambatan emas dibina hingga ke istana melaka nuh...

niat kat hati nak menghayati ciptaan ALLAH... tapi rosak sket mood aku disebabkan pencemaran alam sekitar kat sini... sakit mata makcik!!!! ada sekumpulan remaja yang baru cukup umur agaknya...5 lelaki and sorang perempuan. bermandi-manda tanpa batasan.... bab aurat, bersentuhan...semua main 'langgar' je...lemahnya iman aku.. mampu memerhati je. try jugak la pandang kat depa, dgn harapan timbul rasa malu kat org lain... tak jadi jugak...

on the way back... hujan selebat2nya... nasib baik bawak wind breaker... that night, aku tertidur masa tgh nangis poyo2... kenape?sedih...memikirkan diri sendiri?
ikhlaskah aku dlm melaksanakan apa yang dikatakan perjuangan.........?

0 Comments

MENCARI CINTA

03.14.04 (3:49 pm)   [edit]
Lamanya tak update my blog... i'm busy la this week. entahlah... semoga DIA bagi kekuatan utk terus istiqamah dgn apa yg aku buat ni. semoga perjalanan aku dimudahkan... dan DIA terus memandu aku ke jalan yang benar. so, aku cuma nak share kisah yang aku dpt dari sorang sis dari UPM...

Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".-(thanks to kak bariah)

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yg terpengaruh dgn cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini utk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal dibumi yg terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yg patut disembunyikan bagi seorang perempuan dr pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dlm lingkungan 20thn.

Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya...Wahai pemudi ...alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yg sesuai dgn ketimuran & adat serta agama Islam kamu..."Itu lebih baik drp kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..." nasihat org tua itu.

Namun, nasihat yg sangat bertetapan dng tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dgn jawapan sinis/mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yg menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka???

Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan org tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kpd org tua tadi sambil melafazkan kata kata yg lebih dahsyat. "Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam utkku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dgn begitu biadab.

Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dr sigadis manis. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dgn perilakunya yg buruk. Penumpang-penumpang yg lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yg di dalam bas tidak menghiraukan gadis yg masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerna khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas.Puas pemandu bas termasuk para penumpang yg lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

Tiba tiba org tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dlm keadaan yg tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dgn berita yg menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan.

Org ramai segera berkejar utk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.Sesuatu yg aneh menimpa jenazah yg terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan krna tangan mereka terasa panas & hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh simayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yg menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah.

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dgn kisah benar ini sebagai muslim sejati.Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah & mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dgn mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran islam tidak sesuai lagi dgn arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yg sangat biadab & menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingat2 lah teman, kita boleh melupakan kematian...tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita...hanya masanya saja yg akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Jangan lah menjadi orang yg bodoh...siapakah orang yg bodoh itu ? Mereka2 itulah orang2 yg ingin melawan Allah Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Allah bererti anda ingin melawan arahan Allah.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dgn undang2 sekolah...dalam pekerjaan anda tertakluk dgn udang yg di lakar oleh majikan anda....di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang2 itu hingga terlalu prihatin takut2 melanggar undang2 itu. Apabila anda berpijak di bumi ini...anda juga tertakluk dgn undang2 yg telah di gubal oleh yg menjadikan bumi ini...setiap Sultan ada taman larangannya...begitu juga Allah swt..taman laranganNya adalah perkara2 yg telah di haramkan bagi hamba2Nya di muka bumi ini....sekian.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk diatas jalan yg benar dan kekuatan agar sentiasa dpt menjaga lidah kita.Wassalam :D

0 Comments

PERASAAN INGIN BERTEMU....

