musim salji...

03.01.04 (3:01 pm)   [edit]
Malam tadi balik keje dekat kul 10. Letih jugak la… sebenarnya bukan penat sebab kerja. Tapi rasa tak sedap badan, maybe sebab cuaca malam tadi sejuk sangat (bagi aku). Nampaknya aku diserang balik ‘allergy’ tuh…ingatkan dah okay, so aku pun stop la makan ubat. But then, after a month… mula la dapat effect, setiap kali takde matahari. Isk!isk! camne nak duk kat negara 4 musim kalau lagu ni…time-time cam ni, teringat best friend masa belajar dulu… dia banyak tolong aku (thanks Nabilah!!!). :wink:

Okayla… sebenarnya kan, kenapa agaknya seorang wanita tu perlu bekerja? Especially bagi yang dah berumahtangga la… apa matlamatnya? Samada nak bantu suami cari rezeki, atau untuk kepuasan sendiri, atau untuk kehidupan yang lebih baik….untuk anak-anak atau…saja nak apply apa yang dah belajar? :?:

Katakanla husband mampu sara sekeluarga, maybe lebih dari mampu… and sebagai isteri yang duk umah, husband mampu bagi elaun bulanan yang mencecah RM 2000…perlu ke kerja? Kalau boleh aku nak respon dari makhluk-makhluk yang terbukak weblog aku nih… sebab benda ni jadi perbincangan and tanda tanya di kalangan member-member aku.

Ibu kata, kena kerja gak… sebab first, nak bantu husband. Second, memang suasana zaman sekarang perlu… wanita kena ada kerjaya and duit sendiri, tak bley bergantung pada hubby semata-mata.. at least, kalau apa-apa yang berlaku di kemudian hari, we can survive…Third, ibu aku kata…buat apa belajar tinggi-tinggi kalau tak nak apply? Ilmu kena amalkan…(tapi kalau housewife ada degree pun, apa salahnya?)

Tapi…my friend kata, no need la kerja.. kalau husband dah mampu. Duk rumah, jaga anak-anak. Second, dia kata…dunia kerjaya ni luas, penuh cabaran dan fitnah. Tak sesuai untuk wanita… Third, kalau kita tak sampai tahap perlu dan darurat, wanita tak diharuskan bekerja.

Aku…? no komen la. Ada pro and kontranya… maybe aku tak masuk betul-betul lagi ke alam bekerja atau bekeluarga, so… tak merasai lagi macam mana. But, dulu, masa zaman muda-muda nak sangat ibu berenti keje bila tengok mak orang lain yang tak kerja. Ibu susah payah kerja , balik menjelang malam dan kami adik-beradik terpaksa di jaga oleh servant. Bila meningkat sikit umur, ibu dah berenti kerja pun… aku rasa nak pulak tengok ibu bekerja macam dulu, supaya dia tak boring duk umah, sedangkan anak-anak dah duk jauh-jauh. Emmm….Manusia memang susah nak puas hati dengan apa yang ada kan? :(

Ok… see you later!

[i][b]“ Sesungguhnya Allah mencintai hambaNya yang bekerja; dan sesiapa yang bersusah payah untuk keluarganya, maka ia seperti orang yang berjuang di jalan Allah ‘Azza wa Jalla” (HADITH RIWAYAT AHMAD)[/b][/i]

1 Comments

konfius...konfius...

02.29.04 (4:21 pm)   [edit]
malam tadi sampai umah around jam 1 pagi.. sian kat ibu, risau sangat kitorang lewat balik. yelah, hero kecik yang belum cukup umur (my youngest brother, Ahmad Fuad) kena teman and jaga dua orang kakaknya pi konsert. 8)

So far...okayla MALAM SESUCI KASIH tu.. cuma sound system je, jap ok...jap tak. Thanks a lot kat wanie.

industri nasyid la ni...diserang fenomena "kasih". asyik kuar lagu cinta and kasih jer... aku tak kata salah, tapi... bila lebih banyak sebut tentang cinta pada manusia (yang berlawanan jenis) dari cinta pada ALLAH.... aku rasa macam tak brape nak best. ok memang okay...tapi, kalau orang yang dengar tu salah tafsir and tak dapat maksud sebenar lagu tu... kan tak best tuh? :( you all comment la sket... Anyway, semoga ALLAH bantu orang-orang yang betul-betul ikhlas nak berdakwah melalui muzik ni.

Sejak dua tiga menjak ni...aku tengah konfius. :?: konfius...konfius... macam mana nak tau samada tindakan kita ni betul atau tak? lebih-lebih lagi kalau tindakan kita tu bakal memberi kesan jangka panjang, dunia akhirat...

takpe...kalau dah istikharah, kena yakin la!

something yang aku nak share hari ni... macamana nak tau samada petunjuk atau gerak hati tu datang dari Allah (melalui ilham, mungkin) ataupun, ia datang dari bisikan syaitan...

kalau bisikan syaitan tu, dia datang sekejap, lepas tu hilang...and kemudian datang lagi, and hilang.. maksudnya, ia datang macam angin lalu. and of course, bisikan syaitan ni selalunya yang jahat-jahat... :twisted:
kadang-kadang datang gak bisikan syaitan yang kita rasa baik, tapi ada maksud jahat. and biasanya, bisikan syaitan sampai di waktu kita tengah tak tenang...marah, sakit hati dan mungkin kita akan rasa berdebar-debar.

ilham dari Allah ni, biasanya lebih konsisten. kita sendiri akan rasa yakin dan tenang dengan petunjuk tu. :) and of course...bisikan ni datang tak seperti angin lalu. maybe datang berulang kali, tapi bukan sekejap-sekejap.

pengisian ni aku dapat dari sorang ustazah masa kat 'u' dulu. harap-harap boleh dimanafaatkan...Wallahu'aalam

[i][b]"Ya Allah! Hanya padaMu kami meminta pertolongan..."[/b][/i]

1 Comments

RUMPUT JER...