03.11.04 (3:35 pm)   [edit]
kalau ikut kamus dewan, RINDU means rasa ingin bertemu atau berjumpa... :P

memang aku rindu kat blog ni... dah dua hari blog-off sebab ada problem nak access internet. lagipun.. busy la sejak dua menjak nih... banyak mende yang kena settle down minggu ni. :roll:

and... rasa rindu kat someone. :? but...tak sure sebenarnya sape... :lol: boleh ker macam tuh? maybe aku rindu kat kengkawan...bilah, akmal, sue, aishah, kyna.... errr... ye ke?

semalam r'da sampai dari KL. and memang best la dapat cakap heart to heart dgn dia, even kejap.. lepas la apa yang terbuku dlm hati ni...sejak 10 hari ni. pastu, aku htr dia pi umah umi... dapat la hilang rindu kat umi. then, dapat gak beberapa berita terkini...
:wink:

semalam gak ibu and bangchik pi KL, amik angah... sian, dah beberapa hari demam panas. Dahla duk sorang2 kat umah...sian! Husband dia plak masuk FAM, training. So, better dia balik umah... ada gak orang nak tengok2kan...

okay... get to go la blog dearie... ada keje ni ha...

[i][b]"Ilahi, aku menyembahMu padahal Engkau tidak memerlukan ibadahku. Aku meminta pertolongan kepadaMu kerana aku sentiasa memerlukan pertolonganMu. Ya Rabbi! Tunjukilah aku jalan yang lurus menujuMu. Kembalikan aku kepadaMu dengan pulangan yang elok. Peliharalah aku dan jauhkanku dari segala perkara-perkara yang Engkau murkai. Ilahi! Penuhilah jiwaku dengan taqwa dan sucikanlah ia kerana Engkaulah yang sebaik-baik yang layak mensucikannya. Engkaulah Pemimpin, Tuan dan Tuhannya..." (MUNAJAT MUSTAFA MASYHUR)[/b][/i]

0 Comments

Bizi hari ni..

03.08.04 (1:16 pm)   [edit]
[i]Thanks to Bro wan zaidi wan sudin for this tazkirah... :[/i]

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
[b]
1. Zalituun[/b]

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

[b]2. Wathiin[/b]

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

[b]3. A'awan[/b]

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

[b] 4. Haffaf[/b]

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

[b]5. Murrah[/b]

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

[b]6. Masuud[/b]

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

[b]7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)[/b]
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

[b]8. Walahaan[/b]

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

[b] 9. Lakhuus[/b]

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah
api/matahari.


:evil: :twisted: :evil: :twisted: :evil: :twisted:

0 Comments

sambal bacang

03.07.04 (5:16 pm)   [edit]
Kronik….memang kronik. Aku try gak concentrate masa ‘bersilat’ kat dapur tadi. Tapi sedar tak sedar, aku masih berada di dua alam berbeza…rasa macam spesies amfibia plak. Effect jugak la sikit2 kat performance hari ni…. Nasib baik ada sambal bacang…Uhmmmphhhh !
:roll:

Aku bukan duk bersedih lagi… in fact, hari ni hari paling ceria bagi aku dalam minggu ni :lol: ..(dah seminggu rupanya). Sebenarnya aku duk tengah fikir2 tentang suggestion family. Bukan aku tanak sambung master nih… tapi, aku dah decide nak buat plan B aku. Memang hari tu ada peluang nak buat master ngan Dr Suzuri and Prof Faezah, tapi aku yang refuse. First….aku fikir family. Second, pasal persediaan aku sendiri and third pasal tajuk tuh.. Susahnya nak explain kat family. Dah try…tapi diorang still rasa aku patut further study dari menganggur. Eh? Aku nganggur ke skang? Tak rasa pun… duk tolong bisnes ibu ni, kira keje la kan? Tambahan pulak… undian SMS dari family aku mendapati…aku ni sangat sesuai la kalau jadi pendidik dan spesies2 yang sewaktu dengannya…

:?:

Macam tak percaya je… setau aku, aku ni sensitive, panas, suka nangis, kuat merajuk and pedendam… macam mana nak jd pendidik plak? Dah tu… orang slalu kata suara aku pelan sangat, even aku dah rasa macam menjerit. Entahla… maybe sebab diorang tengok aku ni sabar bila ajar bebudak ngaji kot.. tak pun sebab aku ni suka dengar luahan hati orang.. ke sebab aku suka budak2? Mmmmm…. Tak kisah la tu. What ever it is… aku still dengan perancangan aku. Cuma kene cari jalan, camne nak kasi depa tu faham…