02.28.04 (4:57 pm)   [edit]
HI, MY DEAR BELOVED BLOG...hari ni tak bape larat ar! malam tadi tido kul 4 pagi, ada urusan dunia akhirat :wink: ... nasib baik still mampu bangun pagi.

hari ni nak citer pasal nyawa... tahun lepas, aku pi camping haraki kat Sekayu, Terengganu. best tul tempat tu..malam tu, in charge jaga check point untuk night treking..

tgh duk dalam gelap menunggu peserta sampai ke check poin aku... tangan aku pun berjalan-jalan dalam gelap...terpegang daun-daun pokok (memang byk pokok...duk tgh hutan). tanpa sebab, aku pun main petik-petik daun pokok tu...satu persatu daun tu gugur ke bumi... dah boring, aku duduk plak. and again, tangan aku main-main rumput kat tempat aku duduk. and again, aku cabut rumput-rumput tu satu persatu...

tengah leka-leka tu...tiba-tiba partner yg jaga check point aku tiba-toba menggertak, marah..."IZA!!!! nape cabut daun2 n rumput tu...!"

suprise tul... pelik tul budak ni... tu pun take serius. marah macam aku kacau dia plak. aku tanya dia, nape marah sangat... dia pun citer...

"kan rumput tu makhluk bernyawa jugak... kita ni pun makhluk gak... sesama makhluk takde hak mengambil nyawa makhluk yang lain.. tau tak? sebenarnya kalau bukan kerana sebab-sebab yang dibolehkan, kita tak bleh cabut rumput tu. kalau nak guna rumput sebagai makanan, ubatan, atau untuk jaga kebersihan...takpe. bahkan, rumput tu akan masuk syurga." Kawan aku explain lagi... bila kita cabut rumput tu, kita dah menghentikan zikrullah si rumput...bukankah makhluk-makhluk Allah tu sentiasa berzikir?berbanding dengan kita, dah la susah nak berzikir, buat kerosakan pulak tu di bumi ni. macam tu jugak dengan makhluk lain...macam semut, ikan dan lain-lain... kalau kita bunuh katak contohnya untuk tujuan eksperimen, di akhirat nanti katak tu akan jadi pepasir di dalam syurga...(kita sendiri belum pasti masuk syurga). jangan senang-senang ambil nyawa makhluk lain, tanpa sebab... Nyawa hanya hak ALLLAH.

terkedu makcik! rasa besalah, malu dan takut... memang nampak remeh dan mudah, tapi kalau kita fikir mendalam... banyak yang boleh di relatekan dari kata-kata kawan aku tu...

Thanks ALLAH, kerana mengurniakan sahabat yang hatinya hampir padaMU, dan mengingatkan pula orang di sekelillingnya.

rasanya citer aku tuh boleh buat bedtime story kat anak-anak, kan? citer simple, senang faham...bebudak ni, hati bersih lagi...

okay..see u later.

[i][b]"Ya Allah! janganlah KAU hilangkan rasa takut dalam hatiku padaMU....!"[/b][/i] :cry:

1 Comments

KISAH RUH...mesti baca

02.27.04 (2:39 pm)   [edit]
errrrr..... assalamualaikum. hi my dear beloved blog! hari ni tak ley lelame jengok blog ni. ada comitment lain la lepas nih.

perasan tak... my favorite topic dlm blog ni : mati, heart n...something yg related dgnnya. u know why?

for the first time ever dlm hidup, aku didedahkan dengan CINTA ALLAH masa kat matrik. sblm tu biasa la dgr term tu, tapi tak berapa faham and tak pat menghayati... then, when umi citer kisah ruh-ruh manusia sebelum dilahirkan, baru aku tau yang sebenarnya kita sumenya sama, semuanya hanya ada satu cinta dalam hati.

di alam ruh, semua ruh sama sahaja, tiada beza... tidak ditentukan lagi lelaki atau wanita, kaya atau miskin, cantik atau cacat. masa tu, kita sume (ruh-ruh) diletakkan di dalam bekas-bekas... dan tak buat benda lain selain sujud, beribadat dan munajat pada ALLAH. dalam hati kita hanya tau mencintai ALLAH, dengan cinta yang sangat dalam dan hebat.

adatlakan...kalau dah cinta tu, kita nak buktikan dekat org yang kita syg, bahawa kita sangat mencintainya... time tu, gunung sanggup didaki, lautan api sanggup direnangi...macam tula kita masa tu. merayu-rayu utk dikeluarkan dari bekas-bekas tu supaya dapat berbuat sesuatu yang membuktikan kita sangat mencintaiNYA.

so, di atas kehendak kita juga, dicampakkan ruh-ruh kita ke dalam rahim ibu kita di dunia. diberiNYA peluang untuk kita membuktikan cinta yang kita ikrarkan. dan... nasib kita berbeza bila ada yang dicampakkan ke dalam rahim seorang yang beriman atau tidak, dilahirkan kita sebagai lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, hitam atau putih... semua tu la ujian kecintaan kita. cuma satu yg pasti...asal kita dari ruh yang sama sahaja bentuknya.

what i'm trying to say is : kembara kita di dunia adalah untuk membuktikan cinta kita dulu... utk cari keredhaan ALLAH. so, apa sahaja yg kita buat, jgn lari dari matlamat asal tu..

sedihnya bila kenang-kenang kan kisah ni... kenapa sekarang kita berubah hati padaNYA?

2 Comments

jatuh ....

02.26.04 (1:55 pm)   [edit]
hai everybody... today i dono la wat to write down here. baru balik dari bank, then post office...and know baru sempat jenguk blog. tadi takde air... nape ntah1 mentang2la ruma akuatas bukit... so, kalu time kemarau sket, rumah aku la yg pertama takde air.tapi takpe...takpe... nasib baik la bertindak bijak mlm tadi, Allah ilhamkan aku utk tadah air dlm tong besar....selamat.

td, lepas bersilat ngan ibu kat dapur... duk la muzakarah ngan dia... dia cakap pasal syirik...

kata ibu, dalam sehari ni, sedar tak sedar kita boleh syirik melalui perbuatan dan kata-kata kita :?:
dia bagi contoh... satu kemalangan hampir terjadi, kitalah yang jadi penyelamat dalam insiden tu... maka kemudiannya, kita pun kata " kalau aku tak selamatkan budak tu tadi... mesti dia dah habis kena langgar kete".
tula kata-kata yg boleh membawa kepada keguguran iman... patutnya kita kena kata, Allah yang punya keje sume tu. just a simple story here...

so, ibu pesan pada aku.. selalulah perbaharui syahadah. at least, setiap kali sblm wudhu' tu... ucapkanlah kalimah syahadah dan istighfar... sekurang-kurangnya kita solat nanti dalam islam.

Thanks mum! u're always there whenever i falls down...


1 Comments

Bukan Cinta Biasa...

02.25.04 (2:17 pm)   [edit]
Assalamualaikum kengkawan...

hari ni tak sihat sangat lar...UHUK!UHUK!UHUK! (batuk ni). nak tulis dalam blog pun tak larat... so, i just drop down article from my friend ni (thanks akmal). Ok jugak kalau baca, panjang sikit jer... amik la pengajaran yang boleh...esspecially wanita/ gadis yang single macam wonders, kay and others (ye ke?) :D

[b]TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU….[/b]

[i]Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang ku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu: “Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami”, jadi, kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menhalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat terbaik bagi seorang wanita. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang asyik merenungku atau cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a “ Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandng dan tidak dipandang”.

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki, sedangkan aku hanya boleh jadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki, bahkan berasa hina diperlakukan begitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Begaimana akanku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi ? Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi wanita baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulin, bukan yang telah dibahagi-bahagikan. Diriku lemah ini sememangnya diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ, dia sentiasa menghubungiku dan mengangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini dirampas dariku. Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa, agar Dia lindungi aku dari sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Dimana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu, lelaki yang melamarku bukanlah dirimu. Malah ku yakin pada gerak hatiku, yang mengatakan lelaki itu bukan kau. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, yang akan memimpinku ke arah tuju yang satu, tidak perlu kau miliki wajah seindah Nabi Yusof a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkanku terpikat.

Andai kaulah jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu padaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfa’kan seluruhnya mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akanku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kuimpikan. Cukuplah engkau mencintai Allah dengan seluruh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita semula di syurga. Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu akan mebuat kau dan aku lupa tanggunggjawab. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku...[/i]

1 Comments

Kehilangan?

02.24.04 (2:56 pm)   [edit]
Ingat tak, lelaki tua yang aku pi ziarah kat DMC beberapa hari lepas? Yang doktor anggarkan hayatnya 1-4 bulan tu? Semalam...dia telah kembali ke rahmatullah (Al Fatihah). Masa pi ziarah jenazah malam tadi, hati aku tersenyum bila terlihat peluh merenik di dahi jenazah... salah satu tanda husnul khatimah, selain dari senyuman..

[b][i]"Sesungguhnya apabila dikehendakiNYA terjadi sesuatu, maka berkatalah Allah : 'Jadilah', maka terjadilah ia" [/i][/b]
[b](FIRMAN ALLAH)[/b]

Melihat kematian di depan mata, mengingatkan aku pada arwah abang (Along) yang meninggal dunia hampir 5 tahun lepas, ketika usianya 21 tahun. Betullah kata orang, kita takkan rasa betapa berharganya sesuatu tu sehingga kita kehilangannya...

Dulu, aku tak tau pun yang aku sayang kat along. Bila dia takde, barulah rasa yang dia adalah antara orang yang paling aku sayang. Seminggu sebelum meninggal, Along sempat bermanja-manja dengan aku... tulah kali terakhir kami bertemu.. aku pulak time tu tgh malas nak layan dia.. so, buat tak tau je dgn kemanjaan dia hari tu..(Memang dia manja dengan famili even dia yang sulung...)

Aku tak berada di sisi Along, di saat-saat dia menghembuskan nafas terakhir. Masa tu duk hostel kat matrik... tiba-tiba ibu datang and bawa pi hospital. Aku tak percaya Along dah takde, even aku nampak jenazahnya di depan mata...

Aku hampiri arwah, aku usap kepala Along dan menghadiahkan ciuman di pipinya. Bila terasa kesejukan pipi Along, barulah aku percaya dia dah takde. Masa tu barulah airmata aku tumpah... aku belai-belai perlahan rambutnya... sedih, rambut nilah yang aku tolong potong minggu lepas, kali terakhir kami bertemu.

Walaupun Along meninggal kerana kemalangan, mayatnya sempurna dan tiada calar-balar di tubuh. Kematiannya disebabkan luka dalaman.. wajahnya tenang, airmatanya mengalir ketika aku duduk berteleku membacakan surah Yassin di sisinya...

Okay guys, dah rasa sedih sangat nih.. sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah Along, Zurul Haimi Zakaria...

Sementara hidup ni, hargailah usia kita. Kematian menjemput tak kira usia. Hargailah insan-insan yang hadir dalam hidup kita, sebelum kita kehilangan mereka. Mati hanya sekali, jadikanlah ia di jalan Allah.
[i][b]
"Orang yang paling bijak di kalangan kamu ialah orang yang paling banyak mengingati mati."[/b][/i]
[b](HADITH RASULULLAH)[/b]

1 Comments

COMOT TP COMEL...

02.23.04 (5:21 pm)   [edit]
Hampir 20 tahun dulu, ada sorang budak perempuan yang comot kat kampung aku. Memang comot…dah ler suka nangis and kuat merajuk. Tiap kali merajuk, dia suka menyorok dalam almari and menangis dalam tu puas-puas… yelah, umur belum sekolah, muat la masuk dalam almari… bila masuk dalam almari tu, dia mesti bawak marker atau pen. Then, bila kita bukak almari tu nanti, penuh lah dinding almari tu, dengan tulisan…
Tau tak kenapa…? Budak tu, akan meluahkan perasaan melalui tulisan…. Contohnya, kalau dia merajuk atau marah dengan ayahnya, dia akan cakar dalam almari tu.. ‘ayah jahat’…
sekarang, hampir 20 tahun berlalu… budak tu dah jadi anak dara, comot jugakla sikit2… perangai tak berubah sangat… still sensitive dan cepat nangis, kuat merajuk gak lagi.. bezanya, tindakannya matang sikit… kalau nangis pun sorang-sorang, merajuk pun sorang2… tak zahir kan kat orang lain. Yang berubahnya, dia tak masuk dalam almari lagi dengan membawa marker. Sebaliknya, dia masuk dalam weblog dia and luahkan dalam tu.. yelah… memang begitu cara dia meluahkan perasaan, melalui tulisan… nak buat camne?

Masa berlalu, kita sepatutnya semakin matang… emosi ni perlu dikawal, supaya tak menguasai diri…

pengajarannya....fikirlah ye!
:?:

1 Comments

SEKILAS PANDANG...

02.23.04 (2:13 pm)   [edit]
tulah... kan orang tua-tua dah kata, jangan suka-suka sangat... nanti duka..

bukannya bleh control. ye dok? dua hari aku happy je... hari ni time mendung la pulak. sedih je...