Semalam, dlm kul 5.30pm aku terchatting ngan ‘GOOD BOY’…har har har! Boy apenye… patut jadi bapak boy dah! Sebenarnya aku nak bg kata2 kat bawah ni especially kat dia … and juga semua insan yang pernah ‘menyentuh’ hidup aku umumnya…

[b][i]Sometimes people who come into your life make changes in you,
Because you always take a little part of them with you into the future.
We are all made up of little bits and pieces of those whose lives touch ours.
I won’t ever forget you or what you meant to my life.
Many people are brought together for a reason.
I believe we met so that we could grow to become a little more of the people we were meant to be.
Thank you for helping me become who I am, for giving yourself, and letting me give something back to you.
I wish you all of the best in life and [u]thank you so very much for touching my life[/u].[/i][/b]

[b]THANK TO ALLAH FOR GIVING ME A WONDERFUL FRIEND…[/b]

2 Comments

hujan la pulak...

03.06.04 (2:21 pm)   [edit]
PENING.... macam mana ek nak explain?
kenapa ntah hari ni rasa macam tak berapa ceria.
dua tiga hari ni hujan lebat kat tempat aku nih...setelah sekian lama tak hujan.

bila tengok hujan terfikir... ada ke dosa kita ni macam hujan? mula-mula sikit...and akhirnya lebat. dan adakah dosa kita tu akan berlalu begitu sahaja, macam hujan yang akhirnya jatuh dan diserap bumi?

and teringat pulak satu kisah dalam Al-Quran... hidayah Allah ni macam hujan. Hati manusia macam tanah yang pelbagai jenis, ada yang boleh tampung hujan...ada yang tak nak serap langsung.

Alhamdulillah, Allah masih sayang pada hambaNYA yang leka dan lalai macam aku... di saat-saat aku rasa macam down ni... DIA campakkan sedikit sebanyak rasa insaf bila tengok hujan... betullah, [i]"dengan mengingati ALLAH, jiwa akan tenang ".[/i]
:D

Overall... aku buat-buat lupa dengan masalah atau ujian yang menimpa. Mungkin dengan cara tu dan dengan berlalunya masa, IZZAH seorang jundiyyah dlm diri aku akan kembali ? :?:

I REFUSE TO GIVE UP!!!

1 Comments

Buah bidara yang hanyut...

03.05.04 (1:19 pm)   [edit]
TAK TAU NAK KATA APA... hari ni tak berapa okay.. bukan pasal kejutan 10 Muharam tu...

Headache tak hilang-hilang lagi... ingatkan migrain dah takde bila dah lepas blajar ni. Pain killer pun dah lama tak amik..

slowly aku lupakan kes hari tu... sesekali datang jugak bisikan jahat... membuatkan aku sedih balik.

Macamana nak buat ni? confuse dan tak jupe jalan kuar...

AKU BUKAN BOLEH NAK PUASKAN HATI ORANG
AKU BUKAN PERJUANGKAN IDEOLOGI
AKU BUKAN CARI REDHA MANUSIA
AKU BUKAN NAK MENCABAR
AKU BUKAN NAK BUKTIKAN SESUATU
AKU BUKAN MAMPU BERJALAN SEORANG

......... :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: ..........
macamana nak bagi mereka faham?
apalagi yang aku mesti buat
aku dah korbankan beberapa prinsip aku
tapi aku tetap dengan apa yang aku pegang
tetap
tetap
tetap
tak nak berganjak
.......... :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: ......

[i][b]"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati... tetapkan hatiku di atas jalanMU. Berikan ku jalan keluar..."[/b][/i]

1 Comments

Berat mata, berat bahu, berat badan...