[i]I don't want to run away but I can't take it
I don't understandx !!
We never know what the future brings
But I wish....[/i]

0 Comments

Ketika dan jika...(thanks blues)

02.23.04 (1:47 pm)   [edit]
[i][b]Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia…
Allah tahu betapa luat engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…
Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu berlalu begitu sahaja
Allah tahu betapa luat engkau sudah berusaha.

Ketika kau berasa sendirian dan teman-teman terlalu sibuk untuk menelefonmu…
Allah sentiasa berada di sampingmu…

Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi…
Allah mempunyai jawapannya

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan.
Allah bersamamu untuk menenangkanmu…

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu..

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur…
Allah telahpun memberkatimu

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Allah akan tersenyum kepadamu

Ketika kau miliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Ingatlah… bahawa di manapun kau berada…
Allah akan mengetahui dan sentiasa di sampingmu…[/b][/i]

1 Comments

SELAMAT TAHUN BARU...

02.22.04 (4:56 pm)   [edit]
Alhamdulillah… hari ni still ceria macam semalam. I’m not really sure why, but maybe seronok sambut tahun baru 1425 H…

Semalam busy sket. Pasal apply keje ni lah! Ada la mintak kat beberapa tempat. Mostly yang aku apply semalam tu online. Memang betul-betul mencabar kebergantungan kita pada Allah. Bayangkanlah… kalau online ni, macam-macam risiko yang dihadapi. Maklumlah, system ciptaan manusia je. Boleh jadi maklumat kita tak sampai, atau mungkin di sabotaj, atau mungkin ditolak oleh system. Dan dimanakah lagi tempat kita bergantung masa ni? Ni pun satu contoh situasi yang aku hadapi… byk lagi senario yang mencabar iman, kebergantungan dan tawakkal pada Al Khaliq. Susahnya nak mengajar hati ni …

Semalam gak tepon kaklong kat UUM… rindunya kat hang kak! Skang ni musim nak final … dak R’da pun busy gak. Whatever it is, I wish you all…GOOD LUCK! Semoga dimudahkan jawab exam…(utk semua yang nak exam). Give the best shoot, ok? Insya Allah ni exam yang terakhir sebelum korang bergraduat kan? And to kaklong and abg long… semoga perancangan u all tahun ni jadi kenyataan… aku pun dah tak sabar tengok korang disatukan. Teringat sorang ustaz tu kata; semakin lama hubungan sebelum ijabkabul…semakin kurang keberkatan selepas kahwin. Kurang berkat tu plak byk aspeknya, maybe pada rezeki, anak-anak atau rumahtangga sendiri. Tapi, kalau memang belum mampu, nak buat apa kan? Nanti jadi haram plak! Semoga Allah permudahkan…

[i][b]"Ya Allah, kurniakanlah cintaMu kepadaku, dan cinta orang yang cintanya bermanafaat kepadaku di sisiMu. Ya Allah ! Apa-apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku dari apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku di dalam apa-apa yang Engkau cintai. Ya Allah, dan apa-apa yang telah Engkau jauhkan dariku tentang apa-apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia sebagai ruang kosong bagiku dalam apa-apa yang Engkau cintai”[/b][/i]
[b](Hadith Riwayat At Tirmidzi)[/b]


:wink:

1 Comments

JENDELA HATI??

02.21.04 (4:41 pm)   [edit]
Assalamualaikum everybody…

Entah nape agaknya, hari ni rasa best sangat…ceria dari subuh tadi, macam baru lepas dapat bunga..

Yela kan… tak sangka ALLAH mudahkan aku dalam satu urusan, secepat ni. ALHAMDULILLAH. Penah dulu aku hadapi situasi yang sama, tapi masa tu terpaksa amik masa hampir 3 bulan untuk selesaikan. Dan kali ni, ujian yang sama dihadapi…tapi dalam masa 3 minggu aku dah temui keyakinan. Even urusan ni bukan 100% selesai… at least sebahagian darinya dah ok. Actually dari awal lagi aku lalui permulaan yang cantik… so hopefully akhirnya cantik jugak, aminn… Whatever it is… kalau tak faham apa yang aku katakan ni…kena la tunggu episod-episod seterusnya..

[b]'Ya Allah! Aku memohon kpdMu pilihan yang baik menurut ilmuMU, dan aku memohon penetapan dengan kekuasaanMU, dan memohon anugerahMU yang besar. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, sedangkan aku lemah, Kau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui...
Ya Allah! Jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, agamaku, di dalam kehidupanku pada waktu dekat atau masa akan datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku serta berkatilah urusanku... sekiranya sebaliknya, kau hindarilah aku darinya dan takdirkanlah bagiku sesuatu yang lebih baik dan redhakanlah aku ke atasnya...'[/b]

Thanks a lot for this poem Danial.. (23 Nov 2001) :
[i]
Payah sekali utk ku tafsirkan
Hanya misteri juga yang bertali arus
Puas kucari penyelesaian
Masih belum mampu ketemui
lorong-lorong kejayaan
Cuma dalam mata fikirku
kian menyala hasrat
Membekar segala keraguan
Yang sering mengintai jendela hati
Akhirnya tanpa jawapan pasti
Aku tersenyum sendiri..
Payahnya pendakian ini
Namun tetap jua terasa manis
Setiap kali ku diuji…![/i]

1 Comments

hanya DIA yang tahu...

02.20.04 (2:33 pm)   [edit]
lamanya tak tulis...rindu plak! Kat pudu la ni...tunggu bas nak balik melaka... dua tiga hari kat KL ni, busy ngan aktiviti ziarah... next week dtg interview plak kat sini.

semalam nyer semalam... pi DSH, ziarah seorang lelaki tua yang masih kuat jiwanya. Mungkin berkat ketinggian ilmu dalam dada... Dia masih mampu bertahan dengan kanser yang menyerang. Ikut kata Dr., hayatnya cuma 1-4 bulan... Tapi HANYA ALLAH YG TAHU... mungkin esok orang tua tu dah tiada....atau mungkin 3 tahun lagi.

hari ni...niat nak ziarah junior matrik dulu kat HUKM. berita dari R'da, adik tu duk wad psikatrik. so, dengan semangat wajanyer...aku pi la turun Kg Baru. Saat-saat akhir baru dpt cerita, rupa-rupanya khabar angin je... adik junior tu sihat je kat rumah...

Tu la... lain kali, dpt pape berita, kena sahkan dulu, kan? Tapi takpela...at least boleh gak pi teman R'da shopping. Hari ni hari Jumaat... takut gak tengok ramai sangat yg asyik berniaga di waktu Khutbah Jumaat bergema... Lemahnya iman aku... hanya mampu berkata di dalam hati...

okayla dear, nak pi catch up bas... thanks la kat dsufizz sebab bagi kata2 kat bawah ni.. so, jangan merajuk lagi eh?

[i]`Daerah kita bukan daerah cinta,
bukan masanya merajuk kasih memujuk,
tiada senda gurau memanjang,
kerana kita dalam berjuang…'[/i]
[b]
"Ya Allah...Engkaulah Khaleelku!!"[/b]

0 Comments

Aku, si gagak hitam....

02.18.04 (4:43 pm)   [edit]
Wanita solehah...
sentiasa tenang jiwanya
lantaran sentiasa membesarkan Allah dlm solatnya
dan sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
kalamullah adalah akhbar dan hiburan

janji2 Allah adalah jaminan ketenangan
sumber jiwanya beroleh kekuatan
agar sabar merintangi musibah
istiqamah dalam mujahadah
berteguh menjunjung hukum hakam Allah

jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
ujian hidup.... baginya fitrah
sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
salah satu antara dua tanda kasih sayang Allah
atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman

berwaspadalah dengan firman Allah:
[i]"Barangsiapa tidak rela terhadap takdirku,
tidak sabar terhadap cubaanku dan tidak bersyukur terhadap nikmat pemberianku, maka carilah Tuhan selain AKU" [/i]

Berkhalwah pasrah di hujung malam...
munajatnya adalah bicara cinta
rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
gelodak rasanya tidak mudah dituruti

Dia insaf....
hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta ketuhanan, adalah pembohongan dan sia-sia
ketenangan yg diilhamkan hanyalah sementara
sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah
gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar
bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah
tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
matahari akan buta,
kaburlah hikmah yang tersirat,
tidakkan nampak jalan akhirat.
Inilah yang ditakutinya dan sentiasa diawasinya!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan
dan DIA lah sebaik-baik tempat pergantungan
seperti yang dinukilkan dalam firman ALLAH:

[i]"...apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan;
'sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepadaNya lah kami kembali'. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-prang yang mendapat petunjuk..." [b]
(AL-BAQARAH:156-157)[/i][ /b]

inilah wanita solehah....
yang tidak akan membiarkan dirinya menjadi busur panahan syaitan,
diperalatkan untuk menumpan kaum Adam

memandangnya menyejukkan mata,
dirinya yang tenteram memberikan hiburan
kiranya dia seorang isteri,
keperibadiannya akan menghiburkan suami
seperti diungkapkan pujangga sufi :

[i]' Rumahtangga menjadi gelanggang dan kebanggaan
anak-anak menjadi murid, dialah mursyidnya
harta suami dijaga dengan sempurna
dilepaskan suaminya berjuang dengan rela danbangga
di rumah dan di luar maruahnya sentiasa di jaga
sentiasa menguntum senyuman dihadapan suami
sanggup hidup berdua, mati bersama
lantaran mengharap keredhaan ALLAH semata
memadai dengan apa yang ada,
tidak pernah menuntut apa yang tiada.
menjadi tulang belakang perjuangan suami
hingga suaminya teras; rumah itu syurga
menjadi sumber kekuatan jiwa dalam menegakkan jihadnya'[/i]

natijahnya, lahirlah sakinah bernafsu mutmainnah dan mendapat alu-aluan ALLAH:

[i]"...kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya..." [b](AL-FAJR:27) [/b][/i]

P/S: thanks danial for this poem.
[b]
"Ya Allah! Sesungguhnya KAU Tuhanku, tiada Tuhan selainMU. Engkau yang menjadikanku, dan akulah hambaMU dan akulah yang berada dalam perjanjian setia denganMU (yang akan ku cuba laksanakan mengikut kemampuanku). Aku berlindung dariMU dengan segala kejahatan yang aku lakukan. Dan aku mengakui nikmatMU ke atasku, dan aku mengakui dosa-dosaku...Maka ampunilah daku, sesungguhnya tiada Yang Mengampunkan dosa melainkan Engkau"[/b]

[i]"Diumpamakan wanita solehah yang beramal solehah dan berkelakuan baik ialah umpama gagak putih di antara 200 gagak hitam" [b]
(AL HADITH) [/b][/i] :wink:

1 Comments

Fitrah, Iman, Taufik dan Hidayah...

02.17.04 (4:18 pm)   [edit]

Hari ni aku 'tenggelam' jap dalam dunia sendiri... fikir, berfikir, terfikir dan memikirkan sesuatu....


[i]"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Qur'an) adalah sebagai sebuah misykaat yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (kandil), gelok kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya; (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya turunnya hampir-hampir minyaknya itu memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang Dia kehendaki kepada nur hidayah-Nya itu; dan Allah mengemukakan pelbagai misal untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
[/i]

[b]An-Nur:35 [/b]

It's about fitrah, yang aku fikir nih... memang dalam setiap diri manusia, dikurniakan fitrah yang hampir sama... macam fitrah ingin bekerja, makan, tidur, berkasih-sayang, berjaya dan sebagainya....
Tapi, cara setiap manusia menzahirkan fitrah tu berbeza-beza.... mengikut acuan sendiri.

contohnya, seorang wanita yang secara fitrahnya suka kecantikan diri.... mungkin ada yang menzahirkannya dengan memperindahkan rupabentuknya melalui pembedahan plastik contohnya. mungkin ada wanita yang menzahirkan fitrah tu dengan berhias seadanya....

macam tidur jugak... mungkin ada yang menzahirkan fitrahnya tu, dengan tidur sebaik sahaja rasa mengantuk, tanpa mengira waktu... dan mungkin ada yang sanggup menolak fitrah tu, dengan berjaga sepanjang malam disebabkan asyik bekerja..

tulah maksudnya, fitrah dizahirkan dengan acuan sendiri...

kata seorang penulis : 'Fitrah adalah benih, ia perlu disuburkan agar bercambah, kemudian barulah menjadi pokok dan berbuah.... ia mesti disuburkan dengan iman...'

betulla tu... iman mainkan peranan penting dalam menzahirkan fitrah ni. Selagi kita bertindak dengan iman, fitrah kita akan terzahir dalam ruang lingkup yang subur dengan Islam...

peranan hidayah (petunjuk) dan taufik (restu dan pertolongan) Allah juga sama penting... bayangkan, dalam kita menyuburkan fitrah, kita tidak mengikut hidayah Allah yang sedia ada (Al-Quran dan Sunnah) serta tidak mendapat taufik dariNya..

contohnya macam fitrah kita yang nakkan kepada makanan.... kalau kita tak ikut garis panduan dalam Al Furqan, dan kemudiannya tidak juga mendapat restu Allah... apa guna kita makan? apa jadi dengan cara kita makan?