03.04.04 (12:45 pm)   [edit]
Alhamdulillah… aku rasa lebih stabil hari ni. Headache sikit je… itupun aku dah amik drug sikit utk legakan kepala… heheheheh..paracetamol je. Rasanya, kalau beberapa hari lagi aku still macam 2, 3 hari ni… hilanglah 2kg berat aku yang baru naik bulan lepas. Bagus gak, at least boleh dapat berat model (tinggi dah sure tak bleh dapatnye!) :lol:

Sejak kewujudan blog ni sebenarnya aku lebih happy. Dah memang habit aku suka ber’journal’. Ada gak tempat aku nak mengapplykan anugerah Allah pada aku. Paling best, dapat melahirkan apa yang aku fikir dan rasa (tapi mana-mana yg rahsia tetap rahsia la).. tapi, aku risau jugak kalau ada yang salah tafsir. Mana tau, ada yang anggap aku buat sume ni utk menunjuk2, meraih simpati, menarik perhatian atau sebagainya… Tak terniat lagi la pulak macam tu. Semoga Allah jauhkan aku dari niat-niat yang bukan keranaNYA…

Nampaknya apa yang berlaku menyebabkan aku berfikir sesuatu. Aku dah decide utk mengenepikan semua kepentingan dan masalah peribadi aku buat sementara waktu. Biarlah aku buat sesuatu utk kepentingan family, Islam dan yang sewaktu dengannya. Rasanya tak salah kalau aku tunda plan nak sambung master, tangguh rancangan ber ‘migrate’ ke negeri lain dan tak nak bagi komitmen lagi pada ‘urusan yang satu’ tuh! Kalau aku ada Along lagi, maybe aku tak rasa camnih. And maybe kalau Angah tu lelaki or belum kahwin lagi … aku tak decide camni. :(

:? Fikirkan ayah yang dah menghampiri usia pencen, ibu yang semakin terganggu kesihatan serta tiga orang adik aku yang baru nak mulakan ‘life’… nak tak nak aku kena berani memikul tanggungjawab sebagai ‘anak sulung’. Yela… tanggungjawab anak lelaki kepada keluarga (especially parents ) adalah untuk seumur hidup. Beza dengan anak perempuan, selepas berkahwin, tanggungjawab pada parents jatuh nombor 2 … So, aku….??? :?

Biarlah apa orang fikir dan kata kat aku… Insya Allah aku akan lakukan yang terbaik mengikut kemampuan. Ingat pesan my dear sepupu, Abg Zahid : “ Once u make a decision, don’t look back and regret…” :wink:

Semoga Allah tunjukkan jalan dan berikan aku kekuatan utk memikul semua ni… Siapalah aku tanpa DIA. :?:

[b][i]Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani[/b]
[b](By Skar-Blues, Mac 2004)[/b]


Anugerahkanlah sedikit rasa cintaku padaMU Tuhan!
Agar aku tidak mencintai selainMU
Supaya apa yang ada kukorbankan untukMU
Atau berilah sedikit rasa takut padaMU Tuhan!
Agar aku dapat mengawal diriku
Patuh pada suruhanMU
Menjauhi laranganMU

Hidupkanlah jiwa ini dengan mengingatiMU Tuhan!
Bangunkanlah jiwa aku dengan takut kepadaMU
Agar rasa kehambaanku subur di dalam jiwaku
Rasa cinta dan takut memenuhi jiwaku
Inilah yang akan menyelamatkanku
Kalau tidak kerana ini sudah tentu aku lalai kepadaMU selalu
Aku lupa suruhanMU dan laranganMU
Setiap waktu nafsulah yang mempengaruhiku
Syaitanlah yang akan menipu dayaku

Tuhan, robek-robeklah hati ini dengan takutkanMU
Pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatanMU
Hancur luluhkanlah hati ini dengan Jabbar dan QahharMU
Hiris-hirislah hatiku dengan Rahim dan RahmanMU
Kecut dan reput-reputkanlah hatiku dengan Qudrat dan IradahMU