Alhamdulillah... dalam kebuntuan aku menghadapi tuntutan 'fitrah' yang satu ni, DIA bukakan jalan agar aku tidak terlupa ... kadang-kadang fitrah itu sebagai ujian, bukan untuk kita layani dengan nafsu semata-mata...

[i]"Wahai PEMILIK hati-hati manusia, tetapkan hatiku di dalam iman"[/i]

P/S: To My Dear beloved friend, Nabilah...kirim salam pada kak Hidayah hang and baby barunya, Taufik.... :lol:

0 Comments

KeNape ngan Aku nih?

02.16.04 (5:57 pm)   [edit]
"To be or not to be,--that is the question:--
Whether 'tis nobler in the mind to suffer
The slings and arrows of outrageous fortune
Or to take arms against a sea of troubles,
And by opposing end them?" Shakespeare

0 Comments

aku dan DIA

02.16.04 (5:51 pm)   [edit]
A BEAUTIFUL PRAYER

I asked God to take away my habit.
God said, No.
It is not for me to take away, but for you to give it up.

I asked God to make my handicapped child whole.
God said, No.
His spirit is whole, his body is only temporary

I asked God to grant me patience.
God said, No.
Patience is a by product of tribulations;
it isn't granted, it is learned.

I asked God to give me happiness.
God said, No.
I give you blessings; Happiness is up to you.

I asked God to spare me pain.
God said, No.
Suffering draws you apart from worldly cares
and brings you closer to me.

I asked God to make my spirit grow.
God said, No.
You must grow on your own! ,
but I will prune you to make you fruitful.

I asked God for all things that I might enjoy life.
God said, No.
I will give you life, so that you may enjoy all things.

I ask God to help me LOVE others, as much as He loves me.
God said...Ahhhh, finally you have the idea.

0 Comments

RINDU???

02.14.04 (10:24 pm)   [edit]
my dear beloved blog....

sometimes, kita tak niat pun nak sakiti hati sesiapa... tapi, antara sedar dan tidak... kita dah membuatkan org lain terasa. apalagi kalu org yg kita sayang... of course kita tak nak dia sedih kerana kita.
so... for someone yg telah saya lukakan hatinya....i'm really sorry, i don't meant it and i do love u..

today, bermalam kat kl. biasala... musafir la katakan.... hehehe.. urusan keje sebenarnya. best tul... hari ni jupe member2 seangkatan masa kat matrik dulu... apalagi, besemangat la makcik!! yelahh... saat2 tgh terumbang-ambing ni, dtg pulak seseorang (dgn izin Allah) bagi bantuan... bersyukur...la! tukan tanda DIA masih sayang...
"YA ALLAH! JANGANLAH KAU TINGGALKAN AKU DENGAN DIRIKU SENDIRI WALAU SEKELIP MATA SEKALIPUN..."

tadi, punya la discuss pasal tanggungjawab individu islam dalam masyarakat... tak sedar, makan masa hampir 4 jam jugak! ni yang nak nangis ni.... insaf jap.. yelah, selama ni apa yang dah aku sumbangkan ? nama je islam, tapi...pentingkan diri sendiri..

memikirkan kelemahan yg banyak dalam diri aku, ditambah pula izzah yg semakin meluntur... macamana mampu aku melawan arus sendirian ? nak jihad dengan diri sendiri pun payah...

bila cakap bab-bab tanggungjawab, amanah...etc... bersyukurlah aku banyak-banyak. sebab, dlm masa aku kealpaan ni, ada jugak kwn2 yang sudi bisikkan bicara keinsafan...(lagu UNIC nih) thanks a lot....

tapi... sampai bila la nak harapkan kawan2 kan? yg penting, keazaman sendiri la! bila fikir lagi jauh ke depan... (mungkin untuk tempoh 20-30 tahun akan datang)....sebagai seorang hamba yg serba hina dan lemah ni, aku mungkin tak mampu pikul amanah yang berat ni. Dalam diam, aku sedar... aku merindukan seseorang yg aku tak pasti siapakah dia...

P/S: rujuk makna RINDU dlm kamus DBP edisi terbaru dulu... :wink:

1 Comments

CINTA TAJALLI

02.13.04 (12:53 pm)   [edit]
Dahagaku di tengah sahara
Tersengat matahari tertiup angin
Lelah..kumencari dimana cinta
yang dulu hadir namun terusir

Mengapa dunia membuatku terlena
Saat usia muda remaja
Membuatku seakan bertahta
Namun jauh dari erti cinta

Kuselami dasar samudera
Kudaki puncak fujiyama
Tapi tatap kurasa merana

Hingga tiba
Saat nyawa hampir melayang
Amalpun masih siang
Jiwa kian tergoncang

Saat itu
Kusadari sentuhan-MU
Kutemukan cinta sejatiku
Yaa..........Rabb

0 Comments

istiqamah

02.12.04 (6:14 pm)   [edit]
Assalamualaikum...

rasa macam dah jatuh cinta plak kat blog aku nih... satu hari tak jumpa, tak best. actually aku baru sampai dari Trg. Travel 7 jam lebih...penat woo! sebenarnya takde idea n tak larat pun nak tulis something dlm blog ni... tapikan.... nak cuba istiqamah gak dlm pape mende yg aku wat. so, hari ni aku nak share satu kisah:

Muaz bin Jabal r.a kekasih Rasulullah SAW:.

Sekilas rentetan dari kisah Muaz bin Jabal, kekasih Rasulullah yang pakar soal halal dan haram. Sebelum Muaz berpisah dengan Rasulullah lantaran Muaz ke Yaman untuk berdakwah sebagai tenaga pengajar di sana, baginda mewasiatkan kepada Muaz dengan bersabda:
"Wahai Muaz! Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu dengan aku selepas tahun ini, malah mungkin juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku..."
Rupa-rupanya itulah pertemuan terakhir di antara mereka berdua.

Muaz bin Jabal meninggal dunia semasa berusia 33 tahun akibat diserang wabak. Dalam keadaan nazak, beliau berkata: "Selamat datang kepada tetamu kematian! Selamat datang kepada tetamu yang tidak kunjung tiba dan selamat datang kepada kekasih yang setelah sekian lama dirindui!"

Kemudian beliau melihat ke langit dan berkata:

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku tidak menyukai dunia apatah lagi untuk berada kekal di dalamnya selama-lamanya menanam pokok-pokok dan mengairi sungai, tetapi segala-galanya itu hanyalah sekadar untuk menghilangkan kehausan di kawasan-kawasan yang kekeringan serta mengharungi saat-saat kesusahan dan mendekati ulama-ulama dengan menunggang ke majlis-majlis zikir. Oleh yang demikian terimalah diriku ini wahai Tuhanku dengan kebaikan sebagaimana Kamu menerima diri seseorang yang beriman."

0 Comments

BOLEH PILIH KER?

02.11.04 (12:25 pm)   [edit]
FIRMAN ALLAH:
[i]" Boleh jadi kamu membeci sesuatu sedangkan ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui"[/i]

Adakalanya kita tak sangka kita akan berhadapan dengan satu situasi yang tidak diingini. Bersediakah kita menghadapi keadaan yg bukan dalam pilihan kita? Kita selalu jangkakan, sesuatu yang akan berlaku seperti yang kita impikan atau seperti yang kita suka...
hidup ni bukan suatu pilihan yg kita boleh sesuke hati tentukan...

Ni yang aku nak relatekan hari ni, dengan kejadian yg berlaku pagi ni... my 2nd interview. Menghadapi karenah yg tak dapat disangka (panel yg menemuduga), mengingatkan aku pada PILIHAN. Kalau diberi pilihan, tentu kita tak nak berhadapan dengan situasi yg kita tak berapa suka.

Macam tu la bila berhadapan dengan Munkar dan Nankir nanti... kita tak diberi pilihan pun. Berhadapanlah dengan wajah yg menggerunkan, suara yg keras, kesakitan dan kepedihan.. Cuma yg boleh dilakukan, kita beringat dan bersedia sebelum menghadapi situasi yg kita pasti, kita akan lalui...

Dalam aspek lain pulak, kadang2 kita mesti mebuat pilihan antara yang kita suka atau tidak. Selalunya kita terpaksa mengambil masa untuk membuat pilihan... berhati-hatilah tu. Takut tersalah pilihan..

Tapikan... kena yakin dengan setiap keputusan yang diambil. Kadang-kadang kita dah pertimbangkan semasak-masaknya, dan pilihan pun dibuat...
tapi, sampai satu masa kita dapati pilihan tu bukan yg terbaik (atau lain perkataan, kita dah tersalah pilihan). Time tu, don't look back and regret... takkan kita nak salahkan Allah yang menggerakkan hati kita masa buat keputusan. Semua yg terjadi pasti ada hikmahnya...

Tula dia yg kita boleh relatekan... kekadang kita suka dgn sesuatu yg kita pilih, tapi bukan tu yang terbaik... SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI APA YANG TIDAK KITA KETAHUI..

For all of you guys... jangan takut utk membuat pilihan. Yakinlah dengan petunjuk Yang Menciptakan kita... Tapi, jangan menyesal pulak bila kita tak dapat apa yang kita nak....

0 Comments

SIAPALAH AKU INI?

02.10.04 (6:38 pm)   [edit]
[i]'anyone can become angry-that is easy. But to be angry with the right person, to the right degree, at the right time, 4 the right purpose, n in the right way-this is not easy"[/i] [b]Aristotle[/b]

Assalamualaikum....

Selamat dah sampai ke Terengganu. Best la pulak...dah lama tak bermusafir. Yelah... waktu musafir ni salah satu waktu mustajab berdoa. Moga-moga Allah makbulkan doa aku sepanjang 9 jam perjalanan malam tadi...AMIN.

Pagi-pagi lagi aku dah termakan bisikan syaitan...ASTAGHFIRULLAH. Sebenarnya memang la aku ni spesies 'panas' sket... tapi bila umur dah bertambah ni, dah kurang sket la. Lagipun azam baru kan... menjelang 1425 H... tak nak dah teruskan perangai tak matang!!!

Tapi pagi tadi tuh... terlepas gak marah kat member!! Try control tapi...ish,ish,ish...bedosanye..

Hari ni first time interview keje.. Alhamdulillah la... even 3 orang je budak melayu (dari belas2 yg dtg).. i'm a little bit happy. At least dapat pengalaman, ya dok? Banyak yg kene sacrifies kalu dpt keje ni.. pi Borneo ke, kene buat rukhsoh pada penampilan.. Apapun... Tawakkal je... Bukan ke DIA lebih tau?

Nampaknya... hari-hari yang kita lalui semakin mematangkan kita, right? Tapi kena la ingat... semakin hari, semakin pendek usia...semakin dekat dengan kematian..

"Oh Tuhan, Tunjukkanku jalan, untuk menempuhi dugaan ini..."

0 Comments

BIJAK KE?

02.09.04 (11:58 am)   [edit]
Adakah kita cukup bijak?
Rasulullah kata, orang yg paling bijak dikalangan kamu adalah orang yang paling banyak mengingati mati...
Artikel ni dari seorang sahabat.. kita manfaatkan sesame...

[b]TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM[/b]

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut
secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orangyang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

[u][b]Tanda 100 hari sebelum hari mati.[/b][/u]

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa
yang adauntuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

[u][b]Tanda 40 hari sebelum hari mati[/b][/u]

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan
terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

[u][b]Tanda 7 hari[/b][/u]

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

[u][b]Tanda 3 hari[/b][/u]

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

[u][b]Tanda 1 hari[/b][/u]

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

[u][b]Tanda akhir[/b][/u]

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



[i]Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah
ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.[/i]

WALLAHUA`LAM

0 Comments

APA YG dicari?

02.08.04 (6:41 pm)   [edit]
Penah tak tetiba je rasa takde tujuan hidup?
bunyi macam kritikal...tapi macam tu la...
kadang2 terfikir...apa yg aku nak cari dalam hidup ni?
kenapa fikir dunia je...

sebenarnya dunia ni ladang utk ke akhirat. apa yg kita cari? fikir nye fikir...aku dpt klu dari hadith Rasulullah yg difahami maksudnya as:

Apabila mati anak Adam, tidak akan bermanafaat baginya sesuatu pun kecuali tiga perkara:

1)ilmu yg bermanafaat
2)amal yg soleh
3)anak yg soleh

Bila aku fikir lagi....bekalan ni la yg aku kena carik...
[b]ilmu yg bermanafaat[/b]....means, aku kena amalkan ilmu yg dah ada dlm dada even sikit...
[b]amal yg soleh[/b]...means aku kena sentiasa lakukan sesuatu kerana Allah...istiqamah dan bersungguh... baru diterima sebagai amal
[b]anak yg soleh....[/b]means, aku kena jadi ibu yang solehah dulu la...baru cari bakal suami yg soleh n.. baru dpt anak soleh..:?:

hari ni moody sket, yelah...kesihatan terganggu. tp patutnya aku gembira bila sakit...sebab, sakit seorang hamba tu menghapuskan dosa-dosa kecil...
doakanlah ye....