Agar jangan manusia dan kuasa merobek-robek hatiku
Supaya kebesaran manusia tidak pecah-pecahkan hatiku
Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia menghiris-hiris hatiku
Aku berlindung denganMU daripada makhluk yang merosakkan hatiku
Tuhan…selamatkanlah hatiku dari dirosakkan oleh pujian
Peliharalah hatiku daripada nikmat dunia dan keindahannya

Tuhan, apalah ertinya aku cintakan syurgaMU
Padahal hatiku tidak mencintaiMU
Apalah ertinya aku takutkan nerakaMU
Sedangkan hatiku tidak takut denganMU
Tuhan… HidayahMU kupinta
TaufiqMU yang ku mahu
Selamatkanlah aku Tuhan…
Peliharalah aku
Pimpinlah aku ke jalan keselamatan
Engkau adalah Tuhanku…Pelindungku !
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.[/i]

0 Comments

Sahabat sejati...

03.03.04 (2:04 pm)   [edit]
hari ni better dari semalam... support dari best friend (merangkap penyimpan mohor aku), si R'da and B'la... even sorang kat KL, and sorang kat Penang... both of them nangis sama2 aku semalam... terharu aku!

:lol: i can smile today... senang je nak kasi senyum. sebelum tidur, baca [i][b]" Ya ALLAH! Cukuplah Engkau bagiku"[/b][/i] baca banyak2 dan hayati...sampai tertidur :P lupa sat apa yang berlaku...

tapi nampaknya keadaan semakin menguji aku. hari ni, dapat dua lagi 'accident'. Accident semalam tak menyebabkan aku injured sangat, tapi meninggalkan trauma and amik masa utk recovered.

Accident hari ni plak, injured sikit tapi bagi effect pada perjalanan selepas ni...:?: Whatever, aku try bertenang and cuba selesaikan satu2. Sume ni akan menentukan survival dalam haraki dan menguji apa yang aku pegang selama ni...

And... Thanks la jugak kat kengkawan dlm blog ni. even tak kenal, we are friends..

So...hayati <[b]REMEMBER ME THIS WAY [/b]> by Jordon Hill:

[i]Every now and then
We find a special friend
Who never let us down

Who understand it all
Reaches out each time you fall
You're the best friend that i've found

I know you can't stay
A part of you will never ever go away
Your heart will stay

I'll make a wish for you
And hope it will come true
That life would just be kind
To such a gentle mind
If you lose your way
Think back home yesterday
[b]Remember Me This Way[/b]

If i don't need eyes to see
The love you bring to me
No matter where i go
And i know that you'll be there
Forever more a part of me
You're everywhere
I'll always care

And i'll be right behind your shoulder
Watching you
i'll be standing by your side
and all you do
And i won't ever leave
as long as you believe
you just believe..[/i]


:( untill we meet again...

1 Comments

pelangi lepas hujan ?

03.02.04 (11:18 am)   [edit]
It’s happened again… for the third time. Honestly, memang aku tipu diri sendiri la kalau aku kata I’m not regret at all. But it’s still fine with me.. it will take me sometimes before I accept all this.:(

Pagi-pagi lagi dapat berita dari R’da… I’m not totally shocked…but still crying. :cry: Ala… dah nama perempuan, of course la easily touched. Entah kenape, aku dah rasa benda ni nak jadi. Macam mana ntah… aku boleh tau berita ni lewat. Misscommunication lagi! Dah namanya ciptaan manusia, of course banyak kelemahan..

Ikut plan dalam kepala… aku nak halt jap.. tak nak fikir lagi pasal ni. Takut tak mampu nak hadapi…fobia kak! Anyway…life must goes on. Nampaknya aku kena hibernate la buat beberapa ketika. I really need sometimes, before fully recover. Hehehe… mujurlah aku ada blog. Boleh gak nak share, even makhluk bernama blog ni tak paham…

For that, I get to go now…. :wink:

2 Comments