1 Comments

utk wanita yg tak cantik...

02.07.04 (5:47 pm)   [edit]
Allah berfirman:
"Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan utk menjadi seorang yg istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat utk utk menompang dunia; namun harus cukup lembut utk memberi kenyamanan"

"AKU memberikannya kekuatan dari dlm utk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yg seringkali datang dari anak-anaknya"

"AKU memberikannya kekerasan utk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"

"AKU memberikannya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dlm setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"

"AKU memberikannya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya"

"AKU memberikannya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada di sisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya AKU memberinya airmata utk dititiskan. Ia adalah khusus miliknya utk digunakan bilapun ia diperlukan"

"Kecantikan wanita bukanlah pada pakaian yg dikenakan, susuk yg ditampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita harus dilihat pada matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada"

SETIAP WANITA ITU CANTIK!! :wink:

0 Comments

PI SEKOLAH

02.07.04 (1:26 pm)   [edit]
Assalamualaikum...
semalam tak sempat pun jengok kat sini. pi KL la... teman kakak kat umah dia. suami dia g jepun. sambil2 tu, aku p la kat PJ, amik borang apply kerja kat satu pejabat kerajaan tu. sampai sana, borang abis... ntah ye ke tak? org tu suruh dtg amik next week..

tp kan apa yg aku nak citer ni pasal apa yg aku lalui dan pk masa kat KL seharian. masa belek2 paper cari iklan keja..aku tertarik ngan satu iklan. post keje tu really suite with me tp...dia nak perempuan yg tak bertudung sahaja...cewah!!! diskriminasi tul!

jalan2 kat sana, menyebabkan aku semakin rasa bersyukur sbb aku dilahirkan kat kampung, belajar dulu kat trg...tempat yg penuh ketimuran. yelah...jiwa aku ni bukan kuat sgt. silap2 kalu duk kat tempat yg penuh godaan iman ni.....isk!isk!

aku still susah hati psl nganggur nih. rasa mcm mengabiskan duit ibu n ayah. tpkan, ibu aku duk pujuk2 : " kaklang, awak susah hati ke? jgn susah hati la...ibu rasa tak lama lagi awak dapat keje. satu je cara yg boleh tolong awak, bangun malam..."

amin...!!!masin mulut ibu. cakap pasal bangun malam ni... ntah nape aku teringat citer budak p sekolah.

soalannya...kenape anda ke sekolah?
A) mak suruh (tpaksa)
B) sbb suke p sek
C) kewajipan (sbb cukup umur p sek)

cuba pikir? apa effect kalu p sekolah kerana salah satu sbb di atas. kalu tpaksa maksudnya tak ikhlaslah, kan? then... tak heran la kalu takleh perform dlm exam, ponteng kelas, x wat keje umah n so on...

kalu kita rasa hanya kerana wajib...insya Allah kita boleh lulus exam, buat keje umah n tak ponteng kelas... tapi, kita tak faham kenapa kita wat sume tu..

kalau sebab suka pi sekolah... mesti bleh excellent...jadi pelajar contoh n ....(pikir sdiri)

macam tula kalau kita wat pape pun amalan... kalau kita buat sbb terpaksa (takut neraka/azab), kita tak dpt hayati pun ape yg kita wat. camtu gak kalu kita wat krn dah cukup umur... kejap buat, kejap tak...

tapi...kalau kita buat kerana cintakan Allah...mengharapkan cinta kita di balas....
mesti rasa best dlm apa pun yg kita wat, kan?
macam tula bangun malam....
jgn time2 tertentu je nak bangun!!!

:wink:

0 Comments

cari keje

02.05.04 (1:11 pm)   [edit]
malam tadi takleh tido...pikir2 psl nak wat mende pas ni. pikir dunia, akhirat....eiiiiii....takut!

hari ni pi jln2 ngan ibu...jln2 cari keje.... best dpt ibu yg begitu care n memahami...ada ke ibu ikut sama pi cari keje n ikut p interview????
LUV U MUM!
tapi aku risau la jugak... bila nak dpt keje nih? Eh...rezeki Allah kan melimpah ruah...

apesal la risau sgt nih? baru seminggu menganggur dah boring....ish!ish! penah dgr tak org kata takde istilah boring dlm islam??

tula yg aku dgr dari sorg makcik tue...panggil dia cik sue, org klate. dia surirumah sepenuh masa, suami selalu out station and anak2 sume duk asrama.... aku tanya dia, tak boring ke???

dia kata apa yg nak diboringkan... masanya penuh, bahkan rasa mcm tak cukup masa utk dipenuhi...

aku tanya, wat mende?

dia kata...org islam takkan ada masa boring sbb setiap masa Allah ada bersama...bila hati disibukkan dgn cintaNYA, mana sempat nak boring...

rupanya ciksu ni duk umah takde keje lain....zikir, tadarrus or baca kitab! itupun, setiap saat wat keje umah, hatinya tersenyum riang sbb rasa sentiasa dibelai2....

lepas jupe dia tuh...aku terus nangis....sedihnya!
mcmana nak rasa nikmat cinta Allah tu kalau aku asyik ngan dunia je...

pasal keje nipun...kenapa sampai tak tido mlm krn risau? kan best kalau tak tido mlm sbb memadu kasih dgnNYA (tahajjud)...

teringat aku pada sepotong doa...
"Ya Allah! Janganlah engkau tinggalkan aku dengan diriku walaupun hanya sekelip mata..."

bisikkanlah pada hati....CUKUPLAH ALLAH SBG KHALEELKU....

1 Comments

my FIRST blog...

02.04.04 (2:06 pm)   [edit]
:wink: ni pertama kali i tulis dlm weblog nih. saje nak isi masa lapang and masa yg sengaja dilapangkan dgn mende ni...

0 Comments